Isnin, April 05, 2021

Terawih atau tarawih?

Antara perkara yang sangat ditunggu-tunggu pada bulan Ramadan nanti ialah aktiviti solat sunat tarawih. Rindu betul suasana sebelum Covid-19 melanda, kita boleh ramai-ramai bersolat di surau dan masjid. Alhamdulillah, mujur tahun ini ada kelonggaran untuk menunaikan ibadah tarawih mengikut SOP yang ditetapkan.

Sebut pasal tarawih, jika dilihat terdapat kekeliruan dalam memastikan ejaan sebenar perkataan ini. Terawih ke tarawih? Maklum sahajalah perkataan ini merupakan perkataan bahasa Arab. Kita mungkin cenderung untuk mengeja ikut perkataan asal.

Ejaan yang betul ialah tarawih. 😊

Sabtu, April 03, 2021

Kegirangan ialah Bulan Seribu Rahmat

 Assalamu'alaikum w.b.t.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita akan didatangi tetamu yang saban tahun ditunggu, Ramadan.

Kredit 


Memikirkan yang Ramadan bakal menjengah dalam masa terdekat ini buat hati benar-benar rasa teruja. Mudah-mudahan kita semua bakal diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan tetamu istimewa ini, memuliakan kehadirannya sepanjang tempoh sepurnama dia bersama kita.

Tahun ini, sekali lagi kita akan sambut bulan puasa dalam keadaan masih dibayangi wabak. Apapun, mudah-mudahan Covid-19 tidak akan menghindar kita daripada melaksanakan ibadah Ramadan sebaik-baiknya. Walaupun tahun ini, kebanyakan kita tidak dapat rentas negeri ziarah ibu bapa dan keluarga di kampung, meluangkan masa jalani ibadah Ramadan, bersahur, berbuka puasa, bertarawih bersama mereka ... sabar banyak-banyak ya. Insya-Allah, semua itu akan dapat kita kecapi semula bila tiba masanya.

Nama Lain bagi Bulan Ramadan

Sedikit perkongsian mengenai bulan Ramadan. Bulan ini turut dipanggil atau dikenali dengan beberapa nama lain (hal ini disokong dengan nas). Antaranya:

Jumaat, April 02, 2021

Tidak Ada New York Hari Ini

Sebenarnya, sudah lama saya ingin kongsi mengenai Tidak Ada New York Hari Ini, cuma baru sekarang berkesempatan untuk tulis entri. 

Ada siapa-siapa di sini peminat filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) terutama sekali sekuelnya, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2)? Jom layan puisi-puisi yang dideklamasikan oleh Rangga dengan pengalaman yang berbeza - puisi yang dipersembahkan dalam paparan video ilustrasi. 

Bagi peminat filem ini, kalian pasti tahu yang Tidak Ada New York Hari Ini ialah kumpulan puisi (karya M. Aan Mansyur) yang ditulis oleh  watak Rangga (Nicholas Saputra).


Khamis, April 01, 2021

Terima Kasih Tetamu Hebat Mac 2021

 Assalamualaikum semua. Salam sejahtera.

Selamat melangkah ke bulan April. Bab 4 untuk kisah 2021. Moga yang baik-baik sahaja teruntuk buat kita. Lagi-lagi bulan ini kita akan sambut ketibaan Ramadan. Tak sabar rasanya.

Seperti biasa, ini entri penghargaan kepada teman-teman yang telah sudi berkunjung ke tower saya ini dan rajin meninggalkan komen. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Walaupun ada antara komen-komen kalian yang belum sempat saya balas dek kerana kekangan masa, saya baca satu per satu dan amat hargainya. Komen-komen kalianlah yang selalu buat saya senyum tersengih-sengih seorang diri sambil menatap telefon.