Jumaat, November 08, 2019

Bikin Jeruk Petai

Ini projek happy saya semasa musim petai baru-baru ini. Sana-sini nampak petai! Melambak-lambak di pasaran. Saya kalau dengan petai memang pantang. Pantang jumpa! Hahaha! Hari tu, Bott balik kampung dan bawa beberapa papan petai sebagai ole-ole untuk saya. Kemudian, pergi beli belah di Tesco terjumpa pula petai reduced to clear. Cepat-cepat capai petai dan masukkan ke dalam troli. Senyum lebar saya dibuatnya. Dapat petai macam dapat jongkong emas. 

Setibanya di rumah, tanpa berlengah bermulalah proses untuk memastikan kelangsungan hayat petai-petai saya. Satu cara paling mudah ialah kopek petai dan dinginbekukan. Memang boleh tahan lama berbulan-bulan. Tetapi, mentol perasan bijak dalam kepala ini menyala terang! Jeruk petai! 

Ada siapa-siapa suka makan jeruk petai? Baunya memang tak boleh tahan, tapi rasanya fuhhh! Sekali dapat, tak toleh kiri kanan dah!


Cara Mudah Buat Jeruk Petai

  1. Bersihkan petai dan basuh. Kemudian, tanpa kopek kulit, rebus petai sehingga warna kulitnya bertukar dari hijau ke hijau kecoklatan. Cara ini memudahkan kita untuk keluarkan butir-butir petai tu nanti.
  2. Setelah itu, keluarkan isi petai daripada kulit satu persatu. Bilas dengan air bersih. Tuskan.
  3. Dalam sebuah mangkuk, bancuh air masak dengan sedikit garam. Garam inilah yang akan jerukkan petai kita tu nanti.
  4. Masukkan petai ke dalam bekas atau balang. Saya juga masukkan sekali beberapa tangkai cili api dan sekeping asam keping. Kemudian, masukkan air garam hingga menutupi paras petai tadi. Biarkan selama beberapa hari pada suhu bilik. Air akan mula bertukar warna menjadi keruh sedikit. Itu tandanya jeruk petai dah siap. Petai jeruk sedia dimakan!
 

Khamis, Oktober 31, 2019

Nak Lagu Kahwin | Lamar | Terabadi

What? Nak lagu kahwin? Inilah yang memancing perhatian saya ketika saya intai sekilas lalu e-mel-emel yang masuk ke dalam peti inbox. Seperti biasalah, akan ada e-mel daripada adik-adik yang meminta kord gitar untuk lagu tertentu. Yang mana saya dapat tunaikan, saya tunaikanlah. Yang tak dapat, maaf ye. Dalam banyak-banyak e-mel yang saya terima, ada satu yang bertajuk 'Nak Lagu Kahwin'. Out of curiosity, cepat-cepat saya klik untuk baca.

Rupa-rupanya si pengirim, adik yang seorang ini memang ada special request. Dia minta pendapat saya untuk beri saran lagu yang sesuai untuk didendangkan (sambil memetik gitar) pada majlis resepsi abangnya pertengahan November nanti. Tapi, adik ni tidak mahu lagu kahwin biasa. Dia tak nak yang klise. Nak yang something sweet, something magical. Hahahah betul kan saya kata yang ini special request 😉😉😉 Kira dia nak buat persembahan istimewa untuk hiburkan keluarga dan tetamu majlis itu nanti. Tiba-tiba kau upgrade akak jadi fairy godmother ye?

Lama juga saya berfikir nak cadangkan lagu apa? Time-time begini, satu lagu pun tak terlintas di kepala. Tengah menung-menung tu, Bott masuk bilik. Sempatlah saya tanya dia tentang the so-called 'lagu kahwin' ni. Laju je Bott jawab, bukan ada dua tiga lagu baru dalam playlist saya sekarang yang sesuai untuk buat 'lagu kahwin' ke?

Yelah! Memang ada! Nampak tak betapa makin tua ni sel-sel otak saya semakin tak berhubung. Lagu-lagu di bawah ini saya dengar almost every day! Saya nyanyi, saya hum, tapi tak register dalam kepala pun yang lagu-lagu tu berkisar tentang lamaran dan perkahwinan. OK, ini antara lagu yang saya rasa 'cocok' untuk tunaikan permintaan adik kita ni.

Rabu, Oktober 30, 2019

Tips Pilih Bendi

Hari ini saya ingin berkongsi satu tips berguna yang saya jumpa di Internet. Sumber dan gambarnya tidak dapat dipastikan dengan jelas dari mana. So, the credit definitely goes to the original owner of the pic. Tips tentang apa? Tips untuk memilih bendi. Ladies' fingers or okra.

Bendi ni sedap makan yang muda. Kalau dapat yang tua, memang jenuh nak mengunyah. Jadi, macam mana nak pilih bendi yang sesuai untuk masakan kita. Perhatikan gambar di bawah.






Ya, kita lihat pada bahagian tangkainya. Jika tangkai tidak berlubang, maknanya bendi itu bendi muda. Kita akan nampak kawasan sekitar tangkai masih segar. Jadi, lulus untuk dimasak. Sedap dibuat ulam.

Sabtu, Oktober 26, 2019

Buat Kad Flamingo

Sebelum ini saya pernah tulis mengenai pelekat burung flamingo (Kecintaan pada Si Flamingoyang sangat sesuai dijadikan hiasan pada kad ucapan atau scrapbook. Tengok gambar di bawah. Cantik kan? Saya suka pada warnanya yang vibrant dan tema tropika yang datang bersama burung-burung merah jambu ini.


Kali ini saya hendak kongsi hasilnya pula. Ada beberapa kad ucapan yang saya buat menggunakan pelekat-pelekat flamingo di atas. Dah ada hiasan cantik sebegini, tak perlu kerah idea sangat nak buat kad macam mana. Main tampal-tampal, tepek ikut suka je 😉