Resepi Yee Mee Goreng Mudah

Selasa, Februari 17, 2015

Yee Mee Goreng. Inilah sarapan saya pagi tadi. Err, lebih kepada brunch sebenarnya. Sebab mamam dalam kul 11! Tiba-tiba hari ni teringin nak makan yee mee. Tetapi, tak nak makan versi claypot yang soupy-soupy tu. Mau yang digoreng-goreng aja :)

Santapan saya dan Bott pagi tadi =)


Resepi Yee Mee Goreng Mudah (Portion untuk 2 orang)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Yee Mee 2 atau 3 pcs
  • 3 biji bawang merah (hiris nipis)
  • 3 biji bawang putih (cincang halus)
  • isi daging/ayam (Saya guna lebihan sate daging and hirisan ayam lauk kelmarin. Boleh juga tambah fishcake atau fish balls kalau mahu.)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • beberapa tangkai cili api (ikut citarasa, hiris halus)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap lemak/manis
  • sedikit air masak


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Rebus yee mee sehingga lembut. Tus dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian, masukkan isi ayam/daging. Tumis buat seketika. Letakkan sedikit air supaya berkuah sedikit.
  3. Masukkan tomato yang telah didadu dan hirisan cili api. Sos tiram dan kicap kita letak agak-agak ye. Saya tak guna garam sebab dah ada sos tiram kan. 
  4. Apabila rasa kuah dah OK dan sedap mengikut selera, barulah masukkan yee mee. Kacau hingga sebati. Padam api. Sedia untuk dihidangkan. Nak lebih sedap? Taburkan dengan sedikit bawang goreng :)

Selamat Mencuba!


Psst! Hidangan tak ada sayur! Kami makan dengan hirisan timun. Boleh letak sayur Pak Choy dan bell peppers untuk meriahkan lagi rasa Yee Mee Goreng kita :)

113 ulasan

  1. Balasan
    1. CM..lepas masak hajak sis JM try test rasa boleh heeee

      Padam
    2. nanti sedap habis semua sis JM habiskan

      Padam
    3. kalau sedap...rugi arghh mkn x habis ZF...kalau ZF minta pun sis JM buat x dgr je hihhi

      Padam
    4. Cuba jangan tak cuba. Memang best! Simple je menunya, mudah nak disediakan tapi yummyyyy!

      Padam
    5. lagi yummy kalo kak Farrah yang sediekan.. hehehehhe =D

      Padam
    6. Hihihi memang klu makan orang yg sediakan rasanya lebih marvelous!

      Padam
    7. post jugak sikit ke penang ya CM =)

      Padam
  2. wahh. nampak menyelerakan sungguh yee mee ni. tak pernah lagi makan versi goreng. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul biasa yee mee makan claypot

      Padam
    2. yee mee mkn claypot? hurmm...mcm mana tu ArZ...biasa sis JM mkn yee mee masak dalam claypot tu melepuh mulut kalau tergesa2 nk mkn

      Padam
    3. melecur lidah kalau dpt terus nk makan.. hihi

      Padam
    4. gelojoh namanya tu..hilang dah keayuan i hihihi

      Padam
    5. Yee Mee Claypot memang dap dap dap. Kalau gelojoh merasalah melepuh mulut & terpercik kuah pekat hitam kat baju ;)

      Padam
  3. one of my resepi list to include kak farrah.. thanks.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah siap panggil SS mamam ek? He He He...

      Padam
    2. Nanti dah cuba, share hasilnya di blog ye, Syida. Jangan lupa jemput SS datang mamam :)

      Padam
    3. jemput luna skali.. jangan lupe.. tang makan ni i always free.. hahaha =p

      Padam
    4. Syida, ha ni jgn lupa kira kepala luna sekali ye...

      Padam
  4. Balasan
    1. ibu mie pun boleh hehe menyampuk pula tolong jawap

      Padam
    2. Anies..jgn ganti dgn mi sup sudah lah ye ahahah

      Padam
    3. Amboi amboi Sis JM & arz...bukan main lagi ibu mie,..mi sup..
      Anies, kalau tukar mee lain pun boleh tapi tak syiokkkla...rasa yee mee tak da :)

      Padam
  5. simple dan menarik.. boleh cuba nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila cuba, eyda. Kalau nak masak utk anak2 leh lebihkan kicap dan masukkan sos tomato sikit :)

      Padam
    2. Anak2 jenis makan pedas kak Farrah.. kekadang siap request masak pedas2 tau..

      Padam
    3. Dah cuba resepi kak Farrah.. ni entry nya..

      http://izzeyda.blogspot.com/2015/02/yee-mee-goreng.html

      Padam
  6. sedapnya..teringin pula jadinya =P

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. feveret semua jenis mee ke..so kiranya Yaya suka mkn mee kuning, mee sanggul semua tu eh..kalau camtu give me five!!!

      Padam
    2. High five gak! Saya pun suka mee mee ni semua :)

      Padam
  8. Balasan
    1. okey ZF..pegi cari Yee Mee tau jgn pegi cari fasal hihihih

      Padam
    2. Arz : tu suruh gi beli kat kedai mkn ke kedai runcit hiksss

      Padam
    3. Dia nak gi selongkar peti ais umah jiran dia la aRz MoHa... Tu yang dia kata kena cari bukan beli... He He He...

      Padam
    4. ZF : ce try test pegi carik...dh masak nanti kongsi kat blog tau

      Padam
    5. Hihihi semua concern Zarul nak pergi cari yee mee. Yes, Zarul. Kat Tesco ada rasanya. Cari kat bahagian bihun, pasta...

      Padam
    6. zarul dah siap makan sensorang.. takot korang habiskan... hahahaha =p

      Padam
    7. jangan cari saja ye ZF.. masak skali =P

      Padam
  9. rajinnya kak farah..erm, nampak sedap pula tu..terliur dah tengok malam2 gini..tambah lagi belum makan malam ni..laparrrr..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Arz nampak menyelerakan..sis JM nampak terus rasa nk makan...minta sepinggan

      Padam
    2. Wana..jam berapa mkn malam...jam 10 ke hihihihi

      Padam
    3. Lambatnya Wana dinner. Siapkan order CNY lah tu

      Padam
  10. yee mee tu macamana rupanya kak? maaf la tumpang tanya..sebab wana tak berapa tau..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yee mee rupa lebih kecil dari mee

      Padam
    2. wana, yee mee tuh ala2 mee kolok rupanya..

      Padam
    3. Eyda : ala2 mee kolok...hurmm...itu bukan mcm adik beradik megi ke...nk google jap arghh..org x pernah masak like sis JM ni mmg x tahu menahu ..sedih kan

      Padam
  11. apa bezanya breakfast dan brunch? malas nak google

    BalasPadam
    Balasan
    1. bfast sarapan pagi..brunch mkn lewat pagi dah nak masuk waktu mkn tgh...ehh..betul ke Farrah

      Padam
    2. brunch tuh maknanya breakfast + lunch.. jadi laa brunch ya..

      Padam
    3. betul jgk tu Eyda kan..kalau lunch langsung ke dinner jad ape?..LUNNER ahahah

      Padam
    4. kalu breakfast + lunch + dinner = seharian tak makan malam baru makan...

      Padam
    5. memang itu maknanya kak JM, try google kalau nak kepastian.. lunch + dinner = LUNNER? macam warna LUNA plak bunyinya tak pun kalendar LUNAR.. hehehe..

      Padam
    6. ahaahha...Eyda..ok gak jgn LUNA MAYA sudah lah ye

      Padam
    7. Hehehe..betul tuh kak JM, bukak puasa namanya..

      Padam
    8. hahahahaa... jawapan sis JM untuk SS memang stail.. "Buka Puase" pape pon takyah gado2.. luna ade kat sini.. patut ler dari semalam sesedak2...

      Padam
  12. Tengok tgh mlm ni rasa lapaq plak. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tgk waktu pagi lapaq tak? hhihih

      Padam
    2. sis JM tgk wajtu pagi ni...belum sarapan...rasa mendidih dalam peyut cik Fafa hihihhi

      Padam
    3. tgk waktu mana pon akan rasa lapaq

      Padam
    4. ZF kalau mcm tu ni kes kuat mkn ni..lapo sepanjang masa..kata nk DIET hiksss

      Padam
  13. perlukan yee mee 2 or 3 pcs kiranya ia kepingan seperti mee sangguh tu eh Farrah...sis JM suka mkan mee kuning tapi adik2 x suka so skrg ni goreng bihun or koew teuw je dorang layan..

    so lepas ni leh try masak yee mee lak tgk dorang layan ke tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mee sangguh? yee mee ala2 megi skit.. dia bungkus macam mee sanggul tu.. kak Farrah kena letak gambar yee mee yang belum digoreng tu laa macam mana rupanya..

      Padam
    2. ahakss...mcm mana leh salah spelling pulajk ni..mee sanggul!!..ala bulat2 mcm sanggul rambut tu...setuju ngan Eyda..letak rupa gambar Yee Mee kalau x kena google sendiri lah :-)

      Padam
    3. Mee sanggul tu.. Sanggul masuk kuali ke JM? Sanggul sape? He He He...

      Padam
    4. mee sanggul salu dijual beberapa ketul dalam 1 plastik ...kering je rupa dia...huhuhuh...

      Padam
    5. kesian kat mr.google nak menjawab pertanyaan kak JM nanti.. hehehe..

      Padam
    6. SS : Sanggul Kak Limah sebelum jadi hantu hahahaha

      Padam
    7. Eyda : perlu pandai tanya kalau tak x dari Subuh sampai Isyak x leh mkn lagi sbb cari mee sanggul x jupe hihih

      Padam
    8. Hahaah isu sanggul pun boleh elaborate sampai jadi camni :)

      Padam
  14. SS suka Yee Mee... Tapi yang berkuah hitam legam tu... He He He... Yang goreng punya tak pernah test...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kuah hitam legam? ohh..kuah kicap Jalen lah tu kan ke Kicap ABC dok pun kicap Kipas Ude

      Padam
    2. Kuah hitam legam pekat yang diorang masukkan tepung jagung tu, sis! Nanti sekali-sekala SS & JM kena cuba makan yang goreng pula :)

      Padam
    3. yang sizling tu kot maksud SS.. yang femes kat foodcourt jusco tuuuu salu...

      Padam
  15. huhuhu....mee sanggul!
    Sedap kalau dapat buat sizzling...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh memang sedap tu. Terus akak jadi lapar, Nad :)

      Padam
  16. wah,macam sedap je yee mee goreng :-)

    BalasPadam
  17. Rasa dia mcm megi goreng yg buat sendiri tu tak kak farrah? Hehe. Bila la post laju nk buat service hantar makanan dr rumah kan. Haha. Kalo x boleh la akak pos kt sy sikit :)

    BalasPadam
  18. Yee mee goreng mcm ner rupanya dia... akak tq bgitaw ekin menang GA nile.com.my tu... xleh nk shopping lg la laptop rosak huhuhh... lepas raya cino baru dpt

    BalasPadam
  19. seriuss nampak sedappp sangatt. kalau ada masa komfem nak cubaa :)

    BalasPadam
  20. xpernah lgi try yee mee goreng...menarik nih...mau dicubainnnnnn ni bukkk...hheheheeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada beli mee apa tah ritu tapi belum dimasak. Tak sure yee mee ke ape. Biasalah orang 'rajin' masak..

      Padam
  21. Otomatik air liur saya bertakung dalam mulut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak... jangan sampai bocor pulak dr shikin! XD

      Padam
  22. kak farrah.. nak request resepi yee mee sizling... =D

    BalasPadam
  23. menyelerakan... terasa nak buat maggie goreng pulak since yee mee meang tak da.. huhu

    BalasPadam
  24. Menyelerakan la... Sedapnyeee.;.. Lapa terus... Hahahaah

    BalasPadam
  25. macam megi goreng aje bentuknya.. tak minat mee claypot tapi makanla jugak..
    slalu makan mee kuning biasa saja.. tu pun jarang2.. ahaha..

    BalasPadam
  26. yee mee pon sodap kan farra..kelainan nie,sllu sizzling ja..memasak perkara biasa,tetapi hasilnya memang luar biasa,macam2 boleh jadi..

    BalasPadam
  27. Datang malam kat sini terus rasa lapar. Padahal dah makn roti tadi...

    BalasPadam
  28. Kita dh cuba...sedap gak...!!! Huhuhu...klu bole upload...dh upload dh pic mdkan kita...hehehehehe...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.