Rabu, Julai 27, 2022

Chords Hijrah Cinta - Rossa (OST Hijrah Cinta)

Kord gitar Hijrah Cinta ini sebenarnya entri terbit semula. Saya terima e-mel daripada seorang pembaca blog yang biasa berkunjung ke sini untuk kord gitar mudah, bertanyakan sama ada saya ada kord mudah untuk lagu ini ataupun tidak. Sebenarnya, lagu Hijrah Cinta merupakan lagu yang diterbitkan pada tahun 2014. Lagu lama tetapi kembali popular di TikTok.

Saya memang suka lagu ini. Yakin sahaja saya jawab, cari di panel Bilik Muzik, bahagian OST Filem dan Drama. Dia kata dah cari, memang tiada. 

Semak punya semak, baru saya perasan entri chord Hijrah Cinta saya rupa-rupanya sudah jadi draf. Mungkin ini antara entri-entri yang Blogger pernah auto padam, tetapi saya tidak perasan. Tahun lepas ke bila ... saya kurang pasti ... pihak mereka banyak padam published entries blog-blog sebab kononnya menyalahi garis panduan yang telah ditetapkan. Padahal masalah teknikal di pihak mereka. Jenuh kena terbitkan semula.

Okey, berbalik kepada lagu! Hijrah Cinta merupakan salah satu lagu yang termuat dalam album Rossa, Love, Live and Music. Lagu ciptaan Melly Goeslow ini turut diangkat menjadi OST untuk filem Hijrah Cinta (yang juga dikenali sebagai Filem Uje & Pipik). Filem ini mengisahkan perjalanan hidup arwah Ustaz Jefri Al Buchori yang sinonim dengan julukan UJE, masa mudanya, kisah bersama sang isteri yang dahulunya seorang model dan pelakon serta kembara hijrah mereka.



Kord Gitar From FAMF Tower

Isnin, Julai 25, 2022

Onde-onde | Buah Melaka Idaman Kalbu

Dalam banyak-banyak kuih tradisional, kuih inilah yang miliki paling banyak nama! Onde-onde dan buah Melaka boleh dikira panggilan biasa untuk kuih daripada tepung pulut bersalut kelapa parut ini. Selain itu, ada yang panggil kelepung atau kelepon. Tidak silap saya orang Johor. Lebih kurang sama seperti di Indonesia. 

Jika di belah Pantai Timur pula, kuih ini dipanggil kekoh char atau woh mulong (buah mulong).

Tidak kiralah apapun namanya, kuih ini memang kesukaan ramai. Kalau masa bulan Ramadan, memang paling laris sebagai juadah pemanis mulut/pembuka selera ketika berbuka puasa.

Part yang paling saya suka -  gigit onde-onde dan ada rembesan manis meletus dalam mulut. 🤤 Gabungan rasa lemak manis doh yang lembut-lebut kenyal dengan air gula (gula nisan atau gula Melaka) memang nikmat betul! Tapi, ada juga yang dah kunyah lumat pun tak muncul-muncul gulanya. Onde-onde kosong. Anggap jelah tak ada rezeki, kan? 🤣


Onde-onde saya 😊

Jumaat, Julai 08, 2022

Sambal Hitam Tokey yang Dap Dap Dap

Assalamualaikum.

Ada tak penggemar sambal hitam di sini? Angkat tangan sikit! Yeayyy, kita geng! Saya memang suka sangat makan sambal hitam. Kalau ada rezeki dapat buah belimbing buluh memang akan usahakan buat sambal hitam. Lagi pedas lagi bagus. Lagi masam lagi suka!

Sekarang senang ... kalau teringin, banyak je produk sambal hitam yang boleh kita beli di pasaran. Tetapi, setakat ini nasib saya kurang baik. Tak jumpa sambal hitam yang betul-betul kena dengan selera saya (tak kena selera pun tetap habis juga 😁). Maksud saya, bukanlah sambal yang dibeli tu tak sedap. Cuma macam saya cakap tadilah, saya suka yang pedas dengan rasa masam belimbing agak ketara. 

Baru-baru ini Cekengah beri saya dua paket sambal hitam. Sambal Hitam Tokey. Kecil je saiz hidangan untuk satu pek. 50g. Sesuai untuk bawa travel, buat kongsi-kongsi rezeki dengan jiran tetangga atau bekal untuk anak-anak balik asrama.

Sambal Hitam Tokey