Isnin, Januari 30, 2023

Berpiknik dengan Simplus Multicooker

Dua tiga menjak ni, saya ada mainan baharu untuk masak-masak. Bagi yang tahu, saya baru sahaja berpindah rumah pada awal Januari. Sudah hampir sebulan, masih belum habis unpack barang, masih belum betul-betul kemas dan set up ruang dapur.

Dapur saya pakai induction cooker. Kuali, periuk semua belum sempat beli. Kebetulan saya memang kerap ada urusan di luar, makan di luar tak dan pun nak masak. Dua minggu pertama, dapur di rumah ni kira masih suci murni lagi.

Masalahnya, kadangkala apabila tengah duduk diam tiba-tiba perut lapar, mati akal juga. Nak masak macam mana? Periuk belanga semua kat kedai lagi. Itulah, asyik bertangguh je kemas dapur.

Masa nilah Simplus Multicooker muncul jadi hero. Ini salah satu hadiah yang saya terima sempena pindah rumah.

Simplus Electric Cooker

Ahad, Januari 29, 2023

Mieng Kam Terbalik

Baru-baru ni makan dekat Absolute Thai, IPC. Saya tak sempat sarapan pagi tu. Menjelang pukul 11, langkah dah goyah. Macam mana nak shopping dengan aman kalau tak ada tenaga, kan? Makanya, terus terjah masuk Absolute Thai.

Setelah bergelut dengan sistem pesanan pakai QR code (benci betul bab ni lagi-lagi internet coverage kat situ tak berapa elok), makanan pun mula sampai. Antara sebab utama saya pilih restoran ini - makanan cepat sampai. Tak perlu tunggu lama. Sesuailah sangat dengan keadaan saya yang tengah kelaparan. Orang putih kata, I can eat a horse gitu. 😂

Juadah pertama yang sampai - Mieng Kam

My favourite - Mieng Kam versi terbalik 😂

Jumaat, Januari 27, 2023

Acar Halia Ikan Masin

Hari ini kita cerita tentang acar halia ikan masin. Asalnya saya ingin buat acar buah ikan masin. Puas cari buah-buahan kering dan jeruk untuk dijadikan bahan acar di kedai berhampiran rumah. Tiada pula. Tak ada rezekilah nampaknya.

Disebabkan dari awal niat nak buat acar buah, saya teruskan je. Cuma saya gantikan dengan hirisan halia. Pernah makan tak halia dalam acar? Sedap, kan? Ramuan acar yang menyerap dan sebati dalam hirisan halia tu, lain macam lazatnya. Yummehh! 🤤

Lihat juga: Kerabu Buah Pala Sagat


Inilah acar halia ikan masin talang saya. Saya guna resepi acar buah yang biasa saya guna. Jom intai resepinya.

Acar Halia