Selasa, Oktober 14, 2014

Semangkuk Bakso Secangkir Kopi

Ohayo gozaimas! 

Memulakan hari dengan gumbira, siap sedia nak memulakan kerja :) Semalam, dapat rezeki bakso. Alhamdulillah. Since saya dah dinner, terus je simpan dalam peti sejuk. Jadikan sarapan untuk hari ini. Nampak tak bebola daging sebesar penumbuk tuh? Di sebalik bihun pun ada beberapa ketul bebola daging kecil! Insya-Allah akan kenyang sampai petang.

Bakso & Kopi
Jemput makan ye. Harap-harap kopi tu dapat mencelikkan mata saya yang masih beratttt. OK. Jumpa nanti-nanti. Saya ada beberapa bab nak diedit pagi ni. Bismillahirrahmanirrahim. On my mark,...get set,...GO!

Psttt! Kalian sarapan apa pagi ni?

Isnin, Oktober 13, 2014

Senggang Isnin dengan 'Ek Villain'

Selamat Hari Isnin! 
Selamat Memulakan Minggu Baru! 
Senyum sikit,...lebar sikit,...haaaa,...kan sweet begitu! :)

Hari ni free. So, lepas kemas-kemas bilik, saya layan sebuah filem Bollywood - Ek Villain lakonan Shraddha Kapoor dan Sidharth Malhotra. Hari tu baca review dekat blog Amy Syeera, terus menggagau cari cerita tu. Lagipun, dah lama benar saya tak tonton cerita Hindustan. Filem hindustan sekarang tak macam dulu, susah nak jumpa yang berbaloi ditonton.

Credit

Anyway, Ek Villain memenuhi expectation! Jalan cerita menarik dan sweet. Cara plot cerita disusun pun sangat baik. Mengisahkan tentang seorang pemuda 'orang jahat' (faham-faham sajalah 'orang jahat' cerita Hindustan macam mana..) yang berubah hidupnya dengan kehadiran seorang gadis. Bunyi macam tipikal kan,...not quite. Apa yang berlaku dalam relationship mereka tu yang interesting

Cerita ni romantic thriller, fast move dan akan buat kita tertanya-tanya,...ada banyak flashbacks, masuk cerita si A, kait pula cerita si B, dan di penghujungnya barulah semua puzzles settled and all the dots connected :)



Ahad, Oktober 12, 2014

Lontong Goreng Sate lagi!

Korek peti ais, korek freezer. Kemas dan buang apa yang patut.
Ada ketupat nasi.
Ada sate ayam.
Semua ni lebih hidangan Hari Raya Haji.

Ketupat + Sate = Lontong Goreng Sate!



Hidangan ni favourite Cekebon. Dah jadi hidangan switch-up rasmi lepas raya. Cerai-ceraikan sate. Potong nasi himpit/lontong/ketupat nasi supaya jadi ketulan kecil. Panaskan lebih kurang dua sudu besar minyak masak. Tumis satu labu bawang besar (yang dihiris nipis/potong dadu). Gorengkan ketulan-ketulan sate. Masukkan sedikit serbuk kunyit, sedikit lada sulah dan garam secukup rasa. Kalau ada mixed vege, masukkan sekali. Biar meriah sedikit. 

OK, once rencah kita dah siap, masukkan nasi himpit/lontong/ketupat nasi. Gaul hingga semuanya sekata. Yummmyyyyy! Makan, yuk!


Kambeh? Kambas?

Petang semalam jiran sebelah rumah telefon minta saya tunggu dekat pagar. Hehehe 'tunggu dekat pagar' tu catchphrase yang digunakan apabila dia nak beri something

"Makan kambeh tak?" Jiran saya yang berpangkat nenek tu tanya pada saya. Kambeh?! Laju saya berfikir. Almaklumlah, area kejiranan saya ni ada orang Minang, ada orang Jawa. So, puas juga search dalam otak, cari vocab yang relevan. Rasanya bukan bahasa jawa. Kambeh...kambeh...dialek minang kalau tukar.... 

"Kambas?" Saya tanya balik. Masih tak ada sebarang klu, kambas tu apa. Percubaan saya untuk intai-intai bekas di tangannya tak mendatangkan sebarang hasil sebab bekas tu bukan lutsinar. Tak nampak apa-apa.

"Ha ah. Kambas."

"Err,..kambas tu apa, nek?" Tak tahu kena tanya. Malu bertanya sesat jalan.

Rupa-rupanya kambas tu peria! Menurut jiran saya tu, kalau peria yang kecil dipanggil peria katak. Peria yang besar, dipanggil kambas. Ohhhh,...baru tahu!

Masuk rumah, sambil jeling-jeling lauk kambas diberi (saya memang suka makan peria). Saya capai Kamus Dewan. Kambas atau kambeh, bermaksud peria, memang istilah Minangkabau yang diterima pakai. 

Belajar sesuatu yang baru ;) Teringat pada arwah atuk saya. Arwah selalu pesan pada saya, 'It is never too late to learn.' Pada usia melebihi 3 dekad ni baru saya tahu yang kambas tu peria heheheh


Nota Senyum: Good Luck untuk Pak Cik S, yang selalu saya dan keluarga gunakan khidmatnya jika perlukan teksi. Pak Cik S sibuk buat mutala'ah. Persediaan untuk peperiksaan. Walaupun dah berusia, beliau gigih meneruskan pengajian peringkat sijil di sebuah institusi pengajian tempatan.