Isnin, Oktober 30, 2017

Tutorial Kraf Kertas - Hiasan Bunga Comel daripada Water Colour

Hari ini saya ingin kongsi tutorial cara-cara buat hiasan kraf (embellishment) bunga comel daripada water colour. Senang je nak buat. Tidak perlu ada kemahiran melukis atau mewarna sebab pada dasarnya bunga yang kita hendak buat ni, kelopaknya bulat-bulat. Sebenarnya, saya ada tengok satu video kraf, tak ingat di mana dan bila. Crafter tu lukis kelopak-kelopak bunga mawar cantik sangat! Bunga-bunga diwarnakan dengan teliti siap guna tona warna yang berbeza.

Dapat inspirasi dari video tersebut, saya buatlah bunga-bunga comel ini. Tetapi apa yang saya hasilkan sudah saya improvised kepada versi simple. Insya-Allah kalis gagal punya projek. Jika hendak dijadikan aktiviti dengan anak-anak pun tak ada masalah.

Inilah bunga-bunga comel yang saya maksudkan. Bunga-bunga ini sesuai dijadikan hiasan untuk kad atau scrapbook. Hiasan untuk backdrop photo booth pun cantik. Sweet sweet gitu!

Selasa, Oktober 10, 2017

Spiraldex Chronodex dan yang Berjaya Meneka dengan Tepat

Pernah dengar tentang spiraldex? Dalam entri awal September yang lalu, saya ajak kalian meneka apakah nama dan kegunaan rajah berlingkar di bawah.



Jawapan yang tepat ialah Spiraldex. Kita guna spiraldex untuk tulis jadual harian kita dalam bentuk visual yang lebih menarik. Kiranya macam timeline of the day lah. Kalau tanya pada planner addicts atau mereka yang buat bullet journals or filofax, they know better.

Nombor-nombor pada spiraldex itu mewakili jam (waktu). Jadi, catatlah sebarang temu janji, mesyuarat dan tugasan lain mengikut senggak waktu. Tanda atau warnakan (jika perlu) supaya kita dapat gambaran kasar perjalanan hari kita bagaimana. In a glance kita dah tahu hari kita hectic atau sebaliknya.