Ahad, Jun 06, 2021

Sentuhan Magis Alien Oren

Assalamualaikum. Salam santai Ahad.

Perasan tak sebarang perubahan pada tower saya? Sudah beberapa hari blog saya ini bertukar paras rupa. Ini semua Alien Oren (AO) punya kerja! Apa yang kelakar, saya tidak sedar pun blog dah bertukar wajah. Semasa hendak terbitkan komen, saya sendiri pelik apabila Kak Sheila Adziz, NA dan Kak Ret  sentuh tentang template baharu. 😂

Rupa-rupanya pada masa itu, AO tengah ‘menyihirkan’ tower saya dengan sumpahan biru lembut.

Perubahan blog ini merupakan hadiah #luckyblog contest yang dianjurkan oleh AO. Alhamdulillah, ada rezeki menang tempat kedua. Baca lanjut mengenainya di sini

Hadiah yang dimenangi ialah:

  • 1 template Etsy bernilai RM30 + blog header + colours customization

Tentu-tentulah saya teruja. Jika ikut saya, selamanya tower ni kekal suram dan hambar sedemikian rupa. Saya tak pandai nak godek-godek.


Berurusan dengan AO sangat mudah. Saya pilih template yang saya inginkan di Etsy, beritahu serba sedikit apa yang saya mahukan untuk blog, beri akses blog pada AO dan selebihnya AO guna kepakaran dan magisnya untuk mengubah rupa  tower saya.

Sabtu, Jun 05, 2021

Borong Yarra Farm Full Cream Milk

Susu antara produk yang sentiasa kena ada di rumah saya. Guna untuk bancuh kopi, buat overnight oat, smoothie, peram yogurt dan juga untuk baking. Saya pagi-pagi kalau tak dapat secawan latte terasa bagai pincang hari yang dilalui hehehe. 

Sewaktu Bott kata susu tinggal satu kotak sahaja yang berbaki, lajulah jari-jemari ini 'bersiar-siar' di Lazada. Waktu susah hendak ke kedai dalam tempoh PKP kena pastikan kelangsungan stok.

Ini pembelian terbaharu saya. Yarra Farm Full Cream Milk. Borong terus 6 kotak. Sekotak (1 liter)  cuma berharga RM4.80. Dapat pula ada baucar penghantaran percuma. Memang pembelian berbaloilah!

Puas hati dengan pembungkusan. Kemas, bubble wrap tebal dan kesemua enam kotak susu sampai dalam keadaan selamat. 👍


UHT vs Pasteur

UHT atau Pasteur? Sebenarnya, saya lebih gemar susu pasteur berbanding susu UHT. Susu pasteur ini biasanya diletakkan di bahagian chiller produk tenusu. Susunya memang perlu sentiasa dalam keadaan sejuk. Jika tidak, akan cepat rosak. 

Jumaat, Jun 04, 2021

Kad Hari Lahir Burung Flamingo

Assalamualaikum. 

Saya buat satu lagi kad flamingo. Seronok sebenarnya apabila sekali-sekala ada tempahan kad bertemakan burung flamingo. Warna merah jambunya mengundang ceria. 😁 Nama flamingo datang dari perkataan latin 'flamenco' yang bermaksud flame (fire atau api), merujuk kepada warna terang bulu dan pelepahnya. Burung yang punya tabiat berdiri dengan satu kaki ini sering dikaitkan dengan perkara dan perlambangan positif seperti keberanian, keseimbangan dan sikap terbuka. Tidak hairanlah jika kita jumpa banyak quotes (kata-kata menarik) yang dikaitkan dengan flamingo.


Berbalik kepada kad ucapan tadi, saya pernah buat rekaan yang sama sebelum ini. Jenis kad yang sama (bridge card) menggunakan material yang sama. Tuan yang menempah memang minta design tersebut. Kebetulan bahan-bahan yang diperlukan ada dalam stok, tiada masalahlah. Cuma ada sedikit penambahan yang dibuat supaya lebih menarik.

Rabu, Jun 02, 2021

Happy June

Assalamualaikum. Salam 2 Jun. 😊


Diam tak diam, tahu-tahu dah hampir setengah tahun kita dalam 2021. Mudah-mudahan hari-hari mendatang untuk bulan baharu ini indah dan baik-baik buat kita semua. Paling penting, semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah dari jangkitan wabak ini.

Sarapan 1 Jun. Lempeng oat dan pisang.