Chords Kepulangan Yang Dinanti - Aman Shah (Easy)

Rabu, April 21, 2021

Lagu raya yang satu ini memang antara kegemaran saya. Menusuk perasaan betul. Semasa kecil, masa duduk asrama, selalu layan jiwang sorang-sorang dengar lagu ni. Dapat pula masa nak balik raya,  dalam komuter tu diorang pasang lagu ni, lagilah feeling-feeling jadi anak perantau. 

Bagaimana pula dengan kalian? Lagu raya yang mana kalau kalian dengar, boleh buat kalian benar-benar tersentuh? Sesetengah orang kurang gemar lagu raya yang mellow begini. Suka yang rancak dan ceria. Saya pula semua lagu raya saya suka! 😁

Bagi yang hantar e-mel dan tinggal komen minta easy chords lagu-lagu raya, insya-Allah saya cuba tunaikan apa yang termampu ya. Akak ni tak boleh selalu pegang gitar. Yang mana ada dalam simpanan, akak up sebagai entri dahulu. Yang lain kena tunggu akak transpose.


Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Kepulangan yang Dinanti Aman Shah (Easy Guitar Chords)


[Intro]
Em B7 Am
C B7 Em
Am B7
C B7 Em

Angpow untuk Yuri

Selasa, April 20, 2021

Semasa Hari Raya Cina Februari yang lalu, saya dapat angpow. Dapat angpow, terus leka membelek sampul angpow yang cantik dan berseni perincian coraknya. 

Tengok ni ...

Setelah puas belek angpow, terus saya simpan dalam laci. Lupa langsung isi di dalamnya.

Berminggu-minggu selepas itu, semasa mengemas laci jumpa balik angpow ini. Baru je nak excited feeling-feeling kaya sebab jumpa duit terselit, tiba-tiba Bott datang sambil kocak balang makanan Yuri yang tinggal suku. 

Banyak juga keperluan dan barang-barang si Yuri ni habis. Makanan ... syampu ... vitamin dan ada beberapa produk grooming yang perlu dibeli. 

Alhamdulillah, intai kandungan dalam sampul, cukup untuk cover beli barang-barang Yuri. Bakinya pula buat beli bekalan makanan untuk kucing luar rumah (Baca: kucing jantan liar tak bertuan yang nak tackle Yuri). Tak dapat Yuri, sekurang-kurangnya dapat makanan , jadilah. 😸

Projek Kad Raya 2021

Isnin, April 19, 2021

Assalamualaikum. Salam sejahtera. 😊

Sebenarnya kering idea hendak menulis apa. Tahun ni tak sempat buat tutorial kraf kertas kad raya DIY. Jadi, saya kongsikan progress kad hari raya saya jelah. Saya pernah cerita mengenai misi kad raya di sini. 

Mungkin kerana tahun ini saya asyik 'bergelumang' dengan junk journal, saya teringin nak hasilkan kad raya bertema vintage. Kad ala-ala scrapbook dengan tema junk journal. Dalam kepala dah dapat bayang dah, tapi tak pasti apabila dah siap nanti jadi tak seperti yang dirancang. 

Sewaktu suarakan pada Bott, Bott suruh fikir dua tiga kali sebab bimbang saya tak dapat siapkan kad-kad saya. Kad ni macam banyak proses sedikit. Kalau setakat sekeping dua tak mengapalah, tapi saya nak buat banyak. Dia sarankan buat something yang simple je sebab saya ada komitmen penting kena selesaikan bulan ni dan masa saya terhad.

Fikir-fikir ... campur tolak darab bahagi semua ... boleh kot. 🤔 Buat perlahan-lahan. Setiap hari curi masa untuk siapkan satu bahagian. Hari ini potong kad, esok tulis sentimen, lusa tampal hiasan-hiasan ... lama-lama siaplah. Beria-ia saya plan dalam kepala. 

Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan seperti yang dirancang. Antara proses awal kad raya saya:

Menu Sahur - Nasi Goreng Jagung Manis

Ahad, April 18, 2021

Salam Ramadan ke - 6.

Entah mengapa, pagi tadi liat sangat hendak bangun sahur. Mata ni ibarat ditampal dengan gam! Intai jam, cakap lima minit lagilah. Intai lagi, lima minit lagi. Adalah dalam dua puluh lima minit tangguh waktu bangun.

Dalam pada mata berat tak mahu buka tu, gagahkan diri juga masuk dapur. Saya memang jenis kena sahur makanan berat. Kalau tidak, belum setengah hari dah menggeletar lapar. Buka peti sejuk tengok apa yang ada untuk dimakan. Kebetulan ada nasi lebihan semalam. Ada kobis. Ada pula jagung manis pemberian orang yang saya sudah kikis, asingkan isi daripada tongkolnya dan disimpan dalam peti dingin beku. Jadi, kita buat nasi gorenglah senang.

Fresh dari dalam kuali - Nasi Goreng Jagung Manis. 


Ini kalau Uncle Roger Youtube tengok ni, mesti bising mulut dia dok haiyaaa haiyaaa! Not Asian Fried Rice katanya.