Rabu, September 30, 2020

Kad Resepi Tesco

Assalamu’alaikum. Apa khabar hari ini? Ada apa dengan kad resepi Tesco? 🤔 Sebenarnya, masa mengemas tempoh hari terjumpalah kad-kad resepi Tesco ini. Banyak juga yang ada dalam koleksi saya. Mana taknya, setiap kali pergi shopping barang di Tesco (sekitar penghujung 2018 - 2019) jika ada kad resepi baharu, si Bott akan rajin ambil untuk saya. 

Resepi-resepi yang dikongsi not bad. Banyak juga yang menarik. Konsepnya, bila kita dapat kad resepi tertentu dan berniat untuk cuba, bolehlah terus dapatkan bahan-bahannya di sana. Tidak silap saya, resepi-resepi di bawah promosi ‘Kisah Rasa Sayang Tesco’ ini juga ada video penyediaannya di Youtube.

Tetapi, tidak pasti pula saya, sekarang Tesco masih ada edarkan kad resepi begini atau tidak. Dah lama tak ke sana. 


Selasa, September 29, 2020

Resepi Kek Epal dalam Mug

Kadangkala apabila datang rasa craving nak makan something sweet, saya akan pilih untuk buat kek dalam mug. Satu, sebab mudah. Guna bahan-bahan asas yang ada dalam dapur dan pantri sahaja. Kemudian, tidak perlu ambil masa yang lama untuk tunaikan permintaan anak tekak. Sekitar satu ke dua minit sahaja hajat dah tertunai.

Dua, jika setakat saya dan Bott nak makan, saya suka buat single serving begini. Sekali makan habis, dah sudah. Tak ada second or third helping. Sebab saya ini jenis yang akan mengulang makanan tu sampai habis selagi ada. Nanti tengah-tengah jogging manja keliling rumah untuk cukupkan tapak boleh pula detour pergi buka peti ais atau intai bawah tudung saji! Bayangkanlah jika saya buat kek dalam loyang, tak ke naya?! 

Sebelum ini saya pernah kongsi kek kurma dan kek lemon dalam mug. Kali ini, kek epal kayu manis pula ya. Beginilah rupa paras kek epal kayu manis dalam mug saya!