Isnin, Mei 08, 2023

Mei yang Sibuk | Selamat Sambung Raya

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Apa khabar semua? Maaflah andai blog saya ni bersawang teruk. Memang agak lama terabai. 

Hari ke-8 bulan Mei baru sempat meluangkan masa untuk blog. Mudah-mudahan 31 hari baharu untuk bab ke-5 2023 baik-baik sahaja. Sekejap je dah nak setengah tahun, kan?

Salam Aidilfitri. Salam Kosong-kosong.

Maaf sangat-sangat saya lambat ucap selamat hari raya. Dah masuk 17 Syawal dah pun. Tak mengapalah. Kita raya sebulan ☺️

Salam Aidilfitri. Selamat sambung raya! Semoga setiap hari Syawal kalian akan dipenuhi dengan momen dan memori indah.

Salam Syawal! 🥰

Khamis, Mac 30, 2023

Makanan Arab untuk Berbuka Puasa

Hujung minggu yang lalu saya terima panggilan daripada salah seorang ibu bekas anak murid tuisyen saya. Katanya mahu alamat kediaman baharu, ingin hantar juadah berbuka untuk saya dan Bott. Dia tetap berkeras walaupun saya cakap tidak perlu susah-susah. Ibu ini dan anaknya memang niat nak belanja saya kerana si anak berjaya menyambung pelajaran peringkat menengah di salah sebuah MRSM di Perak.

Petang tu, masa adik rider Grab datang, terkejut juga saya tengok kuantiti makanan yang dibawa. Bukan untuk dua orang makan. Ini lima enam orang boleh kenyang ni!

Saya dibelanja juadah makanan Arab. Bukan satu, bukan dua… tetapi tiga juadah. Masa buka bekas-bekas makanan ni, semerbak bau satu rumah. Terus mata kerling jam tak sabar nak berbuka 🤣.


Nasi Arab Mandy Ayam

Sejujurnya, saya tidak tahu makanan Arab ini dibeli dari restoran Arab yang mana atau mungkin ditempah dari penjual/caterer. Apa yang saya tahu, tempat jual makanan Arab ini tidak berada dalam range kawasan saya kerana makanan-makanan ini perlu dihantar ke rumah anak murid saya terlebih dahulu. Setelah itu, barulah mereka aturkan Grab untuk hantar ke kediaman saya. Jadi, saya kurang pasti nama yang tepat untuk setiap menu di bawah. 

This one, Nasi Arab Mandy Ayam
Nasi Arab Ayam Mandy