Sabtu, September 06, 2014

'Alphabets Rubber Stamps' untuk Kraf Kertas


Alphabets Rubber Stamps @ Cap Getah Huruf adalah antara peralatan kraf yang boleh cantikkan dan tingkatkan lagi nilai projek kraf kertas kita. Saya tidak anggap Alphabets Rubber Stamps sebagai satu keperluan asas kraf / a-must-have. Tetapi, jika anda ada peruntukan bajet yang lebih, belilah satu set rubber stamps capital letters dan satu set small letters. Senang kalau nak tulis ucapan di atas kad atau scrap page

Seperti dalam gambar di atas, saya tidak ada rubber stamp yang khusus dengan kata-kata 'Miss You So Much!'. Jadi, saya gunakan cap-cap huruf berkenaan. Selain itu, kita juga boleh menggunakan font stickers or embellishments (baca mengenainya di sini).

Lihat contoh di bawah pula.


Harga satu set rubber stamps seperti ini (juga terdapat dalam set nombor) tidak menentu. Bergantung kepada saiz dan jenama yang ada di pasaran.


Cekebon dan Sesisir 'Mauzun'

Semalam Cekebon kena hantar darah di PPUM untuk appointmentnya minggu hadapan. Pergi dengan Cekengah, balik dengan Uje. Masa saya sambut Cekebon di pintu, Uje hulur pada saya sesisir pisang. 

"Bon tak boleh makan pisanglah," saya ingatkan adik saya. Ibu saya on low potassium diet.
"Tahu. Bukan untuk dia. It's for you!"

Untuk saya? Bila pula saya kirim pisang?

Rupa-rupanya, selepas urusan ambil darah selesai, Uje bawa Cekebon pergi sarapan di sebuah restoran daun pisang (Favourite Cekebon nih! Dari dulu excited kalau makan beralaskan daun pisang.) Nak dijadikan cerita, since semalam hari Jumaat, pemilik restoran tu letak pisang di atas meja untuk jamu para pelanggan. Atas meja Cekebon adalah dalam 3 biji. Terkulat-kulat je dia pandang pisang tu. Last-last dia tanya kat Uje boleh tak dia nak ambil pisang tu barang dua biji. 

"Ibu kan tak boleh makan pisang. Potassium."
"Nak bawa balik kasi Along. Dia suka 'mauzun'."

Masa adik saya cerita, terharunya saya! Nak tergelak pun ada. Amboi, Cekebon! Main tapau-tapau pulak! Saya memang suka makan pisang. Apa-apa yang berasaskan pisang saya memang tidak akan tolak! Semasa di matrikulasi, kena belajar Bahasa Arab. Buah pertama yang saya belajar - MAUZUN (pisang). Teman-teman sekampus pun tahu yang saya hantu pisang. Sampai ada yang gelar saya Farrah Mauzun. Hehehe itu cerita dulu. 


Alhamdulillah, tak pasal-pasal hari ni dapat rezeki sesisir 'mauzun'. Adik saya tak sampai hati tengok mestika hati kami ni nak 'import' balik dua biji pisang semata-mata kerana saya. (Tapi itu memang Cekebon. Kat mana-mana nampak pisang memang akan teringat kat saya. Teruk benar penangan-suka-pisang saya ni agaknya!) Usai bersarapan, Uje pun singgahlah kedai buah, belikan pisang untuk si kakak. Tunaikan hajat Cekebon. Cekebon happy. Kak Long double triple happy!

Thanks, Je. Thanks so much, Cekebon. Mmmuaahhhhhhh!


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!