Jumaat, Mac 05, 2021

Jambu Batu Cecah Kuah Cuka

Setiap kali pergi beli barang dapur, saya pasti akan cari buah jambu batu. Kalau ada, memang akan belilah. Rezeki saya, baru-baru ini harga jambu batu murah. Buahnya pula segar-segar. Mungkin stok baru sampai kot.

Saya memang suka jambu batu dan buah ini biasa jadi sebahagian daripada menu harian saya. Lazimnya untuk snacking antara dua waktu makan. Jambu batu merupakan buah yang mengandungi banyak serat. Makan setengah biji, bolehlah perut tu bertahan sehingga ke waktu makan seterusnya. Tak adalah nanti kerja asyik nak mencari something to munch sahaja.

Bagi yang berdiet atau yang ingin mengawal paras gula dalam darah, ini antara buah yang rendah indeks glisemiknya (Low G.I). Apabila rendah indeks glisemik, makanan dicerna dan diserap ke dalam tubuh dengan perlahan secara berperingkat. Jadi, paras gula dalam darah tidak akan spike. Kita pun tak cepat rasa lapar.

OK, cukuplah serba sedikit tentang manfaat jambu batu dan sifatnya yang low G.I tu. Kadangkala, petang-petang apabila angin mengidam datang, teringin pula nak makan jambu cecah atau jambu colek. Makanya, buatlah kuah cuka pedas begini. Cuka, gula, garam dan hirisan cili api.


Rabu, Mac 03, 2021

Resepi Air Fryer - Tauhu Gejrot

Hari ini saya ingin kongsi resepi tauhu gejrot versi saya yang disediakan menggunakan air fryer. Apa itu tauhu gejrot? Tauhu gejrot merupakan sejenis hidangan masakan Indonesia yang berupa potongan tauhu goreng, dimakan dengan kuah  bercili yang masam-masam pedas.

Ikut resepi asal, kena pakai tauhu Sumedang. Susah nak jumpa tauhu Sumedang ni. Kali terakhir saya beli di pasar tani. Sekarang ini tak tahulah ada lagi ke tidak produk tauhu Sumedang dijual di sana. Tetapi tak mengapa, pakailah apa-apa jenis tauhu pun. Tauhu keras biasa boleh. Tauhu kering pun boleh. Ini saya pakai tauhu keras biasa.

Penyediaan resepi ini ada dua proses. Satu kita mengulek. Tumbuk kasar bahan-bahan yang ada. Satu lagi, di sinilah peranan air fryer - kita hendak goreng tauhu tanpa menggunakan minyak. Jangan risau, bagi yang tidak miliki air fryer, kalian goreng sahaja tauhu seperti biasa ya.



Selasa, Mac 02, 2021

Hello March | Tetamu Hebat Februari

Assalamualaikum. 

Sudah bulan Mac rupanya! Hello, March! Moga bulan ini baik-baik sahaja untuk kita semua. Saya doakan setiap urusan kalian akan berjalan lancar dan dipermudah Allah.


Bagaimanakah tiga bulan pertama 2021 kalian? Ada sebarang rancangan khusus untuk bab ketiga Buku 2021 ini? Saya semakin sibuk dengan kelas online - kelas tuisyen, kelas bahasa, kelas penulisan. Jadi, jangkanya memang akan sibuk mengatur masa dan jadual. Dah mula gosok-gosok mata memikirkan tempoh masa saya di hadapan komputer kelak. 

Hendak buat macam mana ... ini antara perubahan dalam rutin saya yang perlu saya biasakan secepat mungkin. Jika dahulu, kelas atau mesyuarat secara atas talian saya hanya 2 - 3 sesi sahaja. Paling banyak 4 kali seminggu. Sekarang, saya ada 3 - 4 sesi setiap hari. Tolong doakan saya yang tidak betah duduk lama-lama ini agar mampu bertahan dan sesuaikan diri ya. 😁

Jadi, sebelum saya betul-betul sibuk tu, baiklah saya tulis entri penghargaan untuk rakan-rakan yang rajin mengomen di blog saya ini. Memang sudah lama benar saya tidak buat entri Tetamu Hebat bulanan. Cadangnya tahun ini nak start balik. Itu pun bulan Januari saya dah missed.

Isnin, Mac 01, 2021

Hadiah My First Giveaway By Blog Sal

Assalamualaikum.

Bulan Januari yang lalu saya sertai My First Giveaway by Blog Sal. Alhamdulillah, ada rezeki terpilih sebagai salah seorang daripada 15 pemenang. Berbunga-bunga hati ini teruja.

Sebenarnya, sudah lama juga kiriman hadiah Sal ni sampai. Cuma, disebabkan saya guna alamat surat-menyurat lama, jadi kena tunggu hujung minggu baru dapat kutip semua bungkusan dan posto milik saya. Lambat sedikitlah sampai ke tangan saya.

Jom tengok kiriman hadiah daripada Sal. Saya dapat sekeping alas tetikus, dua utas rantai kunci dan dua keping fridge magnet.