Isnin, Ogos 27, 2018

Karela Goreng Berempah

Perkongsian resepi untuk hari ini, karela goreng berempah. Ya, kita cakap pasal peria. Saya je gatal guna nama lain biar fancy hehehe.

Karela atau kambas ni saya 'warisi' daripada Cekengah. Dia beli untuk makan ke untuk minum atau buat air detox ke ... saya kurang pasti. Dek kerana terlalu sibuk, berhari-hari terperam dalam peti sejuk. Dah masuk dua minggu, saya pun jadi fairy godmother tukarkan peria yang sudah mula kecut kepada hidangan yang boleh dimakan.

Peria Goreng Berempah

Jumaat, Ogos 24, 2018

Papan Pemotong IKEA

Papan pemotong IKEA di bawah ini memang antara produk IKEA kegemaran saya. Satu, sebab landasannya besar, luas. Papannya pun tebal. Sturdy. Jadi tahan lama. Masa mula-mula keluar dahulu harganya cuma RM5/sebuah. 



Di rumah ni, saya ada 3 papan pemotong. Satu untuk kegunaan biasa - potong bawang, potong buah dan sayur. Satu lagi untuk daging, ikan dan ayam dan yang terakhir untuk potong roti/baking purpose. Selalunya apabila papan pemotong untuk kegunaan biasa ni dah teruk rupanya, saya akan ganti yang baharu. Yang lama tu dijadikan untuk daging, ikan dan ayam. Papan lama daging, ikan dan ayam dibuang. Bgitulah kitarnya. Yang untuk roti pula jarang tukar, tahan lama berbanding yang lain sebab guna masa nak potong sandwic, baguette dan uli roti je.


Sekarang jarang ke IKEA. Jadi, apabila Cekengah singgah IKEA Mutiara Damansara baru-baru ini, saya kirim papan pemotong kesukaan saya. Harganya RM7.90 sahaja. Punyalah excited! Untuk papan berkualiti dan tebal begitu, bagi saya sangat-sangat berbaloi apabila dapat purchase dengan harga bawah RM10.