Selasa, Mac 12, 2013

Sambal Tempe Mudah

Saya memang suka sangat dengan tempe. Tak kisahlah dimasak dengan cara apa sekalipun. Tempe goreng biasa ke....berempah ke...gulai tempe ke....semua saya suka! Hari ni kita story tentang Sambal Tempe lah ye.


Bahan-bahan:
  • 2 - 3 paket tempe 
  • Minyak masak (untuk goreng tempe dan tumis cili)
  • 25 tangkai cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
  1. Kisar cili kering, bawang besar & bawang putih. 
  2. Tempe dipotong nipis. Gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng sehingga rangup. Ketepikan.
  3. Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan pecah minyak. Masukkan cuka. Perasakan dengan garam dan gula. Apabila sambal sudah masak, masukkan tempe dan gaul rata.
  4. Sedia untuk dimamam!

Selamat Mencuba!

Rabu, Februari 13, 2013

Hansel & Gretel Memenuhi 'Expectation'

Dah tengok Hansel & Gretel? Movie ni keluar hujung bulan lepas. Lepas tengok trailer & baca review memang teringin sangat nak tengok! Kebetulan ada complimentary tickets adik bongsu saya bagi. So, Khamis lepas saya dengan Bott pergilah ke Citta Mall, Ara Damansara untuk tonton movie tu kat MBO Cinema. Lagipun Bott suke + minat Jeremy Renner (Hansel).

Biasalah, weekdays tak ramai orang. Nak dijadikan cerita dalam panggung tu hanya saya dengan Bott je! Heheheh punyalah excited saya dengan bestfriend saya ni. Kitorang perasan beli satu panggung! ;)


OK. Berbalik kepada movie Hansel & Gretel. Bagi saya movie ni memenuhi expectation saya. Basic storyline samalah macam fairy tale Hensel & Gretel yang kita biasa dengar/tengok. Dua beradik ni ditinggalkan di dalam hutan oleh ayah mereka, then jumpa rumah yang diperbuat daripada gula-gula milik seorang ahli sihir. Setelah ditangkap oleh ahli sihir, diorang berjaya lepaskan diri dengan bakar ahli sihir tu hidup-hidup dalam ketuhar besar.

Semenjak itu, Hansel dan Gretel berjuang untuk tumpaskan ahli-ahli sihir jahat yang selalu culik kanak-kanak untuk upacara pemujaan. Misi besar mereka bermula apabila mendapat tahu bahawa ahli-ahli sihir bakal mengadakan ‘Perayaan Bulan Darah,’ yang akan korbankan 12 orang kanak-kanak. Pada masa yang sama, Gretel dapat tahu yang ibu mereka juga seorang ahli sihir. Di sinilah konflik bermula. Jeng jeng jeng!!!

Bagi saya ceritanya fast move, interesting & entertaining! Especially dengan adanya watak troll bernama 'Edward'!So chomellll!