Resepi Pai Nanas Mini

Selasa, Februari 16, 2016

Assalamu'alaikum,

Ini satu lagi resepi mudah menggunakan puff pastry. Mini pineapple pie. Panggil puff nanas pun boleh kot. Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini,  puff pastry yang saya maksudkan bukanlah yang kita buat from the scratch Puff pastry ini yang instant dan sedia untuk digunakan. Jenama KAWAN. Hanya biarkan puff pastry selama lebih kurang sepuluh ke lima belas minit pada suhu bilik. Once dah lembut, bolehlah kita buat pai nanas kita :)

Mini Pineapple Pie


Resepi Pai Nanas Mini (Mini Pineapple Pie)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Beberapa keping  puff pastry (dipotong kepada dua bahagian). Jadi, satu  puff pastry berbentuk empat segi tu kita akan dapat 2 keping rectangular pineapple pie.
  • Hirisan nanas secukupnya. Boleh hiris nipis-nipis supaya hasilnya lebih cantik. Masa saya buat ni, saya potong chunks begitu sahaja.
  • Beberapa sudu jem beri/anggur. Saya guna jem raspberry
  • Sedikit mentega.
  • Gula aising secukupnya.


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Panaskan oven pada suhu 200 - 210 darjah celcius.
  2. Potong  puff pastry kepada dua bahagian. Ambil sekeping. Jika  puff pastry masih keras dan sukar dilentur/dibentuk, biarkan dahulu buat seketika.
  3. Sapukan jem pada atas permukaan  puff pastry. Kemudian, susun hirisan nanas di atasnya.
  4. Setelah itu, sapukan sedikit mentega di atas hirisan nanas tadi sebelum seluruh permukaan ditabur dengan gula aising. Susun di atas dulang pembakar.
  5. Bakar selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing-masing sehingga pai bertukar warna dan gula di atasnya caramelized. Sedia untuk dihidangkan bersama kopi atau teh panas.

Selamat Mencuba! 

Psstt! Terima kasih kepada kawan-kawan yang datang menjengah, tinggal komen-komen. Insya-Allah, ada kelapangan saya akan balas kunjungan kalian. 

78 ulasan

  1. Tak pernah try lagi pai nenas ni. Mungkin akan dicuba nanti.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kalau tiba2 Ana teringin, bolehlah cuba ye :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Meh sini meh,..saya suapkan dua-dua sekali :)

      Padam
    2. sama lah saya JM, umah saya pun tak ada oven. tak terbeli lagi. entah bile la nak beli nya (alas an sangat kan!)

      Padam
    3. KJM SS, untung la kak farrah nak tolong suap kan

      Padam
    4. KJM dari hari tu lagi isu oven dan microwave tak beli lagi kak

      Padam
    5. Umah SS ada oven... Tapi buat perhiasan... Ha Ha Ha...

      Padam
    6. Intan, lepas habis phd leh gi borong oven.
      Yana - hahaha Sis JM dan isu ovennya :)
      Ikhwan - ada ke oven jual kat bundle? nak beli sebijik dua :)
      SS - Cantikkkk. Sis JM nak baking, leh tumpang umah SS!

      Padam
  3. Balasan
    1. Memang sedap, eiman. Dapat pula rasa lawan dgn rasa jem yg masam2 manis :)

      Padam
    2. Ikut sedap lidah, nenas. Ikut ejaan rasmi, nanas :)

      Padam
  4. Balasan
    1. saya tak suka nanas Farrah. so kita tak boleh geng. hehehhe

      Padam
    2. Kalu kat tempat SS... Kiri kanan ladang nanas...

      Padam
    3. Oh, Intan tak suka nanas ye? Nape? Masam eh? Tak pe,..tak geng yang ini kita geng benda lain :)

      Kiri kanan ladang nanas,...SS suka nanas tak?

      Padam
  5. Ringkas saja caranya kan kak..wana suka apa saja makanan yang ada nenas..oh no, terliur!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan,...akak memang suka nanas..feeling2 hawai gitu hihihi

      Padam
    2. Ntah, saya kalau makan nanas memang feeling hawaiii,..ala lilo & the stitch gitu :)

      Padam
  6. ehh salah ruang komen


    mencik!!! kat umah xde oven

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih salah komen kat atas tu ye ...tak de hal lah!

      Padam
    2. tak ada oven punya pasal sampai salah komen

      Padam
    3. Potong markah sebab salah! Keh Keh Keh...

      Padam
    4. Berapa markah tinggal?
      Ikhwan, gali lubang buat oven dalam tanah macam menarik je bunyinya :)

      Padam
  7. klau nak ganti nenas ngan tebikai boleh ;p

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Yessss,...boleh ganti ngan pisang gak. Lemak2 gitu!

      Padam
    2. macam mana Jm nak buat ngan pisang tu kalau kat umah tak ada oven? hehe

      Padam
    3. KJM kena try test ganti dengan pisang dan tembikai jadi tak

      Padam
    4. tak abis lagi mengganti? Ha Ha Ha...

      Padam
  9. xleh makan nenas...tapi macam best!!ganti dengan epal boleh kan...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba buat dulu munirah ngan apple tu - nanti jadi apple pie macam kat McD tu. yummm..yumm

      Padam
    2. Memang boleh sangat nak diganti dengan epal. Lagi2 epal hijau :)

      Padam
  10. Simple je pai nenas nie...bole try nie :)

    BalasPadam
  11. wow Farrah buat pai nanas pulak.. rajin sungguh!

    BalasPadam
  12. nyum..nyum..sedapnye kelihatan...hehhee..sy pun suka pakai puff pastry kawan..mcm best taste die kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Puff pastry kawan memang best, nak handle masa buat tu pun tak remeh :)

      Padam
  13. yummy.. dapnyer
    bak sikit. der lebih x?
    nak cuba tu memang malas sangat2 haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry, eyja. Dah selamat masuk perut semuanya :)

      Padam
    2. huahhuahuah... tengok je lah dari jauh pai nanas nih.

      Padam
  14. Bismillahirrahmanirrahim........

    Jemput jemput .......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi lepas makan jangan lupa alhamdulillah :)

      Padam
  15. Balasan
    1. Mende ni senang, Ekin...tak yah tunggu pandai ;)

      Padam
  16. Mekja mkn nenas yang belom masak jea. Kalau buat tart ke, pajeri atau pai rasa tak boleh telan tekak ni. Hihii, mmg la lain dr yg lain manusia sorang ni. Hee

    BalasPadam
  17. Macam simple je resepi tu..nak kena try ni.^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang simple, ros. Asal ada puff pastry begini, macam2 resepi boleh olah :)

      Padam
  18. yana tak sukaaaa nenas segala bende pasal nenas tak suka even tart nenas yang semua orang suka tu

    BalasPadam
  19. Kak Farrah ni ! terliur Firah pepagi ni...

    nak pi ngap satt... hehe

    BalasPadam
  20. Tgk jak pun da teliur blm lgi da dpn mata trys c ngap ni hhahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi memang tak sempat tahan lama, Lya. Habis kena ngap!

      Padam
  21. Balasan
    1. boleh tukar dengan buah lain ikut selera, eyda :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.