Sabtu, April 30, 2022

Sampai Tutup Usia - Angga Candra

Sampai Tutup Usia nyanyian Angga Chandra ini memang sedap di dengar. Lembut sahaja melodinya membuai telinga. Baru-baru ini, saya tolong anak kawan saya berlatih main piano untuk lagu ini. Sekarang kan musim orang pasang khemah (baca: buat kenduri kahwin). Jadi, anak kawan saya ini akan main piano untuk iring bapa saudaranya, si pengantin lelaki buat persembahan semasa majlis resepsi nanti.

Dah alang-alang ada piano chord, saya cari guitar chord Sampai Tutup Usia sekali. Boleh dianggap easy chords jugalah. Cuma ada Fm.

Kord Gitar From FAMF Tower

Jumaat, April 15, 2022

Tips Pilih Cili Benggala

Capsicum. Cili benggala. Lada benggala. Lada besar. Bell pepper. Pelbagai nama untuk sayur yang satu ini. Hari ini saya ingin kongsi tips bagaimana untuk pilih lada benggala. Nak sediakan hidangan enak penuh kasih sayang, bahan-bahannya mestilah yang terbaik kan?

OK, seperti yang kita sedia maklum, lada benggala di pasaran ada beberapa warna - hijau, kuning, oren dan merah. Ada beza ke sebenarnya? Bolehkah kita guna mana-mana lada benggala atau ada hidangan yang memerlukan penggunaan warna tertentu?

Kredit imej : Tesco

Terdapat pihak yang mengatakan semua lada benggala sama. Maknanya datang dari satu sumber, pokok atau spesies yang sama. Berlaku perbezaan warna disebabkan lada benggala itu dipetik pada tahap kematangan yang berbeza. Lada benggala hijau belum cukup matang. Apabila dah matang sedikit jadi kuning, diikuti oren dan merah apabila lada benar-benar masak.

Hakikatnya, pandangan ini kurang tepat. Bukan semua lada benggala datang dari satu sumber yang sama. Ada lada benggala yang dari awal pertumbuhan berwarna kuning atau merah dan kekal dengan warna berkenaan walaupun sudah matang. 

Cuma kadangkala ada kemungkinan lada benggala hijau yang kita beli itu sebenarnya lada benggala merah yang belum cukup masak. Macam beli cili hijaulah. Pernah tak kalian beli cili hijau dan perasan yang rasanya agak pedas berbanding cili hijau yang biasa dibeli? Atau setelah beberapa ketika, cili hijau yang disimpan bertukar menjadi cili merah? Saya biasa terkena bab beli cili hijau tetapi sebenarnya cili merah ni 😅


Tips #1 - Warna dan Rasa

Ada perbezaan rasa (walaupun tidak begitu ketara) untuk setiap lada benggala yang berlainan warna.
  • Hijau - Lada benggalanya agak bitter. Kita dapat rasa the bitterness kat hujung-hujung lidah. Tetapi, yang warna hijau agak crunchy berbanding yang lain. Saya selalu guna untuk salad dan buat sandwic. Ada kalanya, saya guna untuk masak nasi goreng Cina.
  • Kuning dan oren - Fruity taste, less bitter than the green one. 
  • Merah - Paling flavourful dan manis. Lada benggala merahlah yang paling sedap kalau kita gril dan masukkan dalam salad atau hidangan BBQ.

Oleh itu, jika kalian suka lada benggala yang manis manis, jangan beli yang hijau. Kalau inginkan hidangan kalian nampak lebih menyelerakan penuh dengan pelbagai warna, gabungkan penggunaan beberapa lada benggala. Bayangkan buat cekodok letak lada benggala hijau, kuning dan merah. Colourful tempting cekodok gitu!

Khamis, April 14, 2022

Popia Tuna Frozen

Assalamualaikum. Kisah buat popia tuna frozen ini kisah sebelum puasa sebenarnya. Sengaja saya buat beberapa jenis kuih frozen buat stok. Saya ni kurang gemar ke bazaar Ramadan. Jadi, kalau rasa hendak makan kuih untuk berbuka puasa atau moreh, adalah kuih dalam peti dingin beku yang boleh dimasak. Tidak pun, buat goreng dan kongsi-kongsi dengan jiran sebagai salah satu hidangan tambahan berbuka puasa.

Rancangan asal hanya ingin buat popia goreng biasa sahaja. Bab buat popia, sebenarnya saya tukang buat inti sahaja. Sayalah yang akan parut semua bahan-bahan, tumiskan, tuskan supaya tidak berair... apabila inti sedia, proses selanjutnya akan disudahkan oleh Bott. Dia ada 100 biji popia yang hendak digulung.


Resepi Popia frozen boleh lihat di sini.


Sementara Bott gulung popia, saya kemas pantri. Terjumpa beberapa tin tuna. Dari situlah tergerak hati hendak buat popia tuna. Saya potong dadu bawang Holland setengah biji, masukkan beberapa sudu mayones, serbuk lada putih dan garam secukup rasa kemudian gaul semua bahan sehingga sekata.

Inilah inti popia tuna saya.

Inti popia tuna

Rabu, April 13, 2022

Rezeki Kuih Angku

Baru-baru ini balik kampung jumpa Cekebon. Seperti biasalah, macam-macam yang Cekebon dan Cekengah bekalkan. Saya kalau balik sana memang kena bawa beg tambahan. Nak mengangkut oleh-oleh, lauk-pauk, snek kunyah-kunyah dan macam-macam lagilah.

Antara bungkusan yang dibawa balik, ada sebekas kuih angku. Pernah makan tak? Kuih ini dinamakan angku atau red tortoise cake. Bentuknya comel seperti kura-kura 😊. Dahulu semasa di sekolah menengah, saya selalu makan kuih ni. Kawan sekelas saya ni peranakan baba nyonya, selalu dia bawa untuk saya. Saya pula tahu makan je. Banyak tau kuih baba nyonya lain yang saya berpeluang rasa tetapi tak pernah ambil tahu pun apa nama kuihnya. Dah tua-tua nilah baru ambil maklum, ini kuih angku.

Angku | Red tortoise cake