Teringin Keropok Belinjau
Selasa, April 27, 2021
Dah lama tak makan keropok belinjau. Entah mengapa, tiba-tiba boleh rindu nak makan keropok belinjau cecah sambal macam dekat Dancing Fish. Apa lagi, mulalah aktiviti menjelajah Lazada dan Shopee dilakukan. Cari keropok belinjau. 😂
Kalian biasa makan atau tidak? Sesetengah tempat panggil keropok ini emping belinjo/belinjau atau kerepek belinjau. Ada orang kurang gemar makan keropok belinjau sebab rasanya pahit-pahit. Saya suka hehehe. Pahit-pahit tu yang buat asyik mengulang tak berhenti mengunyah.
Di Lazada, ada jual yang kering (belum goreng), siap bergoreng dan bersira dengan lada. Saya pilih untuk beli dekat satu penjual ni sebab harganya berpatutan dan banyak ulasan baik terutamanya berkenaan pembungkusan. Kalau hendak beli benda fragile seperti keropok ni, kena gigihlah sedikit baca reviews. Tak mahulah kecewa nangis dekat bucu katil apabila keropok yang dibeli sampai ke tangan kita dalam bentuk serpihan kecil pula.
Alhamdulillah, keropok sampai dalam keadaan selamat. Pembungkusan memang tiptop. Pakai bubble wrap dan kadbod keras untuk lindungi keropok. Tapi, saya lupa pula hendak capture gambar. Sudah dapat, kita gorenglah!