Isnin, Jun 01, 2015

Kiriman Manis Si Paling Comel

Rasanya kalian dapat agak siapa yang saya maksudkan. Beberapa rakan blogger dah pun published entri penghargaan buat tuan punya blog Siti Yang Menaip ni. Adik CT kita hantar coklat manis buat pengomen tegar blognya sepanjang Januari - April 2014. Alhamdulillah, ada rezeki saya :)

Coklat daripada Si Paling Comel

Dua keywords penting - (i) peminat dan (ii) paling comel
Hahahahaha itu yang mahal! You are indeed, paling comel :)

Jom Cuba Nasib - AYAH

Assalamu'alaikum. Salam hujung minggu! Selamat menempuh kegembiraan riuh-rendah cuti sekolah! 

Satu lagi entri Jom Cuba Nasib untuk kalian. Bagi yang tidak familiar dengan Jom Cuba Nasib di tower saya, boleh rujuk sini. Bukan segmen, bukan giveaway,..sekadar untuk suka-suka antara kita semua.

Semalam saya mengemas kad-kad ucapan yang ada dalam simpanan. Terjumpa kad Hari Bapa ini. Kad lebihan tahun lepas. Terus terfikir nak buat Jom Cuba Nasib sempena Hari Bapa yang bakal diraikan pada 21 Jun 2015 :)