Sabtu, Februari 27, 2021

Gift Ideas - Pek Teh Individu

Ini gambar lama. Projek tahun lepas sebenarnya. Saya sediakan goodies untuk satu majlis kecil. Ada coklat, biskut, kek potong dan teh uncang. Lengkaplah satu set buat sesi fika atau minum petang. 

Semasa sediakan goodies ni, saya tengok teh uncang macam togel je. Item lain ada pembungkusan sweet-sweet, teh uncang pula yang tinggal terkontang-kanting seolah-olah tak belong hahahah. Jadi, saya pun carilah video di Youtube untuk idea pembungkusan pek teh. Kita buat tea bag holder

Sebelum ini pernah lihat di Pinterest, orang selalu kongsi buat pek individu untuk teh, kopi dan air coklat. Single pack begini sesuai diberi pada kenalan, rakan pejabat sebagai hadiah kecil dan tanda ingatan sempena keraian tertentu.

Setelah jumpa video yang berkenan di hati ... sesudah lipat-lipat, potong-potong dan tampal ... inilah hasilnya!

Khamis, Februari 25, 2021

Cara Menyusun Meja Kerja Anda untuk Persekitaran yang Lebih Produktif

Assalamu'alaikum. Apa khabar semua?

Hari ini kita cerita sedikit tentang meja kerja. Tidak kira sama ada meja kerja di ruangan pejabat ataupun meja kerja yang kalian adakan sendiri di rumah. Maklumlah, semenjak kita dilanda pandemik Covid-19 ini, belajar dan bekerja dari rumah merupakan antara norma baharu yang perlu diterapkan dalam aspek kehidupan harian kita.

Saya sendiri, walaupun selama ini boleh dianggap bekerja dari rumah (sebab kelas tuisyen saya sepelaung sahaja jaraknya dari kediaman), tidak terfikir sama sekali yang saya kena cipta ruang khusus untuk meja kerja saya di rumah. Selama ini, meja kraf saya itulah yang dianggap sebagai meja kerja. 

Tetapi, apabila saya mula kelas secara atas talian, mulalah kelam-kabut siapkan meja kerja sendiri. Yang lapang (bebas dari gunting, gam dan cebisan-cebisan kertas 😅) ada komputer riba, kamera, layar putih dan banyak lagi untuk pastikan kelas atas talian saya berjalan lancar. Jenuh juga saya kena sediakan itu ini. 

Satu perkara penting apabila hendak menyusun atur meja kerja, saya kena pastikan persekitaran saya tersusun dan dapat dorong saya untuk bekerja dengan lebih produktif. Bagaimana? Itulah yang saya kongsikan dalam artikel terbaharu saya di Thread by Zalora. Artikel pertama saya di sana untuk tahun ini ditulis dalam bahasa Melayu dan telah diterbitkan pada 18 Februari 2021. Tahun ini, Thread by Zalora akan ada lebih banyak kandungan dalam bahasa Melayu.