Rabu, Jun 22, 2011

Resepi Tart Badam Rasberi

Sebenarnya, saya tidak rancang pun untuk buat biskut. Biskut saya ini namanya Tart Badam Rasberi. Semalam, sewaktu kebosanan duduk seorang diri di rumah, saya masuk pantri untuk kemas bahan-bahan buat kuih dan biskut. Sudah agak lama tidak kemas stok tepung, gula, oat, serbuk koko dan macam-macam lagilah. Kena periksa juga mana tahu ada yang sudah sampai tarikh luputnya.  

Sedang kemas-kemas tepung, terjumpa serbuk badam. Pada mulanya, saya ingat hendak buat kek oren badam tetapi selera tu tidak rasa macam nak makan kek pula. Kebetulan di dalam peti sejuk masih ada kelongsong kuih tat - lebihan buat tart keju. Jadi, alang-alang bahan dah ada, bertukanglah sekejap di dapur olah resepi biskut ikut apa yang ada.


Tat Badam Rasberi di atas redai :)

Sedia untuk dimakan!


Oh, saya akan kongsikan resepinya nanti. Kena cari resepi buat kelongsong tu dulu, tidak ingat di mana aku letak. Selamat jamu mata dahulu!


Kemas kini 9/8/2011

Okey, ini resepinya:

Resepi Tart Badam Rasberi

Kelongsong Tart

Bahan A

  • 200gm butter
  • 100gm gula aising
  • 1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B

  • 1 biji telur


Bahan C

  • 420gm tepung
  • 1 sudu besar susu tepung

Cara - caranya:

  1. Putar A hingga lembut. Masukkan B dan putar lagi sehingga gebu. Kemudian, masukkan C dan gaul sebati. 
  2. Tekan adunan ke dalam acuan tart. Cucuk dasar kelongsong dengan garfu supaya tidak menggelembung ketika dibakar. 
  3. Bakar pada 180 darjah celcius selama 15 minit atau hingga keperang-perangan.



Inti Rasberi

  • 100g mentega
  • 100g gula
  • 100g serbuk badam
  • 1 biji telur
  • secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • jem rasberi secukupnya


Cara - caranya:
  1. Gaulkan semua bahan-bahan di atas (kecuali jem rasberi) sehingga sebati.
  2. Sediakan kelongsong tat, masukkan jem rasberi ke dalam kelongsong. 
  3. Masukkan bahan-bahan yang digaul sebati tadi secukupnya hingga menutupi jem rasberi dan permukaan atas kelongsong tat.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit.


Selamat mencuba!



Ahad, Jun 19, 2011

Happy Father's Day, Babah.

Hari ini sebelah pagi aku sibuk sikit siapkan report. By lunch dah siap dah segala kerja yang tertunggak. Terus call ayahanda yang berada di Banting, wish dia Happy Father's Day. Lamalah jugak kitorang borak. Sembang time Babah jiwang-jiwang ni seronok sebab Babah akan ungkit cerita-cerita lama and kitorang akan gelak berdekah-dekah.

Aku ingat lagi zaman sekolah rendah,.. aku suka tengok TV sampai tertidur di ruang tamu. Babahla yang akan dukung aku naik ke tingkat atas. Punyalah seronok sebab ada 'transport' naik ke bilik tidur! So, aku jadikan habit. Memang akan 'berkubang' depan TV dan tidur sekali kat situ. Tak apa, nanti Babah balik Babah hantar aku naik. Kalau Babah tak out-station, memang aku akan bangun pagi dalam bilik. Tapi, lama-lama Babah dah tak angkut aku lagi. Frust betul aku! Rupa-rupanya Babah dah 'sakit pinggang' angkat aku yang makin hari makin berat. Muahahaahaha!!! Lagipun dia tahu aku dah mua. So, paling baik dia buat - dia pasang lampu malap kat ruang tamu supaya aku tak takut dan ahli keluarga lain tak terkejut tengok ada lembaga tidur kat depan TV.

Naik sekolah menengah, pengalaman yang aku paling tak boleh lupa bila Babah ajar naik motor. Babah bawak aku pergi kat taman rekreasi area rumah kitorang. Punyalah bising mulut aku nak balancekan diri atas motor. Jalan sikit tumbang. Jalan sikit tumbang! Babah asyik gelak sambil geleng-geleng kepala. Aku yang penuh 'sound effect' ni kejap-kejap terjerit. Pandainya tidak! Alih-alih bila angkat muka, punyalah bergantang mata-mata orang memandang. Siap senyum-senyum simpul lagi. Malu punya pasal, itulah kali pertama dan terakhir aku belajar bawak motor dengan Babah :) Sampai sekarang Babah akan gelakkan aku pasal perkara ni.

Kalau aku ditanya 1 perkataan yang best describes Babah, aku akan kata 'FUNNY'. Bagi aku Babah tak pernah kering lawaknya. Bayangkan kalau aku tanya tengah buat apa, dia boleh selamba jawab 'tengah ketip kuku gagak'! Tapi dalam lawak dan lucunya Babah, banyak juga aku belajar tentang hidup daripada dia. Pernah suatu masa, di hadapan Babah, aku pernah minta pengasuh aku baca apa yang aku tunjukkan (saja nak test pengasuh aku tu pandai baca ke tidak, psiko kan aku masa kecik-kecik? Bila pengasuh aku diam tak respon, punyalah aku happy sebab dapat buktikan yang dia tak boleh membaca ---Oh My God!! Lempang sikit budak psiko nih! What was I thinking? Right after that, Babah terus sound aku cakap apa yang aku buat tu salah. Dia kata, walaupun orang tu tak tahu, aku tak boleh malukan dia. Dari situlah aku belajar yang perbuatan kita buka aib dan kelemahan orang tu salah. Kira di peringkat awal jugalah I learnt that precious lesson. Niat nak tunjuk smart depan Babah terus padam. Malu adalah!

Gambar aku masa kecil dengan Babah
Babah, Selamat Hari Bapa! Along doakan Babah sentiasa sihat, panjang umur dan terus-terusan dirahmati Allah.

Sabtu, Januari 29, 2011

Setiap cerita ada dua sisi.

Bayangkan sewaktu kita tengah makan, ada orang mula sessi 'pot pet pot' dan kita tumpang share mendengarnya,

"Tau tak si S tu tak patut betul. Z tu terang-terang tengah mengandung,...ada ke patut dia minta duit daripada Z?!"

Apa reaksi korang? Tipulah kalau semua ambil sikap berkecuali atau tidak mahu ambil peduli. Pasti ada yang terus menghukum S. Mungkin berbakul-bakul S terima maki hamun atas sikapnya yang tidak berperikemanusiaan tu. Apatah lagi 'mangsa' S seorang wanita mengandung! Silap haribulan S boleh dipulaukan teman-temannya.

Itulah hakikatnya dunia hari ini. Manusia hanya dengar cerita yang mereka mahu dengar sahaja. Kita cepat melatah dan menghukum tanpa usul periksa. Ingat, setiap cerita ada dua sisi. Ada pihak A, ada pihak B. Situasi di atas tu hanyalah satu sisi. Apa cerita satu lagi?

"Memang saya minta duit daripada Z. Saya telah melaksanakan tugas/khidmat untuk keluarga Z tetapi keluarga Z masih belum langsaikan bayaran perkhidmatan saya."

Nah, so sekarang kalian berpihak di sebelah mana?

Kasihan? Kesian pada Z sebab Z mengandung? "Tak baik minta duit daripada orang mengandung!" Well, jangan cepat melatah. Don't simply jump to conclusion! Bukannya si S ni pergi tikam perut dia minta duit.

Kalau fikir kasihan, kasihankan juga si S. Dia dah penat bekerja, tapi tidak dibayar. Baik sangat ke aniaya orang begitu? Orang dah berkhidmat untuk kita, kita tangguhkan bayarannya. Siapa lagi kasihan? Cuba fikir elok-elok.


Heheheh moralnya di sini, setiap cerita ada dua belah,...ada dua sisi. Sebelum kita menghukum seseorang atau 'pikul tanggungjawab' untuk hebohkan apa-apa cerita, fikirkan kemungkinan cerita di pihak yang lagi satu. Wajarkah kita 'menyelit' di antara kedua-duanya? Fikir elok-elok. Insya Allah, kita akan jadi insan yang lebih baik, lebih berhemah hehehehe


Saya tak mahu jadi Z (sebab saya memang tak boleh tidur lena kalau berhutang dengan orang) dan saya juga tak rela jadi S.

Ahad, November 14, 2010

Kerjasama seperti Wonderpets

Sepanjang minggu ni boleh dikatakan aku buat kerja dari rumah. So, sambil-sambil aku menyudahkan kerja, aku tengoklah TV. Malas nak tukar-tukar channel, aku layan je TV3. Bukan nak tengok sangat pun, just nak biar ada bunyi bising buat teman :)

Tepat pukul 3 akan ada slot cerita dongeng@teladan Indonesia. Dahlah tajuk ceritanya panjang-panjang,..yang peliknya banyakla pulak cerita-cerita dongengnya. Seingat akulah, jarang aku 'tertengok' (atau sebab aku dah busannnn, aku tengok heheh) cerita tu berulang. Cerita Tangkuban Perahu ada, orang kena sumpah jadi ikan la, cerita ala-ala Hansel & Gretel pun ada. Punyalah banyak cerita-cerita dongeng dari seberang!

Kenapa kita tak boleh ada koleksi cerita teladan@dongeng sebanyak itu? Bukannya apa. Aku pernah berbual dengan seorang anak dan kebetulan aku bergurau, "Yelah, kamu kan kuat macam Badang!" "Badang? Badang tu apa?" Terpempan aku lima enam minit. Tak tahu Badang tu apa? Aku tanya pula pada teman-teman yang lebih kurang seusia dengannya. Masing-masing geleng kepala. Bila fikir-fikir balik, logiklah diorang tak tahu. Zaman sekarang mana lagi ada tayang cerita-cerita teladan@dongeng untuk kanak-kanak. Dulu masa aku kecil-kecil, ada banyak animasi cerita teladan kat TV. Arnab dan Kura-kura, Katak Sombong dan macam-macam cerita Sang Kancil. Kalau sebut pasal Sang Kancil je, automatik kita tahu Sang Kancil tu bijak berhelah! Sekarang mana ada lagi. Budak-budak sekarang tengok Wonderpets, Spongebob dan Dora the Explorer, (tak pun sepupunya yang bernama Diego). Yang dah besar sikit tengok Kamen Rider. Macammana diorang nak kenal Badang...

Aku rasa perlu ada pihak yang ambil inisiatif hidupkan kembali cerita-cerita teladan ni. Jangan nanti sampai satu hari,  perumpamaan 'kuat seperti Badang', 'cerdik seperti kancil' dan 'lambat seperti kura-kura' jadi tidak relevan pula. 

Anak-anak hari ini, tidak tahu apa itu 'kuat seperti Badang', I guess mereka hanya tahu 'kerjasama seperti Wonderpets' hehehe