Jumaat, 5 Ogos 2016

Kesalahan Bahasa Tetamu Hebat Julai | Jom Cuba Nasib

Assalamu'alaikum. Tata Julai! Hello, Ogos! Sepanjang minggu lepas, saya dan anak didik sibuk buat ulang kaji. Pelajar PT3 akan ada peperiksaan percubaan dan juga peperiksaan lisan. Jadi, pengumuman tetamu hebat bulan ini ala-ala terkena revision kami ;)



KESALAHAN BAHASA TETAMU HEBAT JULAI

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

  1. “Jika kalian berminat, saya boleh tolong belikan beg ini apabila berkunjung ke kedai itu nanti,” kata Yana TKK kepada rakannya.
  2. Mata Siti Yang Menaip terkedip-kedip beberapa kali kerana dimasuki habuk.
  3. Semua pakaian itu telah Scdha Sein gosok sebelum dia tidur malam tadi.
  4. Cik Ash menyapu dedaun-dedaun kering di halaman rumah dengan menggunakan penyapu lidi.
  5. Reruai  Syarikat Jari Manis telah dipilih sebagai reruai paling tercantik di festival itu.
  6. Ikhwan Yusuff tidak membeli apa-apa di kedai cenderamata itu kerana barang-barang di situ mahal-mahal belaka.
  7. Mini telekung pemberian Cik Mimie itu bukan sahaja cantik, malah selesa dipakai.
  8. Siti Nur Zafirah baru sahaja pulang daripada Osaka, Jepun.
  9. “Beta ingin bertolak segera,” titah Sultan Kim Chaa kepada Bendahara Tun Perak.
  10. Adianiez Aida menghantar keretanya untuk diservis di Good Care Pusat Servis.
  11. Oleh kerana terkejut dengan jeritan Huda nhhas, gelas yang dipegang oleh ibu terjatuh ke lantai.
  12. Kuih yang sungguh terenak sekali itu dibuat oleh SalbiahM.


Terima kasih banyak-banyak ye. Yana TKK berjaya rampas takhta daripada Sis JM. Insya-Allah, akan titip sesuatu buat pengomen terbanyak seperti biasa. Cuma lambat atau cepat je. Bergantung kepada kesempatan ruang masa yang ada. 

 

Jom Cuba Nasib Kesalahan Bahasa

Bagi yang rajin nak ulang kaji bersama, boleh cuba jawab kesemua soalan di atas. Format soalan di atas adalah salah satu komponen soalan kertas Bahasa Malaysia PT3. Tetapi kalian tidak perlu gariskan bahagian yang salah sebagaimana dinyatakan di bahagian arahan. Hanya copy  perkataan/frasa/bahagian yang salah dan berikan cadangan jawapan.

Contoh: 
1. berkunjung - mengunjungi
2. Mata - anak mata

Gunakan talian hayat jika perlu. Hehehe carilah anak-anak, adik-adik, anak buah atau anak jiran untuk bantu kalian.

Seperti biasa, ada ganjaran menanti 'calon-calon peperiksaan' yang bijak bestari! ;)

Jom Cuba Nasib Kesalahan Bahasa akan saya buka penyertaannya sehingga hujung minggu ini. Bakal berakhir pada Ahad, 11.59 malam. Banyak masa nak menelaah dan cari jawapan, kan?  

 

Pemenang Wordmaze Tetamu Hebat Jun

Hehehehe I'm building up the suspense ;) Sepatutnya saya umum pemenang dalam entri ini. Ada tiga hadiah buat pemenang Wordmaze Tetamu Hebat Jun yang dapat meneka dengan baik. Rasa-rasa dapat agak tak siapa yang bertuah tu? Kita tunggu lah lagi ye. Tak sempat nak buat entri. Saya akan umum serentak dengan yang ini.

148 ulasan:

  1. tahniah utk tetamu hebat farah ya
    semua nama2 hebat belaka tu
    untung lah yg berkenaan tu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka ni memang hebat Kak Noor. Jari semua ada enjin turbo ;)

      Padam
  2. Assalamualaikum kak Farrah.. tahniah buat yag tersenarai :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, Ros. Wah, dah lama tak nampak Ros. Selalu selisih di IG je :)

      Padam
  3. errr macam mana nak garis ni - kita dah garis atas monitor/screen ni ...
    ha ha ha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni anak murid kena babab dulu nih,...baca sampai habis, Huda ;)

      Padam
  4. 1. “Jika kalian berminat, saya boleh tolong belikan beg ini apabila berkunjung ke kedai itu nanti,” kata Yana TKK kepada rakannya.

    GARIS kat JIKA - tidak boleh memulakan ayat dengan JIKA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah garis2 laaaa :)

      Padam
    2. hahaha.. awat lawak ngat ni.. biar je Kak Huda garis monitor dia hahaha..

      Padam
    3. Dah dia nak garis kan,...garislah :)

      Padam
  5. Balasan
    1. isk !! sampai hati xnak cubaaaa pun !!! aaaaaaa..!!

      Padam
    2. Mata dia terkedip-kedip gak tuh ;)

      Padam
  6. 3 Semua pakaian itu telah Scdha Sein gosok sebelum dia tidur malam tadi.

    Garisan Kesalahan - Scdha Sein (sebab bukan nama sebenar)...

    kah kah kah ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan kesalahan sebenar! :)

      Padam
    2. ha ha ha jawapan itu... ha ha :)

      Padam
    3. Kalau nak ikutkan, Jari Manis,..Siti Yang Menaip, Kim Chaa tu semua bukan nama sebenar ;)

      Padam
  7. 4. Cik Ash menyapu dedaun-dedaun kering di halaman rumah dengan menggunakan penyapu lidi.

    Garisan Kesalahan "dedaun-dedaun"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abis tu apa pembetulan nya?

      Padam
    2. daun-daun.
      atau 'dedaun' saje.

      dedaun-dedaun da berganda-ganda!

      Padam
  8. 4. "dengan" tu tak perlu kot

    BalasPadam
  9. 5. Reruai Syarikat Jari Manis telah dipilih sebagai reruai paling tercantik di festival itu.

    Garisan Kesalahan : paling tercantik ...

    Over nau ... ni betul2 cantik ni ... kih kih kih

    BalasPadam
  10. 6. Ikhwan Yusuff tidak membeli apa-apa di kedai cenderamata itu kerana barang-barang di situ mahal-mahal belaka.

    Garisan kesalahan : Kata berganda tak boleh repeat dua kali dalam 1 ayat yang sama ...

    errr ye ke ?

    BalasPadam
  11. 7. Mini telekung pemberian Cik Mimie itu bukan sahaja cantik, malah selesa dipakai.

    Garisan kesalahan : "itu"

    BalasPadam
  12. 8. Siti Nur Zafirah baru sahaja pulang daripada Osaka, Jepun.

    Garisan kesalahan : "daripada"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukanlah, Firah baru balik from Phantamania Weewee A Waa Waa tu ;)

      Padam
  13. 9. “Beta ingin bertolak segera,” titah Sultan Kim Chaa kepada Bendahara Tun Perak.

    Garisan kesalahan : "bertolak"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tu,..bertarik ke? :D

      Padam
    2. ayat ni pun mcm xde salah ajer pada aida... hmmmm...

      Padam
  14. 10. Adianiez Aida menghantar keretanya untuk diservis di Good Care Pusat Servis.

    GArisan kesalahan : diservis (ada ke perkataan servis dalam BM) kih kih kih ...
    or Good Care tu tak yah italic kan? sebab nama rasmi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama cik Huda kena italic tak? ;)

      Padam
    2. adakah salah tang nama kedai tu?
      patut nyer Pusat Servis Good Care...

      Padam
    3. Yessss,..itu kesalahan hukum DM namanya :)

      Padam
  15. 11. Oleh kerana terkejut dengan jeritan Huda nhhas, gelas yang dipegang oleh ibu terjatuh ke lantai.

    KESALAHAN BESAR KAT SINI - APSAL DAK HUDA TU MENJERIT? TAK DE KERJA EA?

    Ha ha ha ...

    Garisan kesalahan : "Oleh kerana"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asyik menggaris je dak Huda ni,...mana pembetulan ayatnya?

      Padam
  16. 12. Kuih yang sungguh terenak sekali itu dibuat oleh SalbiahM.

    Betul-betul Kak Farrah bodek Sal nak suh masak ni ...

    - dah sungguh, TER enak lagi ... ha ha ha...

    maka itulah garisan kesalahannya...

    ha ha ha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kalau nak suruh Sal masak, akak datang buru dia kat opis je,...tak yah nak garis2 ni ;)

      Padam
  17. kenapa Huda menjerit ye? Kesian Ibu ... huhuhuhu

    BalasPadam
  18. Kim Cha ha kau - naik takhta jadi Sultan ... ha ha ha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau takpe. Kat mana lagi nak jumpa Sultan Kim Chaa :)

      Padam
  19. Okay dah habis main - main ... balik dulu ... bye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul main2! Jawapan semua tak leh pakai sebab separuh je siap. Cadangan jawapan tak de punnnnnnn ;)

      Padam
  20. Akakkkkkkk!!! Wana dtg jengah..maaf dah jrg dtg..wana makin sibuk ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wannnnaaaaaaa! Dont worry, akak paham kesibukan Wana. Akak yang tak sibuk mana ni pun tak cukup masa nak blogwalking jejak adik2 & kawan2 :)

      Padam
  21. 1- kalian - kamu
    2- terkedip-kedip - berkedip-kedip
    3- Scdha Sein gosok - digosok oleh Scdha Sein
    4-dedaun-dedaun - dedaun
    5-tercantik - cantik
    6-barang-barang - barang
    7- mini telekung - telekung mini
    8- daripada - dari
    9-bertolak - berangkat
    10- Good Care Pusat Servis - pusat servis Good Care
    11-oleh kerana - oleh sebab
    12-terenak - enak

    BalasPadam
  22. wow... dah lama tak jawab soalan bahasa2 nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meh tengok dah berkarat ke masih kuat ingatan tu ;)

      Padam
    2. dah hilanglah sikit karat2 tuh..kihkih

      Padam
  23. dulu part nilah yg susah time SPM.. kehkeh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Format pt3 sekarang warisi dari format spm la kan,...

      Padam
    2. aahh.. dulu pmr kan kertas satu soalan objektif... bagus guna dgn perubahan sekarang ni..

      Padam
    3. semakin susah ekk peksa bebudak skang.
      aida tgk nurin punyer exam darjah 5 tu pun mcm da over dari pemikiran budak darjah 5 hu hu hu...

      Padam
    4. Memang dah tak macam time kita dulu2, Aida :)

      Padam
  24. kalau SS jawab kacang je nih..

    *ayat cari pasal ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. SS tengah penat la,..dia baru balik Cuti-cuti Bertiga :)

      Padam
    2. penat badan je tu kak Farrah... otak geliga.. kihkihkih

      Padam
    3. Patut laaaa asik batuk jek... Ehhh... Ada org ngumpat laaa... He he he...

      Padam
  25. memang takleh nak lawan Cik Yana n SIS JM .. tapi Tce CT ddk atas bulan ni.. hihihihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teacher CT gigih mengukuhkan kedudukan tau. Selagi tak nampak nama kat carta, selagi tu dia tak henti komen,...kan Ct kan,... :)

      Padam
    2. #kipidap Tce CT.. kihkihkih

      Padam
    3. CT ddk atas bulan? Abis laaa... Ha ha ha

      Padam
    4. bagai bulan dipagar bintang tau.. hampa ada ? Yana TKK tu lama da aim.. nak kena dia ni.. berani diaaaaa terlebih enjin turbo bulan lepas jaga diaaaa babap kasi seround..

      Padam
    5. IY kamooon !! minom milo anda jadi sihat dan kuat..

      Padam
  26. Menarik sungguh cara kak Farrah buat ni. Tetiba rasa macam nak kena belajar Bahasa Melayu semula aje. Hahaha.

    BalasPadam
  27. tengah fikir dan cari jawapann dulu... eh terselih nama kita la

    BalasPadam
  28. okeh ! meh nak try + tembak.. hehehe

    BalasPadam
  29. 1. “Jika kalian berminat, saya boleh tolong belikan beg ini apabila berkunjung ke kedai itu nanti,” kata Yana TKK kepada rakannya.

    Cemana nak underline or bold ???

    Jawab sini je lah.. tolong

    BalasPadam
  30. 2. Mata Siti Yang Menaip terkedip-kedip beberapa kali kerana dimasuki habuk.

    Jawapan.. terkedip-kedip

    BalasPadam
  31. ehh ! tak baca arahan sampai habis.. sorry *teruja nak jawab*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh terlucut IR sebab x patuh arahan... Ha ha ha

      Padam
    2. baik ! kena patah balik ni.. jangan lucutkan jawatan saya.. muhahahaha

      Padam
  32. 3. gosok = digosok
    4. dedaun-dedaun = dedaun
    5. paling tercantik = paling cantik atau tercantik
    6. mahal-mahal belaka = mahal belaka atau mahal-mahal
    7. malhan= malahan
    8. daripada = dari
    9. bertolak = berangkat
    10. Good Care Pusat Servis = Pusat Servis Good Care
    11. terjatuh = terlepas
    12. terenak sekali = enak sekali

    BalasPadam
  33. Kak.. kak.. kak.. reruai tu apa ? first time dengar

    BalasPadam
    Balasan
    1. SS pon tertanya gak... Tahu menuai jek... He he he

      Padam
    2. ohhh... nasiblah ada geng.. muhahaha

      Padam
    3. Heheeh menuai apa tu, SS? Reruai ni kiranya perkataan khas untuk ganti booth. Selalu kita guna booth and tak ada perkataan yang sesuai dalam BM. Ala2 excited diterjemah jadi teruja, exhibition booth/booth jualan jadi reruai :)

      Padam
    4. tetuan aida tau.
      reruai ni 1st time dgr.
      tq farrah...

      Padam
    5. ooo baru tau maksud reruai.. ingatkan keraian apa la plak..

      Padam
  34. Kak.. kakk... kakkk... Nama Firah eja salah.. sobb

    Siti Nurzafirah lah kak.. heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rapat ye? Adehh, nanti akak betulkan. Terkeliru dgn nama anak murid akak Fatin Nur Zafirah. Dengan dia pun, bila akak nak tulis resit sure confuse jauh ke dekat ;)

      *pssst! Tapi itu bukan salahnya....

      Padam
    2. hahahaha.. salah ea? sampat lagi betulkan kan..

      Padam
    3. Haah la SS... tertinggal yang tu lagi.. :p

      Padam
    4. Kihkihkih kali ni IR tu kita tinggalkan. Sebab dalam ayat tu, Siti Nur Zafirah ni keje lain ;)

      Padam
  35. wah macam nak masuk exam plak rasa.. otak baru nak ok, jadi buat masa sekarang tak mau jawab soalan nih.. hihihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Otak baru nak ok? Apa jadi dengan otak lama?
      * SS kena cari otak-otak nak jawap... He he he

      Padam
    2. Hikhik napelak kena cari otak2 untuk jawap? Otak2 tu pendeta ke? ;)

      Padam
    3. Makan otak otak... Hi hi hi

      Padam
    4. hahaha SS makan otak2 ya.. tak laa, hari tu kepala baru lepas ting tong siapkan dua minit mesyuarat.. otak tak berapa nak betul sangat laa..

      Padam
  36. wah nama memang terkeluar kali nih.. memang kesibukan yang teramatnya bulan lepas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Last month kan busy training utk sport event :)

      Padam
    2. tu la pasal.. lepas raya jer, busy dengan sukan..

      Padam
  37. Yeaaayhhh! tersenarai disini..suka2..hahaha.. Tahniah buat yang tersenarai :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah utk diri sendiri.. Ha ha ha

      Padam
    2. Tahniah,..tahniah! Tepul bahu sendiri ye :)

      Padam
    3. Tepul pun tepul la..hahaha..

      Padam
  38. Wah, ada exam pulak kat sini...ok2, parking dulu nak bukak buku lama..:P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa pergi carik buku teks ke buku rujukan ke :)

      Padam
    2. Tak sempat nak menjawab soalan.. sibuk sgt minggu ni.. maaf Cikgu :) heee

      Padam
  39. Kemain huda hantar boom kat sini.. jenuh scroll nak cri kotak komen..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Enjin dia terover panas baca soalan :)

      Padam
    2. Itula, kalah enjin Cik Mimie..hehehe

      Padam
  40. Soalan ni time exam kt skolah selalu fail... keliru n tak yakin lebih..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu cik mimie keliru... Nurul ajai lagi keliru... Tu pasal siap nyanyi... He he he

      Padam
    2. Soalan periksa nurul ajai time dulu beda dengan soalan yang ini,..tu yang keliru tuh!

      Padam
    3. Aku keliru~~~~ hahahahah

      Padam
  41. 1. kalian - awak
    2. terkedip-kedip = berkelip-kelip
    3. telah Scdha Sein gosok - telah digosok oleh Scha Sein
    4. dedaun-dedaun = dedaun
    5. paling tercantik = paling cantik / tercantik
    6. barang-barang di situ mahal-mahal belaka = barang-barang di situ semuanya mahal

    7. Mini telekung pemberian Cik Mimie itu bukan sahaja cantik, malah selesa dipakai = Mini telekung pemberian Cik Mimie bukan sahaja cantik, malah selesa juga dipakai.

    8. daripada = dari

    9. bertolak - bergerak

    10. Good Care Pusat Servis = Pusat Servis Good Care

    11. terjatuh ke lantai = terjatuh lantai.

    12. sungguh terenak sekali = sungguh enak

    BalasPadam
  42. perggh! berpinor otak den nak memikior jawapan ni... aduussss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ishhhh,..bahaya tuh sampai berpinar otak! :)

      Padam
  43. soklan lebih susah dari Bahasa Melayu SPM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi ni dia ikut style paper spm ni,.. :)

      Padam
  44. harap-harap saya menang la ye farrah . hehe

    BalasPadam
  45. SS tak gosok pakaian sebelum tido.... SS gosok lain... Gosok gigi... Keh keh keh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi yelah,..ayat tu yang salah ;)

      Padam
  46. Nah! Sejuta rupiah ikhwan... Pi borong satu kedai! Keh keh keh...

    BalasPadam
  47. IR Siti Nurzafirah baru balik Bukit Tinggi... He he he

    BalasPadam
  48. Sejak bila Kim Chaa jadi sultan? Kalah Sultan Melaka... Mohon Rani Kulop buat laporan... Ha ha ha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abiska kalau ayahanda tu buat laporan!

      Padam
  49. Dah nape si Huda tu menjerit? Banyak sangat selfie raya nih... He he he

    BalasPadam
  50. wah ada soalan exam kat sini. senang je tu. hihih

    BalasPadam
  51. menjenguk dini hari.. ni padah tidooo awai tejaga tngh malam..
    laju plak YES ni selalu noooo hahaha..

    BalasPadam
  52. kak ..!! xmo jawab kak xmooo.. pening kepala marking essay budak kak.. me myself kenot go tatabahasa hahaha..

    BalasPadam
  53. Ingat nak mencuba tapi bila baru nak mula, teringat muka cikgu BM saya

    BalasPadam
  54. Balasan
    1. hamboih !! belum cuba da mengalah !! ni Tecer nak marah ni..

      Padam
  55. kenapa dengan mata siti yang menaip?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mata masuk abuk.. meleleh air mata hahaha..

      Padam
  56. -dedaun-dedaun = dedaun
    -telah dipilih = terpilih
    -paling tercantik - tercantik / paling cantik
    -bertolak - berangkat
    -diservis - dibaiki
    -sungguh terenak sekali - sungguh enak / enak sekali
    -saya boleh tolong belikan - saya boleh belikan / saya tolong belikan
    -terkedip-kedip - mengerdip
    -oleh kerana terkejut = Disebabkan terkejut
    -pulang daripada osaka - pulang dari osaka
    -Semua pakaian itu telah Scdha Sein gosok sebelum dia tidur malam tadi = Semua pakaian itu telah digosok Scdha Sein sebelum dia tidur malam tadi
    -Ikhwan Yusuff tidak membeli apa-apa di kedai cenderamata itu kerana barang-barang di situ mahal-mahal belaka = Ikhwan Yusuff tidak membeli sebarang cenderamata kerana barang-barang di situ mahal belaka.
    -Mini telekung pemberian Cik Mimie itu bukan sahaja cantik, malah selesa dipakai = Telekung pemberian Cik Mimie itu bukan sahaja cantik, malah selesa dipakai


    wallahu 'alam

    BalasPadam
  57. aida cuba hentam ekk :) bukan nyer tau sgt tatabahasa ni. tapi nak try suka2.

    1. 'apabila' tu patut nyer 'bila'
    2. 'terkedip-kedip' tu bukan ke kena buh 'terkedip' saje, farrah. sebab selepas tu da ada 'beberapa kali'?
    3. aida rasa patut nyer ~ 'telah digosok oleh SS'
    4. 'dengan' tu tak perlu kot...
    5. 'paling tercantik' tu patut nyer salah satu ~ paling cantik / tercantik
    8. 'daripada' sepatut nyer 'dari'
    12. 'sungguh terenak sekali' tu patut nyer salah satu ~ sungguh enak / terenak / enak sekali

    yg lain tu, aida x dpt kesan tang mana silap. sekian cubaan saya. jgn gelakkan saya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi terima kasih kerana mencuba, Aida. Kita nantikan keputusannya :)

      Padam
  58. eh terlupa nak share jawapan soalan ni hahahahhaha

    BalasPadam
  59. dan lihat sepintas lalu .. takpe iy dah jawab kan

    BalasPadam
  60. baru baca entri ni rupanya dh ada pemenang..RUGI!!!

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...