Selasa, Oktober 06, 2020

Buat Popia Goreng Frozen

Popia goreng antara kuih kegemaran saya. Sekali duduk, boleh makan beberapa ketul! In fact, di rumah ini, semua suka popia goreng. Dahulu, kalau tiba-tiba teringin nak makan popia goreng, sanggup pergi Restoran Rasamas di Sungai Buloh semata-mata nak beli popia goreng. Di sana popia gorengnya sedap. Kuih udang pun ada. Yang pentingnya, sos atau kuah cuka untuk dimakan dengan popia pun sedap. Sekali beli sampai 15 - 20 biji sebab nak elak rebut-rebut di rumah. Biar setiap seorang dapat makan puas-puas.

Sebab dah suka sangat makan popia goreng, maka tercetuslah idea untuk laksanakan projek buat popia frozen. Buat sendiri lebih puas hati. Dapat buat dalam kuantiti yang banyak. Kemudian, boleh pelbagaikan penggunaan bahan yang ada untuk intinya. 

Untuk batch yang ini saya guna sengkuang, lobak merah dan jagung manis. Kadangkala saya masukkan hirisan kobis. Banyak mana nak letak? Ikut suka sahaja tetapi yang pasti sengkuangnya kena banyaklah. Bahan-bahan lain dikira sebagai sampingan sahaja.

Semua bahan yang perlu disagat halus. Kemudian, untuk bahan tumis saya hanya tumis bawang putih yang dicincang halus dengan sedikit minyak masak. Ada orang guna udang kering, serbuk pati ayam ... saya buat yang mudah sahaja. Masak semua bahan yang disagat sehingga lembut. Letak dalam satu ke dua sudu besar sos tiram. Gaul sekata dan tambah serbuk lada putih secukup rasa.

Beginilah rupa inti popia saya. Dalam proses keringkan air sengkuang.

Isnin, Oktober 05, 2020

Beli Avokado Murah

Ini kisah lebih kurang dua minggu yang lepas. Saya pergi buat urusan pos, hantar barang untuk pelanggan di Carousell. Alang-alang dah keluar tu, saya singgahlah ke Econsave untuk beli bahan basah dan keperluan dapur.

Semasa saya sampai, masih awal lagi. Sekitar pukul sepuluh pagi. Tengah teruja belek sayur yang segar-segar, ternampak satu bahagian kat tepi kaunter untuk mark down fruits. Kiranya, ruangan ini khusus untuk reduced to clear items lah. Dengan gembira saya memilih pisang, buah pir dan mangga. Semuanya berharga RM2 sebungkus. Tengah pilih-pilih tu, ada satu bungkus buah avokado juga. Punyalah saya excited. Jika diikutkan kondisi buahnya dah lembut, tak boleh simpan lama tetapi macam-macam boleh buat kot! Especially jus alpukat dan smoothie.


Tengoklah ni, dalam satu plastik ada dalam tujuh biji tidak silap saya. RM2 sahaja! Berbaloi-baloi!