Sambal Epal | Asalnya, tekak ni teringin makan sambal pauh. Sambal mangga muda dengan ikan rebus tu. Teringin nak makan sesuatu yang pedas-pedas masam.
Ikan rebus ada, mangga tiada. Manalah nak diusahakan mangga muda kalau dah last minute begini. Mujurlah ada beberapa biji epal hijau di dalam peti sejuk. Jadi, tanpa berlengah, Bott terus hiris epal hijau menggantikan mangga.
Inilah sambal epal dan ikan juadah makan tengah hari kami.
| Sambal Epal dan Ikan |
The Cempedak Butter Loaf | Kek Cempedak Lemak Berkrim
Rabu, April 29, 2026
Hari ini saya hendak kongsi tentang kek cempedak kegemaran saya. Ingat lagi tak, tahun lepas bukan main popular lagi kek cempedak. Kek lapis cempedak la… kek mentega cempedak la… harga pun bukan sikit-sikit. Harga kayangan gitu.
Masa musim tengah viral tu, sempatlah saya merasa dua tiga jenis kek cempedak. Ada yang orang beri, ada yang Cekengah sendiri beli. Saya tukang makan sahaja. Cempedak memang saya suka!
Dalam banyak-banyak kek cempedak, ini yang paling kena dengan selera saya. The Cempedak Butter Loaf, produk Brown Butter Bakes (BBB).
| The Cempedak Butter Loaf |
Nasi Goreng Bawang Putih Atas Batu
Jumaat, April 17, 2026
Assalamualaikum. Salam Jumaat. Semoga kalian semua sihat dan baik-baik sahaja hari ini.
Pagi ini, buat sarapan nasi goreng. Nasi goreng bawang putih atas batu. Kenapa atas batu? Dahulu, jika makan di satu restoran Jepun ni, saya suka pesan Ishiyaki Garlic Fried Rice.
Ishiyaki bermaksud stone cooked or grilled - makanan disediakan atau dimasak di atas batu granit panas lalu dihidangkan terus. Dahulu, secara tradisional, penduduk Jepun (terutamanya para nelayan) guna batu kawasan gunung berapi untuk kaedah masakan ini.
Inilah nasi goreng atas batu yang saya maksudkan.
| Ishiyaki Garlic Fried Rice |