Selasa, Mei 03, 2016

DIY Kad Hari Guru - Guna Scrabble Tiles

Dalam entri terdahulu, saya ada bercerita tentang printable scrabble tiles yang boleh digunakan untuk projek kraf. Baca mengenainya di sini. Saya dah cetak dan potong berkeping-keping scrabble tiles untuk beberapa projek kraf dan DIY. Salah satu daripadanya ialah kad hari guru buatan tangan seperti di bawah.


Terima Kasih, Guru

Isnin, Mei 02, 2016

Kalau tak boleh pam ... potong jer!

Assalamu'alaikum,
Selamat datang Mei! 2 haribulan sudah! 
Hari ini saya nak kongsi tips untuk botol losyen berpam. Selalunya apabila kandungannya mula surut dan makin sedikit, kita susah nak pam losyen keluar. Jangan terus buang ye. Buka botol, intai dulu banyak mana lagi tinggal isi kandungannya.



Macam botol Ezerra di atas ni. Pam pam,..yang keluar secotet jek! Pam dah nak sampai mengah dah! Disebabkan di dalamnya ada losyen lagi, jadi saya akan potong dan pendekkan botol ni.