Khamis, Januari 16, 2014

Lepat Segan a.k.a Lapek Sagan


"Lapek Sagan? Kenapa orang panggil lepat ni lepat segan?" Itu yang mula-mula saya tanya pada ibu. Pada usia menjangkau 33 tahun ni, baru pertama kali saya rasa kuih bergelar 'Lapek Sagan' ini.

Beginilah rupanya 'lapek sagan'.
Menurut Cekebon, lepat ni dipanggil 'lepat segan' atau dalam bahasa orang Minang, 'lapek sagan' sebab lepat ni mudah untuk dibuat. Lepat orang malas! Huh?! Masih kurang jelas, saya bertanya pada kenalan saya dari Indonesia. Katanya di sesetengah kawasan yang diduduki oleh orang Melayu seperti Riau dan Sumatera Utara, kuih ini dipanggil 'lepat segan', sama seperti di Malaysia. Perkataan 'segan' membawa makna malas atau enggan melakukan sesuatu. Jadi, lepat ini dinamakan sedemikian kerana kaedah penyediaannya tidak rumit hinggakan orang yang malas pun boleh membuatnya. Hahaha! Make sense-lah kenapa Cekebon cakap 'lepat orang malas'.

Resepi Lepat Segan @ Lapek Sagan

  • 1/2 kg beras pulut, dicuci bersih, direndam selama setengah jam kemudian dikukus selama lebih kurang 15 minit.
  • 1 sisir pisang kepok (lenyekkan)
  • 1/2 butir kelapa parut
  • 5 - 6 sudu besar gula merah
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang untuk membungkus

Cara-cara Penyediaan:
  1. Gaul sekata pisang yang telah dilenyek dengan gula, kelapa parut dan beras pulut yang telah dikukus.
  2. Perasakan dengan garam
  3. Bungkus dalam daun pisang dan kukus selama 30 minit.

Well, kalau ditengok pada resepi di atas, mungkin interpretasi 'malas' orang dulu-dulu berbeza kot. Kalau ikut tahap malas saya, bila baca resepi ni terus terhapus niat nak cuba buat! Nak rendam beras, kukus beras dulu, lenyek pisang la, then nak bungkus jadi macam lepat lagi,...kukus lagi,...ni lepat orang rajin lah!

Amalan Supaya Dimurahkan Rezeki

Selain daripada mengerjakan solat sunat dhuha dan membaca Surah Al-Waqiah, di bawah ini ada satu lagi amalan mudah yang boleh kita praktikkan agar dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus daripada Allah. Seorang teman kongsikan doa ini dengan saya. Amalan untuk murah rezeki dan cepat kaya katanya.


Ayat ini dibaca sebanyak 33 kali setiap kali usai solat. Dengan izin dan ketetapan-Nya, apa yang kita ada cukup untuk keperluan kita dan rezeki yang dikurniakan tidak akan pernah habis.

Isnin, Januari 06, 2014

Gitar oh Gitar


Antara resolusi saya untuk 2013 -  to take up new hobby untuk hilangkan stress i.e. belajar main gitar. Hujung bulan Jun tahun lepas, saya mula belajar bermain gitar 'secara serius'. Hehehe maksud serius di sini -- belajar sampai pandai main dan hasilkan bunyi yang sedap didengar. Kali ni memang bersungguh-sungguh sikit sebab saya nak cabar diri. Dulu masa kecil-kecil belajar main piano suku jalan je (tak cukup separuh jalan pun). Dalam rumah ni yang betul-betul pandai main piano, adik saya si Rena Cruzee tu.

So, setelah mendapat sebuah gitar akustik daripada adik lelaki saya (Thank you so much, Uje!), bermulalah 'Projek Petik Gitar' saya. Alhamdulillah, sekarang dah pandai basic chords dan dah boleh main beberapa buah lagu senang dengan sempurna. Main untuk hiburkan diri sendiri je. Paling tidak pun audience saya hanyalah Yu-Ri Van Houtten, kucing saya yang setia duduk menghadap saya setiap kali saya 'bertungkus lumus' cuba menghasilkan bunyi yang sedap didengar. Bunyi gitar, bukan bunyi kecapi ;)

Boleh dikatakan the whole family; Cekebon, Rena, Uje, Dhila & Bott memberikan sokongan padu since they all rela paksa menjadi mangsa menadah telinga - dengar bunyi petikan gitar sumbang saya di rumah. Murid tua macam saya ni lambat pandai hehehe.

Tak cukup dengan itu, sebelum berangkat ke London bulan Ogos lepas, Uje & Dhila hadiahkan guitar picks, guitar strings (yg 'light' punye tau so tak la sakit sangat jari saya) dan tuner. Happy tak terkata! Semakin bersemangat belajar! Sekarang ni dah pandai tukar tali gitar dan tune sendiri. Jari pun dah tak keras mana nak pluck or strum.  Selepas ni niat nak belajar spanish guitar pula.






Khamis, Disember 12, 2013

Romancinta - Mojo

Lagu terbaru MOJO! Another lagu duka-jiwa-lara tapi BEST! Kalau nak tonton muzik video lagu ni, klik pautan di bawah ye.

Dapatkan Guitar Chords Romancinta - MOJO di sini.

Lirik Lagu Romancinta - Mojo
Ciptaan: Edry Abd. Halim
 
Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula
Hatiku rasa
Romancinta




DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.