Rabu, Mei 07, 2014

Ayat Amalan untuk Pesakit Darah Tinggi

Potongan ayat di bawah ini wajar diamalkan oleh pesakit darah tinggi. Insya-Allah dapat mengelak daripada pengsan secara tiba-tiba apabila tekanan darah menjadi tidak terkawal. Letakkan tapak tangan pada dada dan baca setiap kali selepas usai solat.

Surah An-Nisa’, potongan ayat 164


Terjemahan:  Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).


*Ilmu yang dikongsi oleh Ustaz Sharhan melalui salah satu ceramahnya di TV9.

Selasa, Mei 06, 2014

Tutorial Cara Buat Photo Fridge Magnet (1)

Ingat lagi pada entri terdahulu saya mengenai 'photo fridge magnet'? Ok. Hari ini saya akan tunjukkan cara-cara untuk membuatnya. Apa yang diperlukan ialah:

  • Magnet Sheet
Magnet sheet yang selalu saya beli bersaiz A4. Jadi banyak juga 'fridge magnet' yang boleh kita hasilkan. Boleh dapatkan di kedai menjual barang kraf atau DAISO.


  • Gambar Pilihan
  • Art Gum atau Spray Mount (Saya gunakan Art Gum Faber-Castell kerana sisa gam ini mudah dibersihkan dan tidak akan mencacatkan projek kraf kita).
Saya sangat suka guna gam ini.
 
  • Paper cutter/trimmer/gunting tajam

Langkah-langkah:
  1. Pastikan gambar yang dipilih dicetak menggunakan kertas yang tahan lama dan tidak mudah rosak andai terkena air. Jika tidak, lekatkan clear packing tape (yang orang selalu guna untuk seal kotak tu)  pada permukaan gambar. Dalam erti kata lain, kita seolah-olah laminate gambar tu supaya kalis air.
  2. Potong magnet sheet mengikut saiz gambar. 
    Saya sengaja lebihkan sedikit potongan magnet sheet di atas sebab nak buat frame hitam untuk gambar.

  3. Lekatkan gambar pada magnet sheet menggunakan art glue/spray mount. Biarkan kering buat seketika. Pastikan bahagian tepi gambar dan magnet melekat dengan baik.
  4. Tindan dengan buku tebal selama beberapa jam supaya permukaan magnet yang kita hasilkan betul-betul leper dan rata.
Inilah hasilnya!


Senang, bukan? Selamat Mencuba!



Isnin, Mei 05, 2014

Tutorial Cara Membuat Origami Tali Leher

Ada yang bertanyakan kepada saya cara untuk membuat origami tali leher yang saya gunakan untuk membuat kad Hari Guru untuk sambutan Hari Guru yang bakal menjelang. Saya kongsikan tutorialnya di sini. Bagi yang mengalami kesukaran untuk ikut langkah-langkah di bawah, boleh cuba cari video di youtube. Seingat saya, ada banyak pilihan video demonstrasi membuatnya.
Credits

Bagi dapatkan hasil lipatan yang cantik, seeloknya jangan guna kertas yang tebal sangat. Guna kertas nipis yang ketebalan kertasnya lebih kurang seperti kertas khusus untuk buat origami. Tetapi, andai kalian guna kertas yang agak tebal, gunakan bone folder supaya kesan lipatan jadi lebih kemas, tidak renyuk.

Selamat mencuba! Selamat menghasilkan tali leher-tali leher yang comel!

Sesal Separuh Nyawa - Alyah

Saya baru beberapa kali dengar 'single' terbaru daripada Alyah di radio.

Mana harusku hamparkan 
Rindu tiada kesudahan 
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Asyik humming chorus lagu ni sepanjang hari. Secara peribadi, saya rasa kekuatan 'Sesal Separuh Nyawa' terletak pada gubahan melodi dan cara Alyah membawakannya. Dari segi lirik pula, straight to the point. Tak ada bahasa atau kiasan berbunga-bunga.