Selasa, 2 Mac 2021

Hello March | Tetamu Hebat Februari

Assalamualaikum. 

Sudah bulan Mac rupanya! Hello, March! Moga bulan ini baik-baik sahaja untuk kita semua. Saya doakan setiap urusan kalian akan berjalan lancar dan dipermudah Allah.


Bagaimanakah tiga bulan pertama 2021 kalian? Ada sebarang rancangan khusus untuk bab ketiga Buku 2021 ini? Saya semakin sibuk dengan kelas online - kelas tuisyen, kelas bahasa, kelas penulisan. Jadi, jangkanya memang akan sibuk mengatur masa dan jadual. Dah mula gosok-gosok mata memikirkan tempoh masa saya di hadapan komputer kelak. 

Hendak buat macam mana ... ini antara perubahan dalam rutin saya yang perlu saya biasakan secepat mungkin. Jika dahulu, kelas atau mesyuarat secara atas talian saya hanya 2 - 3 sesi sahaja. Paling banyak 4 kali seminggu. Sekarang, saya ada 3 - 4 sesi setiap hari. Tolong doakan saya yang tidak betah duduk lama-lama ini agar mampu bertahan dan sesuaikan diri ya. 😁

Jadi, sebelum saya betul-betul sibuk tu, baiklah saya tulis entri penghargaan untuk rakan-rakan yang rajin mengomen di blog saya ini. Memang sudah lama benar saya tidak buat entri Tetamu Hebat bulanan. Cadangnya tahun ini nak start balik. Itu pun bulan Januari saya dah missed.

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, marilah berkenalan dengan 7 Tetamu Hebat Februari, 2021.




Mereka ni semua memang aktif berblogging, rajin blogwalking dan rajin tinggal komen. Tunggu apa lagi, ringan-ringankan jari untuk klik pautan blog mereka. Saya sudah tambahkan di bloglist Tetamu VVIP bersama senarai yang sedia ada. Kebanyakannya memang dah ada dalam bloglist tu sejak dulu. Content blog masing-masing pula bukan calang-calang. Percayalah, kalian memang akan terhibur dan dapat banyak info. Saya setiap kali berkunjung ke rumah mereka ini, pasti akan ada sahaja ilmu baharu yang saya pelajari.

Buat ketujuh-tujuh blogger di atas, Anies, Sha, Nina, Nad, NA, Sal dan Fiza ... terima kasih kerana sudi memeriahkan ruangan komen blog saya ini. Kalian memang awesome! Tidak dilupakan teman-teman lain yang tidak kurang hebatnya, kerap datang baca entri, tinggal jejak di sini - terima kasih juga buat kalian. Saya amat hargainya.

Mudah-mudahan setiap hari bulan Mac ini akan berlalu indah dan kalian nikmati sebaiknya. Apa pun yang bakal berlaku, hadap dengan tenang dan yang penting pastikan kalian kekal selamat ya.




14 ulasan:

  1. eehhh ada nama chenta hati yuri laa kat situπŸ˜†πŸ˜† terima kasih tuan tanah...πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ tahniah utk semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chenta hati Yuri tu mendominasi tangga carta you! Bukan kaleng-kaleng! Thanks so much, Anies! Ni flying kiss drpd Yuri 😽

      Padam
  2. Alhamdulillah semua dengan izin Allah jadi rajin melawat blog orang. Hehe. Semoga berterusan. Insya Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak, NA. Rajin-rajinlah lepak sini lagi ye.

      Padam
  3. May March be better for you :)

    BalasPadam
  4. Eh eh tersenarai. Kantoi selalu lepak sini. Hehe. Jaga mata kak Farrah. Beli monitor shield ke apa nama ntah. So boleh blok cahaya yang masuk mata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Sal sebab rajin lepak sini. Laman tower ni luas, kalau nak main bola seround dua pun dialu-alukan! Ahaks!

      Yes, good idealah monitor shield tu. I really think I need that. Thanks, dik!

      Padam
  5. rajin-rajin singgah blog kawan-kawan.. tahniah semua :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks to you too, Ana. Rajin datang intai akak di sini 😊

      Padam
  6. Chayook!! Chayook!! Kak Farah..
    Semoga Kak Farah diberi kesihatan yang baik untuk melaksanakan sesi kelas dan juga meeting..
    Bulan ini Sha sibuk menguruskan anak-anak dah kembali ke sekolah..
    Semoga Mac akan memberikan memori yang baik buat akak, Saya dan semua.. Aamiin..
    Eh.. Eh.. ada nama saya di situ.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn. Thanks so much, Sha! Moga semuanya lancar untuk kita 😊

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.