Rabu, Februari 03, 2021

Berbaloi di DAISO - Cleaner for Drain Pipes

Sebelum ini saya ada tulis entri berkenaan Toilet Deoderiser  dan Metamine Sponge DAISO. Hari ini saya ingin kongsi satu barang berbaloi yang boleh dibeli di DAISO dan diperlukan untuk kediaman kita - cleaner for drain pipes.


Inilah rupanya. Tengok gambar produk pun dah tahu kan kegunaannya untuk apa. Produk dalam bentuk serbuk ini sangat sesuai untuk bantu kita atasi masalah sinki atau perpaipan yang tersumbat. Faham-faham sahajalah apabila sinki tersumbat, betapa menjengjelkan keadaannya. Belum campur siap dengan pakej bau kurang enak lagi. Dahulu, semasa tinggal menyewa di Subang, sinki dapur rumah memang ada penyakit tersumbat secara berkala. Jadi, barang ini memang wajib ada dalam simpanan saya. Senang untuk maintain keadaan sinki.

Isnin, Februari 01, 2021

Kau Semanis Medovik

 


Kau 

ibarat sepotong Medovik

manis dan hangatmu

membentuk lapisan memori indah

yang acap kali menakluk mimpiku.


Assalamu’alaikum w.b.t 😊

Saja je entri pertama untuk bulan Februari ini tayang benda manis-manis. Semoga hari-hari mendatang yang bakal kita lalui indah dan manis belaka. Kek medovik ini gambar hujung tahun lepas. Titipan adik ipar saya. 

Medovik atau Russian honey cake merupakan antara kek kegemaran saya. Saya pernah berpeluang merasa kek yang asli, autentik dari sana. Sedap sangat! Masa tu medovik demamnya belum sampai ke negara kita. Makan pun jimat-jimat. Konon menghargai setiap suapan. 😅