Sabtu, April 10, 2021

Aku Tanpa Cintamu 2021

Aku Tanpa Cintamu 2021. Ya, kalian tidak salah baca. Sesudah beberapa lagu nasyid popular yang diberi nafas baharu seperti Sesungguhnya 2019, Setanggi Syurga 2020 dan Damba Cintamu, Aku Tanpa Cintamu nyanyian kumpulan Mirwana dan Jay Jay juga akan kembali dengan gubahan yang lebih segar.

Saya sedang tengok-tengok video di Youtube apabila terserempak dengan iklan acah (teaser) video muzik Aku Tanpa Cintamu 2021 yang dimuat naik di saluran Youtube Faizal Tahir sendiri. I like! 



Untuk versi yang ini, Faizal Tahir bergabung semula dengan Mirwana, tetapi tanpa penglibatan Jay Jay. Susunan muzik oleh Faizal Tahir sendiri dan Adib Hussin.

Tayangan perdana Aku Tanpa Cintamu 2021 akan diadakan pada 12 April nanti. Tak sabar hendak tengok klip video dan  dengar versi penuh. Saya memang suka benar lagu Aku Tanpa Cintamu. Bagi saya ini antara karya Mujahid Abdul Wahab yang hebat selain Damai Yang Hilang dan Nabi Anak Yatim. Sampai sekarang ada dalam playlist saya. 

Jumaat, April 09, 2021

Terima Kasih, Dik Atiqah Najihah

Assalamualaikum. Kali ini cerita tentang balang bibir merah yang baru saya terima semalam. Bulan lepas saya ada sertai Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah. Alhamdulillah,  saya memulakan April dengan senyum sengih kerang busuk apabila dapat tahu yang saya terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk giveaway ini.

Hadiah yang ditawarkan untuk pemenang ialah satu jar Mouthgasm Crunchy sama ada perasa Mocha atau Macchiato

Sebenarnya hadiah telah sampai kelmarin lagi. Atiqah sudah beri siap-siap tracking numbernya tetapi dek kerana sibuk sedikit dua tiga hari ni, saya betul-betul terlupa tentang Mouthgasm Crunchy saya. Kebetulan pula petang semalam memang tiada di rumah. Semalam baru terdetik untuk periksa. Biru muka sekejap sebab status delivered tetapi tiada sebarang bungkusan pun yang ditinggalkan.

Baru sahaja hendak telefon J&T untuk tanya di mana kakitangan mereka tinggalkan parcel saya, jiran sebelah rumah dah laung laung nama saya ajak ngedate dekat tepi pagar. Itu tandanya ada surat atau bungkusan saya yang sesat sampai ke rumahnya. 

Alhamdulillah. Si balang bibir merah selamat sampai ke pangkuan saya. 😍