Sabtu, Januari 16, 2016

Resepi Mudah - Cucur Roti Berkeju

Nak panggil apa pun boleh - cucur roti berkeju, godok roti cheese, cekodok roti berkeju, jemput-jemput cheese terpulang. Apa yang penting, hendak sediakan cucur ni sangatlah senang!

Kat rumah ni memang ada penyakit. Time tak beli roti, time tu lah masing-masing teringin nak makan roti. Tetapi, apabila ada roti di rumah - boleh terbiar tak laku sampai expired. Kerja sayalah masukkan dalam peti sejuk. Stok untuk buat roti telur, crouton atau cekodok.

Cucur Roti Berkeju

Jumaat, Januari 15, 2016

Like I Am Gonna Lose You Megan Trainor Feat. John Legend (Easy Chords)

Simply love this song! Hari tu tengok Chan syok sendiri berkaraoke dengan Smule. Ni antara lagu yang hit dan jadi pilihan ramai. Chords untuk Like I am Gonna Lose You dendangan Megan Trainor dan John Legend super simple. Nak strum pun senang!  Buat beginners boleh strum DDDD. Ini yang paling basic. Jika nak lebih sedap bunyi dan feelnya, strum patternnya D UD.

Tunggu! We can make it better! Kita tambah chuck sounds as additional beats.

D [chuck] U D [chuck]

Happy Strumming!

Kord Gitar From FAMF Tower

 

Like I Am Gonna Lose You - Megan Trainor Feat. John Legend (Easy Chords)


C

I found myself dreaming
Em
In silver and gold
Am
Like a scene from a movie
    F                              Dm-G
That every broken heart knows

Khamis, Januari 14, 2016

Angin Bayu New Zealand Huda & Dhila

Ada apa dengan New Zealand? Haaa,..2016 dimulakan dengan baik. Dengan  angin dan bau-bau New Zealand. Alhamdulillah, ada rezeki saya untuk menumpang kegembiraan adik-adik yang pergi bercuti :) Saya terima kiriman poskad Lady Bowen daripada adinda Huda (nhhas) yang 'balik kampung' Australia untuk menghadiri majlis graduasi adiknya. Pada masa yang sama, Huda ambil kesempatan untuk bawa ibu dan bapanya bercuti ke New Zealand. Nak baca pengalaman menarik cik adik ni di sana, jemputlah bertandang ke blog Huda ye. 

 Yabedabeduuuuu!


Selasa, Januari 12, 2016

Bit off more than I could chew,..

Assalamu'alaikum,

Hari ke 12 untuk 2016. Saya masih tercari-cari langkah. Nak urus hidup, urus kerja, urus itu ini. Semuanya chaotic. Rutin harian belum cantik rentaknya. Memang asyik terkejar-kejar.

Seiring dengan bermulanya sesi persekolahan yang baru, saya mula dibebani dengan KERJA. Yelah, budak-budak dah mula sekolah, mulalah kelas pondok saya. Hujung tahun lepas lepak santai je. Kalau ada kelas pun cuma kelas budak calon peperiksaan dan kelas intensif bahasa. Sekarang ni baru kelam kabut nak cari feel dan semangat rajin. Semangat,... Mana semangat?!

Kemudian, bermula 2016 ni saya terlibat dengan beberapa tugas tambahan. Ambil job editing lagi. (Meskipun setiap kali selesai kerja edit-mengedit, saya janji pada diri itulah yang terakhir huhuhuh) Dapat several tasks untuk party planning and agreed to help a friend of mine untuk kendalikan kelas public speaking.Why did I agree to this?! Saya ada 48 jam ke sehari?