Sabtu, Jun 12, 2021

Mencintaimu - Jom Selawat bersama Rabbani

Sekitar penghujung April yang lalu, kumpulan Rabbani melancarkan lagu baharu mereka yang bertajuk Mencintaimu. Lama juga tidak mendengar karya baharu mereka setelah Santun, lagu penyertaan mereka dalam APNI.

Mencintaimu mengajak kita untuk mengenang dan menyuburkan lagi rasa cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. Melalui lagu ini juga, kumpulan Rabbani bekerjasama dengan Pondok AlBari' untuk mengumpul dana sebanyak RM800,000 untuk menyiapkan pondok pengajian, madrasah dan musolla. Ustaz Ridhwan dari Pondol AlBari' turut menyumbangkan suara untuk lagu ini.

Klip video Mencintaimu boleh ditonton di Youtube. Jika ada yang berminat untuk menghulurkan sumbangan kepada Pondok AlBari', segala maklumat dan butiran ada di sana. Mudah-mudahan melalui usaha ini, Madrasah Pondok Pengajian AlBari’ dapat segera didirikan dengan sempurna.


Sentuhan segar tetapi tetap menyentuh perasaan.

Bagi saya, antara tarikan lagu ciptaan Daqmie dan Ustaz Neezam AlBanjari/Jart Hassan ini ialah susunan muziknya yang segar, dapat memikat cita rasa pendengar pelbagai lapisan usia. Kerancakan bahagian korusnya akan menggamit kita untuk sama-sama berselawat. Mesej yang terkandung dalam lirik juga jelas dan mudah sampai kepada semua.

Jumaat, Jun 11, 2021

Hadiah Top Commentator Mei Blog Ako Tetap Ako

Assalamualaikum. Selamat Hari Jumaat! 
Salam 30 Syawal!

Awal bulan hari tu, melalui salah satu entri, Kak Ret tinggal komen maklumkan yang saya merupakan salah seorang top commentator di blog Ako Tetap Ako untuk Mei 2021.


Wah, tak sangka betul! Yelah, dalam keadaan tenggelam timbul… sekejap ada sekejap hilang… blogwalking pun ikut mana sempat je … berjaya juga saya menyelitkan diri tembus carta. Ini kira satu pencapaian! 😂 Selama ini memang jarang-jarang nak jumpa nama saya dalam senarai pengomen terbanyak blog kawan-kawan.


Merasalah duduk selesa di kedudukan ke-3. 😊

Khamis, Jun 10, 2021

Teringin Makan Steamboat

Ini kisah minggu pertama raya. Lama diam dalam draf, baru sekarang sempat hendak terbitkan. Setelah beberapa hari puas menikmati juadah raya, Bott teringin hendak makan steamboat. Nak betulkan alignment tekak katanya hahaha. Jadi, waktu ke pasar raya untuk beli barang dapur, kami belilah serba sedikit bahan-bahan steamboat. 

Kebiasaannya, kami akan makan bebola-bebola dengan sos cili Lingam’s atau sambal hijau. Dapat pula kalau ada bawang goreng dalam minyak tu, memang lagi syoklah. Tetapi, Bott kata kali ni dia nak cuba buat sambal sendiri. Kalau dah semangat berkobar-kobar begini, mesti dia ada ternampak kat IG atau Youtube. Bott punya feed di IG dan Youtube semua tentang makanan. 😉

Bukan main gigih orang teringin haa... rajin siap buat plating bagai. Saya di mana? Saya ingat, masa ini saya dah macam buaya tembaga tersadai di atas permaidani di ruang tamu. Kepenatan pergi beli barang dapur konon-kononnya. Pakai pelitup muka semasa keluar benar-benar buat saya exhausted