Khamis, Disember 26, 2019

Singgang Daging Budu

Sebelum kalian teruskan bacaan, ini entri peram ya. Sudah lama tersimpan dalam bahagian draf. Baru sekarang jadi entri. 😉 

Singgang daging ini dah lama dah saya buat. Pembetulan. Bott yang buat. Kalau bab singgang daging, ini memang kepakaran Bott. Saya pakar bab makan dan habiskan je. 

Sebenarnya, daging lembu bukanlah protein pilihan utama dalam menu di rumah. Kami jarang masak lauk daging. Raya haji beberapa bulan lepas, alhamdulillah banyak pula rezeki dapat daging segar. Jadi, macam-macam menu daging yang disediakan.


Antara yang paling dapat sambutan hingga licin periuk ialah singgang daging budu. Beginilah rupanya. Sedap dinikmati panas-panas. Rasa daging yang bergabung dengan masin budu memang sangat awesome!

Rabu, Disember 25, 2019

DIY Penanda Buku Bermagnet

Saya sentiasa cari cara untuk manfaatkan sebaiknya material kraf yang ada dalam stok saya. Yalah, asyik beli beli dan beli... nampak cantik beli... berkenan beli.... Kadang-kadang barang seperti kertas, kad, hiasan kraf, pelekat dan macam-macam lagi menimbun begitu sahaja tanpa dibuat apa-apa. Rugi je kan?

Jadi, setiap kali saya berkesempatan luangkan masa di bilik kraf, saya akan pastikan saya hasilkan sesuatu menggunakan barang dan peralatan kraf yang saya ada. Siap buat larangan pada diri sendiri buat kesekian kalinya, selagi barang-barang yang ada tidak digunakan, tak boleh beli craft supply yang baharu.

Selain daripada merealisasikan 'cabaran upcycle' Bott (cerita lanjut di sini), sekarang saya kerap buat penanda buku bermagnet menggunakan kertas-kertas skrap yang saya ada. I loveeee bookmarks! Suka sangat-sangat. Saya memang ada banyak penanda buku. Setiap kali nak baca buku baharu mesti akan belek koleksi penanda buku saya, pilih mana satu  yang hendak diguna. 

Saya juga gunakan penanda buku bermagnet untuk tanda halaman-halaman penting pada planner saya. Senang nak selak dan disebabkan cirinya yang bermagnet, penanda halaman tidak akan mudah terlucut. Selain untuk kegunaan sendiri, penanda-penanda buku ini juga saya beri pada rakan atau kenalan yang gemar membaca. Selebihnya, dijual dan hasil jualan goes to charity.


Di bawah ini antara penanda-penanda buku bermagnet yang saya buat.

Simple words tetapi mendalam maksudnya, kan? Penanda buku ini saya beri sebagai hadiah percuma kepada pembeli buku preloved saya di Carousell. 

Selasa, Disember 24, 2019

Hitung Hari 2020 - Tak Sabarnya!

Assalamu'alaikum. Hi semua!
Lamanya saya tidak berblogging. Sibuk menguruskan urusan hakiki, tidak sempat langsung jengah blog. Bulan lepas, hanya mampu tulis satu entri sahaja. Alahai....teruk bebenar tahap sendunya! Ni baru nak aktif balik. Semangat berkobar-kobar sedikit sebab laptop saya sudah kembali ke pangkuan saya. Sebelum ini lama dia bermalam di kedai baiki komputer. Hanged, jammed...macam-macam masalah. Putus angin dibuatnya nak menulis entri blog.

Apapun, terima kasih pada rakan-rakan yang masih sudi datang melawat tower saya ini. Walaupun saya tiada, blog ini tidak pernah sunyi daripada kunjungan dan komen-komen kalian. Saya amat hargainya.


Jumaat, November 22, 2019

Challenge Accepted - Cabaran Upcycle 1

Dua tiga minggu ini saya sibuk mengemas bilik kraf. Jenuh juga nak clear-kan barang-barang, buang apa yang tidak pakai, donate apa yang masih boleh dipakai dan jual semula material atau peralatan kraf yang saya tidak gunakan lagi di Carousell.

Masalah terbesar saya ialah mengasingkan kertas-kertas. Kusmangat! Bila tengok stok kertas saya, saya sendiri rasa nak pengsan! Sampai terlintaslah di kepala...terpakai ke semua kertas ni?! Pantang ada kertas yang cantik designnya, saya beli. Last-last selambak depan mata tak tahu nak buat apa.

Saya juga ada beberapa folder besar yang berisi kad jemputan kahwin, kotak bahulu, sampul duit raya dan kertas-kertas terpakai yang saya simpan sebab saya rasa cantik. Sayang nak buang! Bab-bab mengemas kertas, saya memang gagal! Setiap kali nak sort mesti tidak akan ke mana sebab akhirnya saya simpan semua semula.

Jadi, perlu campur tangan Bott di sini. Bott nampak folders kertas terpakai saya dan dia bagi ultimatum - do something with it atau dengan folder-folder sekali masuk kotak recycle! Katanya there's a very thin line yang membezakan antara saya dengan seorang hoarder! Huhuhuhu. Nampak tak kena guna kekerasan pada saya yang pantang tengok kertas cantik ni.