Memaparkan catatan dengan label Tetamu Hebat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tetamu Hebat. Papar semua catatan

Terima Kasih, Tetamu Hebat Mei

Selasa, Jun 04, 2024

Assalamualaikum. Entri ini merupakan entri penghargaan buat kawan-kawan blogger yang aktif tinggalkan komen sepanjang bulan lepas. Dulu-dulu, masa aktif berblogging, rajin juga buat entri tukang komen paling banyak saban bulan. Kemudian, apabila blog jadi sendu, bersawang… habis semua terabai.

Alang-alang sekarang ini sudah mula dapat rentak untuk tulis blog semula (bulan lepas berjaya tulis 24 entri. Yeayyy!), entri Tetamu Hebat perlu kembali! Tidak dapat beri hadiah besar-besar, belanja jajan pun jadilah, kan? Dari awal tahun lagi saya sudah pasang niat tetapi tertangguh dari bulan ke bulan. Maklumlah, sekejap muncul sekejap tenggelam.


Terima kasih, Tetamu Hebat Mei! 

Terima kasih banyak-banyak buat kawan-kawan semua yang masih sudi datang bertandang, baca entri-entri di blog From FAMF Tower dan meriah tinggalkan jejak. Saya amat hargainya. 

Okey, tanpa melengahkan masa lagi, jom berkenalan dengan tujuh pemilik nama yang paling banyak meninggalkan komen sepanjang Mei 2024.


Tetamu Hebat Bulan Mei

Bersemayam di puncak takhta, penyokong tegar Liverpool kita. Siapa lagi kalau bukan Anies. Anies ni memang tak tahulah dia pakai enjin apa untuk blogwalking. Kagum saya! Tulis entri blog rajin, buat siri jelajah blog kawan-kawan pun rajin! Bilalah kita ada peluang nak ngopi bersama ni?

Bagi yang belum mengenali Anies, harus terjah blog Anies segera. Sekarang, Anies tengah cover cerita-cerita kembaranya ke Jepun dan Thailand. Rasa-rasa nak melanglang buana, pergilah menelaah entri-entri Anies yang lama. Banyak tempat kalian boleh sampai. 😊

Anies, nanti tolong hantar alamat terkini untuk surat-menyurat ya. Insya-Allah, saya hendak kirim sesuatu.


Selain Anies, saya bertuah ada rakan-rakan blogger lain seperti Mummy Ayu, Si Cantik dari Seberang yang suka berkembara keliling dunia - Adik Fanny, Azhafizah (adinda pencinta merah jambu), anamizu, LadyBird dan Cik Cappuccino Latte (CCL). Domo arigato! Terima kasih kerana menghidupkan suasana di FAMF Tower.

Tidak lupa buat rakan-rakan lain yang datang ke mari, walaupun nama kalian tidak tersenarai di sini, saya tetap hargai kehadiran kalian. Rajin-rajinlah datang lepak sini lagi ya. 

Terima Kasih Tetamu Hebat Mac 2021

Khamis, April 01, 2021

 Assalamualaikum semua. Salam sejahtera.

Selamat melangkah ke bulan April. Bab 4 untuk kisah 2021. Moga yang baik-baik sahaja teruntuk buat kita. Lagi-lagi bulan ini kita akan sambut ketibaan Ramadan. Tak sabar rasanya.

Seperti biasa, ini entri penghargaan kepada teman-teman yang telah sudi berkunjung ke tower saya ini dan rajin meninggalkan komen. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Walaupun ada antara komen-komen kalian yang belum sempat saya balas dek kerana kekangan masa, saya baca satu per satu dan amat hargainya. Komen-komen kalianlah yang selalu buat saya senyum tersengih-sengih seorang diri sambil menatap telefon.

Hello March | Tetamu Hebat Februari

Selasa, Mac 02, 2021

Assalamualaikum. 

Sudah bulan Mac rupanya! Hello, March! Moga bulan ini baik-baik sahaja untuk kita semua. Saya doakan setiap urusan kalian akan berjalan lancar dan dipermudah Allah.


Bagaimanakah tiga bulan pertama 2021 kalian? Ada sebarang rancangan khusus untuk bab ketiga Buku 2021 ini? Saya semakin sibuk dengan kelas online - kelas tuisyen, kelas bahasa, kelas penulisan. Jadi, jangkanya memang akan sibuk mengatur masa dan jadual. Dah mula gosok-gosok mata memikirkan tempoh masa saya di hadapan komputer kelak. 

Hendak buat macam mana ... ini antara perubahan dalam rutin saya yang perlu saya biasakan secepat mungkin. Jika dahulu, kelas atau mesyuarat secara atas talian saya hanya 2 - 3 sesi sahaja. Paling banyak 4 kali seminggu. Sekarang, saya ada 3 - 4 sesi setiap hari. Tolong doakan saya yang tidak betah duduk lama-lama ini agar mampu bertahan dan sesuaikan diri ya. 😁

Jadi, sebelum saya betul-betul sibuk tu, baiklah saya tulis entri penghargaan untuk rakan-rakan yang rajin mengomen di blog saya ini. Memang sudah lama benar saya tidak buat entri Tetamu Hebat bulanan. Cadangnya tahun ini nak start balik. Itu pun bulan Januari saya dah missed.

Ogos yang Indah | Tetamu Hebat Julai

Jumaat, Ogos 03, 2018

Assalamu'alaikum,

Entri pertama bulan Ogos. Misi 'Kembali Sayang Blog' saya tidak berjalan selancar yang diharapkan. Bulan lepas hanya mampu tulis 16 entri sahaja. Blogwalking, balas komen semua tak sempat mana. Tak apa. Buka bab baru bulan ni. 

Ogos bulan penuh semangat. Walaupun permulaan Ogos saya baru-baru ini saya berada di ER sehingga Subuh (ini nanti cerita entri lain), harap perjalanan hari-hari seterusnya untuk bulan ini lebih tenang dan indah sahaja buat kita semua. Saya dah teruja nak kibarkan bendera! Sibuk cari kayu panjang nak gantung bendera kat pagar rumah sempena keraian 31 Ogos nanti.

OK, waktu untuk memberi penghargaan. Mulai bulan Julai, saya dah berniat untuk adakan semula entri Tetamu Hebat bulanan (khusus buat rakan-rakan dan adik-adik yang rajin datang tinggal komen bertubi-tubi di blog tidak seberapa ini). Rasanya entri Tetamu Hebat yang terakhir saya buat pada penghujung 2016/awal 2017. Lepas tu dah tak menyempat nak buat dah. Kebetulan aktiviti blogging kena put on hold.

Mari berkenalan dengan Tetamu Hebat Julai From FAMF Tower:


Tetamu Hebat Disember

Isnin, Januari 02, 2017

Assalamu'alaikum, 
Seperti biasa, awal-awal bulan up entri pengomen terbanyak sepanjang bulan sebelumnya. Terima kasih banyak-banyak! Walaupun saya jarang buat entri, tak sempat blogwalking dan balas komen,...tower ini tidak pernah sunyi dengan kunjungan dan jejak kalian. 


Credit - Nippon Paint

Thumbprints Tree Tetamu Hebat November

Isnin, Disember 12, 2016

Assalamu'alaikum,
Terlambat lagi nampaknya saya buat entri penghargaan Tetamu Hebat bulan lepas. Sorry.
Better late than never, right?!

Jom tengok siapa yang kerap datang menyerikan FAMF Tower sepanjang November.


Carebears Tetamu Hebat Oktober

Khamis, November 10, 2016

Assalamu'alaikum,

Rasa macam baru je masuk bulan November, tau-tau dah 10hb! Dah seminggu lebih kita dalam bulan November. Fuhhh! Time flies very-very fast! Dah sepertiga bulan, baru sempat nak buat entri Tetamu Hebat. Biar lambat, asalkan ada juga entri penghargaan buat teman-teman yang rajin singgah tinggal jejak, tinggal komen meskipun saya kurang berblogging belakangan ini.

OK, without further ado, here's my Tetamu Hebat Oktober 2016!

Klik untuk paparan lebih besar.

Pokemon Ogos FAMF Tower (Tetamu Hebat Ogos)

Sabtu, September 03, 2016


Si Mata Tajam | Si Pintar Bahasa

Rabu, Ogos 10, 2016

Assalamu'alaikum, 

Ada dua pengumuman nak buat. Pertama, pemenang Wordmaze Tetamu Hebat Jun. Seperti yang dijanjikan, ada tiga pemenang. Pemenang-pemenangnya ialah:

Scdha Sein
Sis Jari Manis
Cik Mimie

Tahniah! Cik Mimie nanti update alamat dekat akak ye.

Si Pintar Bahasa

Untuk bulan Julai pula, tetamu-tetamu hebat saya jadi watak dalam soalan kesalahan bahasa. Boleh intai entrinya di sini.

Kesalahan Bahasa Tetamu Hebat Julai | Jom Cuba Nasib

Jumaat, Ogos 05, 2016

Assalamu'alaikum. Tata Julai! Hello, Ogos! Sepanjang minggu lepas, saya dan anak didik sibuk buat ulang kaji. Pelajar PT3 akan ada peperiksaan percubaan dan juga peperiksaan lisan. Jadi, pengumuman tetamu hebat bulan ini ala-ala terkena revision kami ;)



KESALAHAN BAHASA TETAMU HEBAT JULAI

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

  1. “Jika kalian berminat, saya boleh tolong belikan beg ini apabila berkunjung ke kedai itu nanti,” kata Yana TKK kepada rakannya.
  2. Mata Siti Yang Menaip terkedip-kedip beberapa kali kerana dimasuki habuk.
  3. Semua pakaian itu telah Scdha Sein gosok sebelum dia tidur malam tadi.
  4. Cik Ash menyapu dedaun-dedaun kering di halaman rumah dengan menggunakan penyapu lidi.
  5. Reruai  Syarikat Jari Manis telah dipilih sebagai reruai paling tercantik di festival itu.
  6. Ikhwan Yusuff tidak membeli apa-apa di kedai cenderamata itu kerana barang-barang di situ mahal-mahal belaka.
  7. Mini telekung pemberian Cik Mimie itu bukan sahaja cantik, malah selesa dipakai.
  8. Siti Nur Zafirah baru sahaja pulang daripada Osaka, Jepun.
  9. “Beta ingin bertolak segera,” titah Sultan Kim Chaa kepada Bendahara Tun Perak.
  10. Adianiez Aida menghantar keretanya untuk diservis di Good Care Pusat Servis.
  11. Oleh kerana terkejut dengan jeritan Huda nhhas, gelas yang dipegang oleh ibu terjatuh ke lantai.
  12. Kuih yang sungguh terenak sekali itu dibuat oleh SalbiahM.


Terima kasih banyak-banyak ye. Yana TKK berjaya rampas takhta daripada Sis JM. Insya-Allah, akan titip sesuatu buat pengomen terbanyak seperti biasa. Cuma lambat atau cepat je. Bergantung kepada kesempatan ruang masa yang ada. 

 

Jom Cuba Nasib Kesalahan Bahasa

Bagi yang rajin nak ulang kaji bersama, boleh cuba jawab kesemua soalan di atas. Format soalan di atas adalah salah satu komponen soalan kertas Bahasa Malaysia PT3. Tetapi kalian tidak perlu gariskan bahagian yang salah sebagaimana dinyatakan di bahagian arahan. Hanya copy  perkataan/frasa/bahagian yang salah dan berikan cadangan jawapan.

Contoh: 
1. berkunjung - mengunjungi
2. Mata - anak mata

Gunakan talian hayat jika perlu. Hehehe carilah anak-anak, adik-adik, anak buah atau anak jiran untuk bantu kalian.

Seperti biasa, ada ganjaran menanti 'calon-calon peperiksaan' yang bijak bestari! ;)

Jom Cuba Nasib Kesalahan Bahasa akan saya buka penyertaannya sehingga hujung minggu ini. Bakal berakhir pada Ahad, 11.59 malam. Banyak masa nak menelaah dan cari jawapan, kan?  

 

Pemenang Wordmaze Tetamu Hebat Jun

Hehehehe I'm building up the suspense ;) Sepatutnya saya umum pemenang dalam entri ini. Ada tiga hadiah buat pemenang Wordmaze Tetamu Hebat Jun yang dapat meneka dengan baik. Rasa-rasa dapat agak tak siapa yang bertuah tu? Kita tunggu lah lagi ye. Tak sempat nak buat entri. Saya akan umum serentak dengan yang ini.

Tetamu Hebat Jun - Tahniah Si Mata Tajam

Isnin, Julai 25, 2016

Assalamu'alaikum.
Selamat memulakan minggu baru!

Entri Tetamu Hebat Jun ni dah dikira entri tertunda. Nak habis bulan Julai baru sempat secara rasmi announce kaki komen-kaki komen untuk bulan Jun. Bulan ini saya agak sibuk. Banyak tuntutan kerja di luar. Makanya, tower terpaksa dibiarkan sepi.

Oh ya. Sebelum saya ke luar kota tempoh hari, saya ada buat Wordmaze Tetamu Hebat Jun. Siapa-siapa yang rajin dan berminat boleh cuba nasib cari 12 nama yang ada dalam wordmaze tersebut. Hebat juga rakan-rakan saya ni. Pening-pening kepala, berpinar biji mata pun, sekurang-kurangnya boleh jumpa dua tiga nama. Thanks for your participations. Kita seronok seronok je kan,..

OK, without further ado, these are my Tetamu Hebat Jun

Wordmaze Tetamu Hebat Jun

Ahad, Julai 24, 2016

Assalamu'alaikum,
Sibuk dengan itu ini, lupa nak publish entri penghargaan untuk Tetamu Hebat Jun. Mujur masa awal bulan, sempat captured nama-nama yang rajin komen. 

Saya akan tiada di tower sehingga hujung minggu ini. Jadi, sepanjang ketiadaan saya, saya tinggalkan kalian dengan Wordmaze Tetamu Hebat Jun. Siapa yang free, yang rajin nak exercise mata,...bolehlah cuba cari 12 calon Tetamu Hebat Jun FAMF Tower. Ada nama yang menggunakan nama biasa, ada yang saya ubah tambah gelaran atau nama lain. Tetapi, jangan risau. Masih boleh kenal si pemilik nama. Kebanyakannya memang dah biasa jadi tetamu hebat di sini.

Apa yang perlu dilakukan?
Perhatikan wordmaze di bawah.

Menu Tetamu Hebat Mei 2016

Khamis, Jun 02, 2016

Assalamu'alaikum,

Menu Tetamu Hebat Mei 2016