Isnin, Jun 28, 2021

Nasi Goreng Petai dan Mangga

Kadangkala apabila rasa macam malas atau tiada idea hendak masak apa untuk makan malam, saya akan buat nasi goreng. Mudah sebab tak perlu fikir banyak. Buka peti ais, tengok bahan apa yang ada untuk dijadikan ramuan nasi goreng.

Kali ini saya buat nasi goreng petai. Kebetulan masih ada stok petai di dalam peti dingin beku. Kami di rumah ni memang suka makan petai. Belum pun siap masak, masing-masing dah teruja hendak makan nasi goreng apabila memikirkan petai sebagai hidangan. 🤤


Ahad, Jun 27, 2021

Masih dan Kekal Begitu

 

Credit - Grammarly Cards


Please and thank you are still magic words.



Setuju tak? Bagi saya, 'Tolong' dan 'Terima Kasih' memang masih 'magic words' dan akan kekal begitu. Sepantas mana pun gaya hidup sekarang, sepesat mana pun kemajuan teknologi mengubah dunia, dua frasa ini akan tetap relevan dan sesuai diguna pakai sampai bila-bila. 

Cuma terpulang pada kita untuk amalkan atau tidak. Saya kurang setuju dengan pendapat sesetengah pihak yang mengatakan tidak perlu berbasa-basi guna perkataan tolong atau ucap terima kasih kerana dengan masa sekarang yang terlalu pantas bergerak, orang akan faham jika kita tidak menuturkannya.

Khamis, Jun 24, 2021

Kacang Kuda dalam Menu Sihat Anda

Assalamualaikum.

Ada tak dalam kalangan teman-teman saya di sini yang gemar makan kacang kuda? Biasa tak masukkan kacang kuda dalam diet dan menu harian kalian?

Kacang kuda mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin dan mineral, kacang kuda selalu jadi pilihan sebagai sumber berkhasiat dalam pelbagai jenis diet. Antaranya, diet rendah glisemik, diet suku-suku separuh dan clean eating. Tetapi, bagi pengamal diet rendah karbohidrat, tidak bolehlah ya. 


Antara resepi kacang kuda yang pernah saya kongsikan di blog ini ialah:


Sandwic Kacang Kuda

Rabu, Jun 23, 2021

Projek Soldadu - Lupa BTS

Assalamualaikum. Salam tengah minggu!

Ini merupakan entri susulan mengenai tempahan projek kraf saya yang terkini - Projek Soldadu. Entri sebelumnya di sini dan di sini.

Seperti yang dirancang, pagi Sabtu lepas saya masuk bilik kraf untuk memulakan kerja sebaik sahaja selepas sarapan. Semangat keluarkan barang dan peralatan yang diperlukan,  susun dan letak satu per satu di atas meja.

Ini pelan asal.

Saya gunakan kertas pembungkus BTS Meal sebagai latar utama. Bahagian tengah saya tampal dengan kertas kraf untuk rekaan quilling yang membentuk logo BTS.