Sabtu, Januari 30, 2021

Roti Puri Kari Kawww

Ini hidangan sarapan saya dan Bott beberapa hari lepas. Roti puri dan kuah kari pekat. Kebetulan, hari sebelumnya masak lauk kari dan masih banyak berbaki. Jadi, saya buatlah roti puri untuk makan pagi. Sengaja buat saiz comel-comel begini. Biasanya saya buat roti puri guna tepung gandum biasa. Tetapi, kali ini saya pakai tepung atta.

Roti puri mini digandingkan dengan kari pekat tanpa santan. Yummeh! Lawan pula dengan kopi panas. Memang heaven! OK, jom tengok resepi.


Resepi Mudah Roti Puri 

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 cawan tepung atta
  • 1 sudu teh gula
  • secubit garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh susu tepung (optional)
  • Air masak secukupnya untuk membentuk doh (lebih kurang dalam 3/4 cawan air). Ada sesetengah resepi roti puri yang saran guna air panas atau air suam. Saya guna air suhu bilik sahaja.

Kord Gitar Bangkit Semula - Khai Bahar

Mula-mula dengar lagu Bangkit Semula ni dulu, rasa macam tak best sangat. Saya lebih gemar lagu Durja lagi. Sekali bila dah terdengar banyak-banyak kali, eh boleh layan pula. Lirik sedap penuh makna. Makanya, lagu-lagu yang boleh buat hibur hati ini kenalah dibawa berdendang sama si Kapok.

Kord gitar mudah. Cuma ada Bm. Bagi yang tak biasa dengan Bm tu, boleh cuba Bm seperti rajah di bawah ni ye. Selamat Bangkit Semula!


Kord Gitar dan Lirik Lagu Khai Bahar - Bangkit Semula (Easy Chords)


(Intro)

Am Dm F E


Am               Dm

Langit nan cerah terang cahaya 

G            C

sejuk terasa tenang bahagia 

F             Dm

sinar mentari kian menjelma 

Bm            E

tanda ceria ku gembira

Jumaat, Januari 29, 2021

Resepi Gulai Lemak Labu Kuning

Pergi beli barang dapur baru-baru ini, nampak labu kuning besar-besar, tergoda saya dibuatnya. Isi labu dengan warna yang cantik memang memanggil-manggil. Saya pun apa lagi, terus beli setengah biji yang bersaiz besar. Semangat betul labunya. Terjegil jugalah mata Bott tengok saya terkedek-kedek bawa labu besar dengan senyum lebar. Macam-macam dah terbayang kat kepala ni - gulai labu, cucur labu, kopi labu ... Paling penting, digulaikan dahulu.

Inilah rupa gulai lemak labu saya. Lebih tepat lagi gulai lemak labu cili api heheheh. Saya dan kepedasan mana mungkin berpisah! Jom intai resepi gulai lemak labu kuning di bawah.


Resepi Mudah Gulai Lemak Labu

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Potongan labu secukupnya (dalam 1/4 hingga 1/2 biji bergantung kepada saiz labu.) Kupas kulit dan kemudian potong kepada ketulan kecil.
  • 3 biji bawang merah, ditumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
  • Sejemput kecil ikan bilis (lebih kurang 10 - 15 ekor) ditumbuk kasar. Jika ingin guna udang kering pun tiada masalah. Ikut cita rasa masing-masing ya.
  • 1 kotak santan. Saya guna santan M&S Kurang Lemak (kotak biru.)
  • sedikit serbuk kunyit. Jika ingin guna kunyit hidup dalam 2 - 2.5 cm.
  • 1 helai daun kunyit, dicarik dan disimpul
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa.

Khamis, Januari 28, 2021

Buat Bridge Card

Assalamu'alaikum. Hari ini bersiaran dari bilik kraf. Tengah kemas-kemas stok kad ucapan dalam simpanan. Sambil belek-belek kad dan gambar kad dalam komputer, baru perasan banyak juga 'bridge card' yang saya dah buat.

'Bridge card' ni saya peroleh inspirasi daripada seorang crafter, Jennifer McGuire. Dari dulu memang suka sangat tonton video-videonya di Youtube Jennifer McGuire Ink. Seronok tengok kad-kad yang dibuat menggunakan bahan dan peralatan kraf yang bukan calang-calang. Masa nilah selalu berangan nak ada ini, nak ada situ, semua naklah!

Kad ini dipanggil 'bridge card' kerana bahagian panel hadapannya seakan jambatan yang mengikat sisi kad. Jadi, kad boleh ditegakkan untuk display. Haaa, lihat kad tema flamingo di bawah.


'Bridge card' ini boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam sampul surat seperti kad-kad biasa. Apabila dikeluarkan dari sampul, boleh dibentuk dan ditegakkan sebegini.