Jumaat lepas, untuk kelas BM, murid-murid Tahun 3 belajar tentang alam sekitar. Mereka belajar konsep sayangi alam sekitar dan tindakan-tindakan mudah yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian untuk pelihara kesejahteraan bumi. Basically, amalan Go Green! bukan sesuatu yang baru dalam kelas saya. The kids sudah dibiasakan untuk:
- Guna semula kertas terpakai sebagai rough papers (untuk conteng jalan kerja Matematik atau buat rangka karangan).
- Tidak buang beg plastik sebaliknya simpan dalam kotak khas supaya boleh digunakan semula. (Anak-anak didik saya especially yang kecil-kecil, datang tuisyen macam pergi piknik! Bawa bekal dan jajan segala! So, masing-masing dah terbiasa. Sampah buang dalam tong sampah. Beg plastik masuk kotak. Nanti bila cikgunya rajin, cikgu akan lipat plastik-plastik tu supaya kemas.)
- Tin aluminium dan botol jus/air mineral dimasukkan ke tong kitar semula yang disediakan.
Selanjutnya, kami buat poster mini. Hanya perlukan:
- Kertas kosong (guna kertas terpakai tau!)
- Pensel warna
- Ink Pad Hijau
The kids lukis sendiri batang pokok, akar dan ranting pada kertas . Kemudian, menggunakan cap jari dan ink pad hijau, mereka akan buat daun-daun pada pokok. Oh, jangan lupa sediakan wet tissues untuk aktiviti ini. Kalau tak, ada yang balik dengan muka yang penuh kesan cap jari :) Nak tengok hasilnya?
Finger prints tree. Cantik kan? |
Pendedahan terbaik untuk budak2kan?
BalasPadamp/s done follow u..
Betul tu. Thanks, saya memang dah follow 'Bila Aku Berkarya' :)
PadamWoowww...inipun boleh jadi hasil kreatif kan?
BalasPadamAde ea ink pad hijau.
selalu nampak yang biru , hitam n merah je.
Akak guna ink pad utk crafts, Shikin. Tak pun yang memang khas utk aktiviti finger printings. Macam gambar kat atas tu ink pad version kecil :)
PadamUntung diorang dapat ilmu dari Kak Farrah yang kreatif ni!
BalasPadambestnye dpt didikan dr kak farrah.. anak2 murid semua leh jd kreatif...
BalasPadam