Jumaat, Disember 31, 2021

Sarapan Tiga Cucur

Assalamualaikum. Ini cerita sarapan pagi tadi. Saya buat cucur labu. Labu yang saya beli minggu lepas masih banyak berbaki. Ingat nak buat lepat labu tetapi perut dah lapar, kita cucurkan sahaja senang. Lepat labu buat lain kali.

Sedang menggoreng cucur, jiran sebelah laung suruh jumpa tepi pagar. Nek P beri cucur pisang. Alhamdulillah. Cucur labu di kuali masih digoreng, dapat pula cucur pisang panas-panas.

Belum sempat masuk rumah, ada motosikal masuk halaman. Jiran lama saya dalam perjalanan hendak ke hospital untuk temujanji sempat singgah bawa buah tangan. Jiran saya baru balik dari kampung. Jadi, banyak jajan yang dibawa untuk kami berdua. Tidak ketinggalan, hidangan sarapan juga. Guess what? Dapat cucur juga! Cucur jagung. 

Cucur jagung, cucur pisang dan cucur labu.

Alhamdulillah, rezeki saya dan Bott bersarapan tiga jenis cucur pagi ini. Nah, berusaha saya susun cucur-cucur dalam piring untuk dimasukkan ke dalam blog! Ni kira kenduri cucur ni. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. 


Cucur Labu untuk Minum Petang

Disebabkan pagi tadi dah banyak cucur, saya hanya goreng separuh adunan cucur labu saya. Selebihnya, kita jadikan sebagai hidangan minum petang.

Cucur labu kuning

Hendak kongsikan resepi cucur labu, saya agak-agak sahaja sukatan bahannya. Saya main campak-campak, asal lemak manis labu tu terasa dan bater cucur lembut gebu sudah cukup. Insya-Allah, nanti ada rezeki di kesempatan lain saya kongsi resepi cucur labu yang proper. 😊


Psst! Ada yang dah bertolak balik kampung ke tu? Atau pergi cuti-cuti? Jaga diri baik-baik ya.

Doa dan Amalan Apabila Terlupa

Lupa? Tidak ingat perkara penting? Biasa terjadi dalam kehidupan kita sehari-hari. Tidak perlu cari contoh jauh-jauh. Kadangkala, apabila kita pergi masuk bilik atau ruang tertentu di rumah, kita sendiri lupa atas tujuan apa kita ke situ. Belum kira tengah bermesyuarat, tengah gigih siapkan kerja kejar deadline, waktu itulah kita cenderung terlupa benda-benda penting! 

Situasi yang lebih kurang sama dengan anak-anak kita yang masih menuntut - bersungguh-sungguh jawab soalan peperiksaan tiba-tiba boleh pula buntu. Sukar mengingat kembali apa yang telah dipelajari.

Lupa ni tak kenal usia. Tua ke ... muda ke ... kalau nak lupa tu lupa juga. Jadi, bagaimanakah cara untuk kita atasi permasalan lupa ini?  Ada cara ke? Atau kena simpan stok kismis minda banyak-banyak di rumah? Jangan ambil hati, saya bergurau sahaja. 😀

Hari ini saya tidak akan sentuh bab-bab pemakanan. Makan ini untuk kuat ingatan, elak makan itu supaya tidak jadi pelupa ... tidak.  Hari ini saya ingin kongsikan amalan ringkas yang boleh kita praktikkan apabila berdepan dengan situasi 'tercicir' isi minda ini.


Cuba hafal untaian doa di bawah dan amalkan apabila terlupa akan sesuatu.


Diumpan Club Sandwich Dish Room

Ini sebenarnya kisah beberapa minggu lepas. Saya temankan Cekengah bawa Cekebon untuk jalani satu prosedur kecil di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) dekat KL Sentral.

Seawal pagi saya bertolak ke rumah Cekengah. Dari sana kami naik satu kereta sahaja ke CVS. Alhamdulillah, perjalanan lancar, parkir pun senang … tahu-tahu sudah sampai di lobi CVS.

Selesai urusan pendaftaran, Cekengah ajak pergi makan di Dish Room. Cekebon pun dari dalam kereta dah banyak kali cakap nanti dia nak belanja saya makan. Mereka berdua pernah makan beberapa kali di sini sebelum ini. Cekebon siap dah ada favourite meal lagi. Sanggup berlapar tu tidak isi perut kerana hendak bersarapan di Dish Room.

Kredit imej - Laman Web CVSKL

Khamis, Disember 30, 2021

Gift Set Prudential BSN Takaful

Hai, semua! Kebiasaannya, pada penghujung tahun begini dan buat beberapa minggu yang akan datang, saya akan terima banyak diari, buku nota, buku catatan dan planner. Tidak kiralah untuk tahun baharu atau buku-buku tahun sebelumnya yang masih belum digunakan. Mungkin sebab orang keliling saya tahu saya ni suka buat jurnal dan hantu kertas, apabila mereka ada buku-buku kosong yang tidak pakai terus teringat pada saya.

Di pihak saya, memanglah akan suka. Waktu-waktu beginilah koleksi buku nota saya bertambah. Saya jenis yang cepat serabut. Jadi, saya memang asingkan buku catatan ikut fungsi. Satu buku untuk satu kerja atau projek. Selain itu, sesetengahnya saya jadikan rough papers untuk tulis peringatan atau sebagai brain dump. Senang cakap, saya memang guna buku nota. Tak sia-sialah beri pada saya. 😂

Terbaharu, saya dapat set hadiah Prudential BSN Takaful. Bukan satu. Bukan dua. Tetapi, tiga kotak saya terima. Mula-mula, saya ingat ada diari atau planner sahaja. Peliklah juga sebab kalau sekadar buku, kenapa siap ada kotak?


Apabila dibuka …

Set Hadiah Prudential BSN Takaful