Rabu, Ogos 06, 2014

Lontong Goreng Istimewa


Ini menu makan malam kami beberapa hari lepas. Bersihkan peti ais dan freezer, tengok ada lebihan lontong dan sate ayam. So, terus tergerak hati nak buat lontong goreng.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Lontong/Nasi Impit/Ketupat (potong kecil-kecil)
  • 1-2 biji bawang besar (mayang)
  • Beberapa tangkai cili api (hiris halus), kalau tak mahu pedas, tukarkan kepada cili hijau.
  • Setengah batang lobak merah (potong dadu). Boleh juga gunakan mixed vegetables.
  • Ketulan sate ayam
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk lada putih
  • beberapa sudu kicap manis
  • minyak masak untuk menumis

Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, lobak merah, ketulan sate ayam dan hirisan cili.
  2. Masukkan sedikit serbuk kunyit, serbuk lada putih, kicap manis dan perasakan dengan garam.
  3. Masukkan lontong. Gaul hingga sekata.Biar seketika atas dapur hingga semua bahan-bahan tadi tergaul mesra :)

Since saya pakai sate ayam, tak perlulah guna banyak-banyak rencah. Nak sediakan lontong goreng ni tak semestinya kena guna sate. Apa-apa bahan yang ada pun boleh. Untuk kepelbagaian, boleh buat lontong goreng guna rencah nasi goreng kampung (ikan bilis, belacan & cili api), lontong goreng ala Thai (perasa tomyam) dan lontong goreng kerabu (ketulan ayam, hirisan serai, bunga kantan, daun limau dan kerisik).

Selamat Mencuba!

Selasa, Ogos 05, 2014

Beraya dengan Batik Pants B.O.B

Sebelum ni saya pernah sertai GA oleh Masyghul Online dan Alhamdulillah, saya berjaya jadi pemenang utama yang melayakkan saya menerima sepasang pelikat atau batik pants pilihan. Sejak dari awal lagi saya berkenan dengan pelikat pants, tetapi kebetulan pants saiz saya tidak ada stok. Jadi, saya pun pilih sepasang batik pants yang bagi saya cukup cantik coraknya :)

Kredit Imej: Masyghul Online
Nak dijadikan cerita, rezeki dapat pants ni agak lambat. Entah kenapa, setelah dihantar melalui poslaju, seluar ni travelled banyak tempat,.. dari satu cawangan poslaju ke satu cawangan lain dan alih-alih dikembalikan semula kepada pengirimnya. Terpaksalah Encik Amirul mengirimkannya semula kepada saya. Disebabkan masa tu dah nak dekat raya, bungkusan tersebut dijangka sampai selepas raya. (Terima kasih banyak-banyak ye...bersusah payah uruskan hadiah saya).

Alhamdulillah, berpeluang rupanya jadikan batik pants sebagai koleksi baju raya untuk tahun ni :) Kali ni seluar tu tak gi jalan jauh-jauh. Sampai terus ke depan rumah! Teruja saya pakai sambil layan tetamu bertandang di rumah dan pergi jalan-jalan. Sangat-sangat selesa. 

Jalan-jalan dengan Batik Pants!

Nanti ada rezeki nak beli beberapa pasang. Sesuai juga dijadikan hadiah untuk yang tersayang. (Dalam kepala dah mula congak bajet,...hadiah untuk Baba, hadiah untuk birthday Uje...)

Oh ya, sesiapa yang berminat nak beli Pelikat Pants atau Batik Pants secara online, sila jengah Masyghul Online :)