Rabu, Julai 11, 2018

One man's trash,..


...is another man's treasure!

One man's trash is another man's treasure. Haaa, pernah dengar tak? Samalah juga macam one man's meat is another man's poison. Maknanya kalau sesuatu itu dianggap sebagai sampah atau tidak berharga bagi seseorang, mungkin ada individu lain bertanggapan sebaliknya (yang menganggap benda tu bernilai). Jika sesuatu jadi kesukaan seseorang, mungkin jadi kebencian (racun) buat orang lain. Yelah, cita rasa kita kan berbeza-beza.

Saja je nak kongsi dua english expressions di atas. Tengah kemas botol-botol terpakai sebenarnya. Saya rajin kitar semula tetapi botol-botol plastik lazimnya saya asingkan dan beri pada orang lain. Jika nak dihimpun semuanya di rumah, makan ruang. Kalau kertas dan kotak lebih mudah untuk kita stack berbanding botol-botol plastik.

Apa yang saya lakukan ialah saya kumpul botol-botol di dalam bakul. Penuh je bakul, Bott akan masukkan kesemuanya ke dalam plastik hitam dan letak di tepi tong sampah. Tak campur dengan sampah lain tau. Satu plastik hitam tu memang botol-botol sahaja. Di kawasan rumah saya, selalu ada orang yang kumpul botol-botol ni untuk dijual. Pekerja lori sampah pun rajin asingkan. Jadi, tidak perlulah mereka selongkar sampah semata-mata nak keluarkan botol. Satu plastik tu memang boleh terus diangkut tanpa ragu. 

Roti Telur Dadar

Siapa sini suka makan roti telur? Saya memang sangat gemar roti telur. Tak kisahlah untuk sarapan atau minum petang. Dapat guna roti lama dalam peti sejuk. Lagipun, kita boleh pelbagaikan hidangan roti telur ikut cita rasa. Nak lemak berkrim,..nak wangi beraroma, nak pedas, nak manis,..terpulang pada kita.


Intai resepi berasaskan roti dan telur di sini:


Kali ini saya ingin kongsi mengenai roti telur dadar. Basically, kita buat telur dadar dan letak roti di atasnya. Di bawah ni rupa kejadian roti telur dadar semasa sedang dimasak. Gambar sesudah siap dimasak lupa pula nak ambil. 




Apa yang diperlukan? Jom tengok resepinya.