Sabtu, Januari 29, 2011

Setiap cerita ada dua sisi.

Bayangkan sewaktu kita tengah makan, ada orang mula sessi 'pot pet pot' dan kita tumpang share mendengarnya,

"Tau tak si S tu tak patut betul. Z tu terang-terang tengah mengandung,...ada ke patut dia minta duit daripada Z?!"

Apa reaksi korang? Tipulah kalau semua ambil sikap berkecuali atau tidak mahu ambil peduli. Pasti ada yang terus menghukum S. Mungkin berbakul-bakul S terima maki hamun atas sikapnya yang tidak berperikemanusiaan tu. Apatah lagi 'mangsa' S seorang wanita mengandung! Silap haribulan S boleh dipulaukan teman-temannya.

Itulah hakikatnya dunia hari ini. Manusia hanya dengar cerita yang mereka mahu dengar sahaja. Kita cepat melatah dan menghukum tanpa usul periksa. Ingat, setiap cerita ada dua sisi. Ada pihak A, ada pihak B. Situasi di atas tu hanyalah satu sisi. Apa cerita satu lagi?

"Memang saya minta duit daripada Z. Saya telah melaksanakan tugas/khidmat untuk keluarga Z tetapi keluarga Z masih belum langsaikan bayaran perkhidmatan saya."

Nah, so sekarang kalian berpihak di sebelah mana?

Kasihan? Kesian pada Z sebab Z mengandung? "Tak baik minta duit daripada orang mengandung!" Well, jangan cepat melatah. Don't simply jump to conclusion! Bukannya si S ni pergi tikam perut dia minta duit.

Kalau fikir kasihan, kasihankan juga si S. Dia dah penat bekerja, tapi tidak dibayar. Baik sangat ke aniaya orang begitu? Orang dah berkhidmat untuk kita, kita tangguhkan bayarannya. Siapa lagi kasihan? Cuba fikir elok-elok.


Heheheh moralnya di sini, setiap cerita ada dua belah,...ada dua sisi. Sebelum kita menghukum seseorang atau 'pikul tanggungjawab' untuk hebohkan apa-apa cerita, fikirkan kemungkinan cerita di pihak yang lagi satu. Wajarkah kita 'menyelit' di antara kedua-duanya? Fikir elok-elok. Insya Allah, kita akan jadi insan yang lebih baik, lebih berhemah hehehehe


Saya tak mahu jadi Z (sebab saya memang tak boleh tidur lena kalau berhutang dengan orang) dan saya juga tak rela jadi S.

Ahad, November 14, 2010

Kerjasama seperti Wonderpets

Sepanjang minggu ni boleh dikatakan aku buat kerja dari rumah. So, sambil-sambil aku menyudahkan kerja, aku tengoklah TV. Malas nak tukar-tukar channel, aku layan je TV3. Bukan nak tengok sangat pun, just nak biar ada bunyi bising buat teman :)

Tepat pukul 3 akan ada slot cerita dongeng@teladan Indonesia. Dahlah tajuk ceritanya panjang-panjang,..yang peliknya banyakla pulak cerita-cerita dongengnya. Seingat akulah, jarang aku 'tertengok' (atau sebab aku dah busannnn, aku tengok heheh) cerita tu berulang. Cerita Tangkuban Perahu ada, orang kena sumpah jadi ikan la, cerita ala-ala Hansel & Gretel pun ada. Punyalah banyak cerita-cerita dongeng dari seberang!

Kenapa kita tak boleh ada koleksi cerita teladan@dongeng sebanyak itu? Bukannya apa. Aku pernah berbual dengan seorang anak dan kebetulan aku bergurau, "Yelah, kamu kan kuat macam Badang!" "Badang? Badang tu apa?" Terpempan aku lima enam minit. Tak tahu Badang tu apa? Aku tanya pula pada teman-teman yang lebih kurang seusia dengannya. Masing-masing geleng kepala. Bila fikir-fikir balik, logiklah diorang tak tahu. Zaman sekarang mana lagi ada tayang cerita-cerita teladan@dongeng untuk kanak-kanak. Dulu masa aku kecil-kecil, ada banyak animasi cerita teladan kat TV. Arnab dan Kura-kura, Katak Sombong dan macam-macam cerita Sang Kancil. Kalau sebut pasal Sang Kancil je, automatik kita tahu Sang Kancil tu bijak berhelah! Sekarang mana ada lagi. Budak-budak sekarang tengok Wonderpets, Spongebob dan Dora the Explorer, (tak pun sepupunya yang bernama Diego). Yang dah besar sikit tengok Kamen Rider. Macammana diorang nak kenal Badang...

Aku rasa perlu ada pihak yang ambil inisiatif hidupkan kembali cerita-cerita teladan ni. Jangan nanti sampai satu hari,  perumpamaan 'kuat seperti Badang', 'cerdik seperti kancil' dan 'lambat seperti kura-kura' jadi tidak relevan pula. 

Anak-anak hari ini, tidak tahu apa itu 'kuat seperti Badang', I guess mereka hanya tahu 'kerjasama seperti Wonderpets' hehehe