Rabu, April 10, 2024

Salam Lebaran 1445

Assalamualaikum. Salam 1 Syawal!

Alhamdulillah, selesai sudah kita laksanakan ibadah Ramadan. Kini masanya untuk raikan Syawal.

Selamat berhari raya buat kalian semua. Semoga masa yang ada ini dapat diluangkan sebaiknya bersama yang tersayang. 

Tahun ini, tahun pertama kami adik-beradik beraya tanpa Cekebon (ibu). Sedih dan sayu tu memang tak tergambarlah. Mujurlah si bongsu balik dari Dubai sebentar, dapatlah beraya bersama-sama sementara dia bercuti ni.


Team Raya Kuala Lumpur

Kalian beraya di mana tahun ini? Cuti raya lama tak? Saya balik bandar. Team Raya Kuala Lumpur. 😊

Salam Aidilfitri 1445H

Gambar raya sipi-sipi namanya. 😂 Bunga tu saya yang ‘gubah’ (Baca: Kerat-kerat dan cucuk-cucuk masuk dalam pasu.) Perasan jadi florist tersohor pada malam raya, kita bagi karangan bunga yang masuk blog.

Maaf Zahir Batin

Meskipun kebanyakan antara kita hanya berkenalan dan bersua secara maya, biarpun antara kita jauh dibatasi jarak, saya yakin kesalahan tetap boleh terpahat.

Khamis, Februari 15, 2024

Buat Kerongsang Resin untuk Free Market

Assalamualaikum. Selamat Hari Khamis. Sekejap betul masa berlalu sekarang ini. Tahu-tahu, dah nak dekat hujung minggu semula.

Hari ini saya hendak cerita tentang kerongsang mini yang saya buat untuk acara free market sebuah sekolah hujung tahun lepas. Adik ipar saya dan keluarganya antara yang terlibat dengan aktiviti ini. Jadi, saya pun ‘sibuk’ sama menyelit nak sediakan sesuatu untuk meriahkan suasana. 😂

Puas juga fikir mahu beri apa. Pelajar-pelajarnya semua perempuan. Fikir punya fikir punya fikir… saya putuskan untuk buat kerongsang resin. Kerongsang mini atau yang biasa orang panggil baby brooch tu.


Kerongsang DIY saya 😊

Kuih Bom Bijan Inti Kentang

Ada yang panggil kuih bom...  kuih bijan… kuih bom bijan. Ada juga yang panggil onde-onde manis. Apapun namanya, kuih ini memang antara kuih tradisional kegemaran saya. Saya paling suka bahagian kulit luarnya. Inti tidak kisah inti apa… inti kelapa manis ke… kacang hijau ke… janji kulit luar tu best

Pernah masa musim PKP dulu, walaupun bahan serba tak cukup saya buat juga kuih bom bijan ini semata-mata hendak menikmati kulitnya. Itu yang jadi kuih bom mentega kacang tanpa salutan bijan tu. Janji lepas craving kulit kuih bom sudah. 😂

Kali ini saya buat kuih bom inti kentang. Memang ada sesetengah adunan kuih donat dan kuih bom menggunakan kentang yang telah dilenyek untuk mendapatkan tekstur kulit yang lebih lembut. Tetapi, kuih bom yang saya buat ini tidak guna kentang untuk doh kulit sebaliknya kentang dijadikan sebagai inti.


Kuih bom sedia untuk digoreng.