Selasa, Disember 05, 2017

Photo Props - Movie Night

Tidak silap saya, saya dapat tempahan photo props ini sekitar April yang lalu. Tetapi, dek kerana terlalu sibuk, baru sekarang sempat dan berpeluang untuk buat entri. Kalau diikutkan banyak entri party planning dan kraf yang tertangguh. Ada yang 'tergantung sepi' dalam draf. Ada yang tak edit gambar lagi. 

Berbalik kepada photo props, tema photo props kali ini ialah 'Movie Night'. Tema Movie Night ini agak popular sebenarnya. Kerap juga jadi pilihan untuk keraian yang santai,...yang ringkas. Ada banyak idea-idea menarik yang kita boleh gunakan. Tidak semestinya kena buat tayangan filem/video. Tetapi kebiasaannya, alang apabila tema ini dipilih, pasti tayangan filem/video akan jadi salah satu agenda utama majlis. Barulah meriah!

Skop tema Movie Night agak luas. Kita boleh buat edisi belakang tabir (Behind The Scene) - director cone, film reels, clipboard, film strips,...semua yang ada kena mengena dengan kerja-kerja belakang tabirlah.

Di samping itu, kita boleh buat ala-ala tayangan premier atau Movie Day Out. So, ada popcorn, soda, air botol, kacamata 3D dan tiket wayang.

Jumaat, Disember 01, 2017

Disember | Maulud Nabi | Bookdoc Activ Platinum

Assalamu'alaikum.
1 Disember 2017.
Ada 31 hari je lagi untuk kita habiskan 2017. Saya masuk bulan 12 ni mulalah sibuk. Sebelum ni cuti sebulan lebih (sekejap je...tahu-tahu cuti dah habis!). So, now it's time to get back to work!

Apapun, buat kalian semua, selamat melakar bab dua belas untuk 2017. Moga-moga 31 hari yang akan datang ini penuh dengan cerita-cerita gembira dan bermakna. Dapatlah kita tutup 2017 dengan baik. Ada sebarang perancangan istimewa untuk bulan terakhir ni? Any occasion or celebration? Atau ada azam tahun ini yang masih belum tercapai? Sempat lagi nak dijadikan kenyataan 🌝