Selasa, Disember 18, 2012

Agar-agar Rambutan


Agar-agar ini pun siaran tertunda :) Baru hari ni berkesempatan nak kongsikan resepinya di sini.


Bahan-bahan:
  • Satu paket agar-agar 25g
  • Air 1.2 liter
  • 200g isi rambutan dikisar bersama 200ml air dan ditapis.
  • 1 senduk gula/ mengikut citarasa - kalau mahu lebih manis, tambahkan gula.
  • 1 cawan isi rambutan/lebih.

Cara-cara:
  1. Rendam agar-agar 30 minit - sejam supaya mudah hancur apabila direbus. Toskan.
  2. Didihkan 1.2 liter air. Masukkan agar-agar tadi. Kacau hingga agar-agar betul-betul hancur.
  3. Masukkan jus rambutan yang dikisar dan gula. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan agar-agar dan sejukkan.

Nota: Masukkan daun pandan dan tukarkan gula kepada gula perang/gula Melaka untuk pelbagaikan rasa :)

Asam Gelugur & Projek Buat Asam Keping

Sebenarnya ini projek dua minggu lepas. Ibu balik kelas agama bawa beberapa biji buah asam gelugur. Itulah kali pertama saya tengok buah tu. Mula-mula ingat pisang kaki hehehe. Bila ibu kata buah ni yang kita buat asam keping, saya lah yang over excited. Time tu juga minta ibu ajar nak buat macam mana.

OK, inilah rupanya buah asam gelugur. Buah yang ibu bawa balik ni besar-besarlah juga saiznya. Menurut Bott, dulu masa di kampung dia biasa tengok mak & nenek buat asam keping, tapi buahnya kecil-kecil.


Selepas buah-buah tu dibersihkan, kita potonglah kepada beberapa bahagian kecil macam kat atas tu. Ha,..dalam gambar tu, Cekebon (my beloved mum) sedang beraksi memotong asam gelugur.


Selesai dipotong, susunlah dalam dulang. Dah boleh jemur! Bila tengok lapisan atas dah mula kering, terbalikkan asam ni supaya bahagian bawahnya pula kena panas. Kena jemur beberapa hari hingga asam betul-betul kering. Yeayyy! Merasa buat asam keping sendiri ;)