Isnin, Oktober 04, 2021

Kord Gitar Aku Bukan Jodohnya - Tri Suaka

Petang semalam, setelah siapkan kad kotak (explosion box) saya luangkan masa sebentar dengan Si Kapok. Saya masih ada beberapa pek tali gitar baharu yang perlu dicuba. Teman saya minta saya tolong review beberapa pek tali gitar, sama ada sesuai untuk pemula ataupun tidak. Mula-mula belajar gitar, tidak perlu pakai tali gitar yang fancy atau yang mahal-mahal. Tak praktikal. Apa yang penting, biar jari-jemari tu dapat tekan fret dengan baik dan not yang dimainkan betul bunyinya. Dah mahir nanti, barulah berbaloi pakai tali gitar yang mahal sedikit.

Alang-alang Si Kapok dah bertukar tali, saya petik-petiklah Si Kapok sekejap. Kali ini layan perasaan dengan Aku Bukan Jodohnya nyanyian Tri Suaka. Lagu mellow begini sesuai untuk plucking. Saya kongsikan kord mudahnya di sini. 


Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Aku Bukan Jodohnya - Tri Suaka (Easy Chords)


[Intro]

F G Em Am Dm G


C    G      Am   G C

Ini salahku

    F                G                 C

Terlalu memikirkan egoku

F              G                Em        Am

Tak mampu buatmu bersanding nyaman denganku

    Dm                       G

Hingga kau pergi tinggalkan aku

Khabar Kopi | Jumpa di Kafe Joshua

Assalamualaikum. 

Hari ke-4 bulan Oktober. Saya masih berkopi-kopi. Memanfaatkan sebaiknya baucar-baucar Hari Kopi yang saya terima. Menikmati sepenuhnya aroma dan kelazatan kopi memanjalan tunas rasa. Rugilah kalau dibiarkan begitu sahaja. 😊

My coffee 😊

Hari ini, seawal pukul 4.30 pagi, saya terima pesanan Whatsapp. Ingatkan Cekebon. Tetapi, tidak! Mesej daripada seorang gadis bernama Amira - Kak Girang, lama tak dengar berita. Miss you so much! Miss Ariyyan. Miss Joshua. 

Ahad, Oktober 03, 2021

Buat Birthday Explosion Box

Assalamualaikum. Sedang buat apa? Ada tak yang pergi jalan-jalan hari ini?

Saya bersiaran dari bilik kraf hari ini. Tengah menyiapkan beberapa kad hari lahir untuk October babies. Ramai juga kenalan saya yang sambut hari lahir bulan sepuluh. Kena mula buat kad perlahan-lahan. Bimbang nanti minggu depan sibuk, tak sempat hendak siapkan. Ada yang boleh beri by hand, ada yang perlu dipos. Jadi, kenalah rancang betul-betul supaya timing cantik. 

Di bawah ini, kad berbentuk kotak atau lebih dikenali sebagai explosion box. Cerita lanjut mengenai explosion box, jemput baca di sini. Buat kad kotak agak makan masa sedikit. Mungkin sampai separuh hari jugalah untuk saya siapkan hingga ke perincian terakhir. Dah lama tak buat explosion box sebenarnya. Waktu rajin terima tempahan untuk explosion box ini, laju je tangan siapkan. Benda semua dah ada, siap diukur siap dipotong. Tinggal pasang dan hias. Sekarang kena mula dari awal, potong, gunting, tampal ... masak jugalah saya. 😂


Jumaat, Oktober 01, 2021

Pesan Oktober | Hari Kopi

Assalamualaikum. Salam 1 Oktober!
Selamat melangkah ke bulan baharu. Kita sudah sampai ke suku tahun terakhir untuk 2021. Cepat benar masa berlalu, bukan? 

Hari ini saya sangat teruja. Bagi penggemar kopi (coffee lover), pasti kalian juga seperti saya. Hari ini Hari Kopi Sedunia! Yeayyy! Saya berkopi dari pagi hingga ke petang. Tetapi, jangan risau. Masih dalam portion yang terkawal. Banyak tawaran kopi menarik yang tak boleh resist. Tadi sempat beli beberapa pek biji kopi di Lazada. Ganjaran untuk dirilah konon-kononnya sebab berjaya lunaskan semua kerja bulan lepas sebelum deadline.

Kemudian, seorang teman hantar kek kopi, aiskrim kopi dan dua cawan kopi kepada saya. Bukan main seronok lagi kami berdua di rumah ni berkopi-kopi.😊

Pesan Oktober

Memandangkan hari ini hari kopi, saya kongsi satu quote tentang kopi dan kehidupan dengan kalian. Ini salah satu quote kegemaran saya.