Rabu, Jun 23, 2021

Ikan Bilis Dekat Tapi Jauh

Sebenarnya, ini kali pertama saya beli ikan bilis secara atas talian. Saya teringin hendak masak sambal kering ikan bilis buat makan dengan roti atau bubur. Semasa pergi beli barang dapur, tak ada pula ikan bilis yang cantik. 

Jadi, saya pun survey di Lazada. Jumpa satu kedai ni - HPI Consultants Sdn. Bhd. Harga, ikan bilisnya cantik, ada beberapa pilihan dan ulasan-ulasan yang diberi oleh pembeli majoritinya okey.

Saya beli Ikan Bilis Kopek Gred A Tawau sebanyak 500g. Sejujurnya, saya tidak pandai menilai betul ke ikan bilis tu dari Tawau ke dari Langkawi atau dari mana-manalah. Tidak langsung pandai bezakan. Bagi saya asalkan ikannya cantik, segar, tidak tengik dan hancur, sudah cukup baik bagi saya.

Harga untuk 500g ikan bilis ini ketika itu RM16.50. Saya ada baucar diskaun RM5, penghantaran percuma kemudian buat pembayaran menggunakan Lazada Wallet dapat instant discount RM0.50. Jadi, jumlah yang perlu di bayar cuma RM11. 

Berbaloi-baloi! 😊

Isnin, Jun 21, 2021

Roti Sardin Gulung Air Fryer

Menu dari dapur FAMF Tower kali ini ialah roti sardin air fryer. Roti sardin gulung ini saya sediakan untuk hidangan minum petang. Asalnya hendak buat sandwic biasa. Dah siap dah inti sandwicnya. Tinggal nak sapu roti dengan mentega dan mayones, tiba-tiba ternampak serbuk roti. Terus tukar arah, buat roti sardin gulung.

Roti Sardin Gulung Air Fryer

Sabtu, Jun 19, 2021

Barang untuk Projek Soldadu

Assalamualaikum.

Ingat lagi tentang Projek Soldadu yang saya ceritakan minggu lepas? Bahan dan peralatan untuk siapkan hadiah istimewa buat seorang peminat BTS ini semua saya beli secara online. Lebih mudah dan jimat masa. Jika tidak, saya perlu pergi ke beberapa buah kedai berlainan. 

Jadi, selepas klik klik apa yang patut di Lazada, sepanjang minggu ini saya setia menanti ketibaan barang-barang yang saya pesan. Datang pula bukan sekali gus hari sama. Satu bungkusan satu hari. 😂

Khamis, Jun 17, 2021

Merasa Makan Sukun Goreng

Assalamualaikum. Semoga kalian semua ceria-ceria selalu.

Hari ini cerita tentang sukun. Saya memang gemar makan sukun sejak kecil. Sukun goreng, kerepek sukun... beri sahaja pada saya. Sekejap sahaja boleh habis saya makan.

Buah sukun. Kredit imej.

Dahulu semasa sekolah, Cekebon ada seorang kawan yang ada banyak pokok sukun. Jadi, setiap kali pokoknya berbuah, Cekebon akan dapat banyak buah sukun. Masa tu hanya kami bertiga di rumah - saya, Baba dan Cekebon. Adik-adik semua di asrama. Memang puaslah saya ulang-ulang makan! 😂

Fasa ini jugalah saya akan rajin bawa bekal ke sekolah. Jika semalam sukun goreng, hari ini cekodok atau cucur sukun. Esoknya, sukun rebus cecah sambal tumis ikan bilis.

Sekarang, susah hendak cari sukun di kawasan saya. Kerepek sukun lagilah tak payah cerita. Sudah buahnya pun tak nampak bayang, macam mana nak jadi kerepek, kan?