Isnin, 1 Mac 2021

Hadiah My First Giveaway By Blog Sal

Assalamualaikum.

Bulan Januari yang lalu saya sertai My First Giveaway by Blog Sal. Alhamdulillah, ada rezeki terpilih sebagai salah seorang daripada 15 pemenang. Berbunga-bunga hati ini teruja.

Sebenarnya, sudah lama juga kiriman hadiah Sal ni sampai. Cuma, disebabkan saya guna alamat surat-menyurat lama, jadi kena tunggu hujung minggu baru dapat kutip semua bungkusan dan posto milik saya. Lambat sedikitlah sampai ke tangan saya.

Jom tengok kiriman hadiah daripada Sal. Saya dapat sekeping alas tetikus, dua utas rantai kunci dan dua keping fridge magnet.

  • 1 mousepad yang si Bott dah pandang-pandang jeling-jeling (meja kerja baharu dia licin, tetikus dia kena pakai alas!)
  • 1 rantai kunci Skyscape Menara JLand
  • 1 rantai kunci The Monument of Kilometer, Sabang, Indonesia
  • 1 fridge magnet Korea
  • 1 fridge magnet Hong Kong


Domo arigato, Sal. Terima kasih banyak-banyak untuk titipan ini. Bertambah koleksi akak. Akak doakan Sal sentiasa murah rezeki. Semoga wabak yang membelenggu kita satu dunia ini akan berjaya dibendung dan Sal dapat terbang berkembara lagi ke pelbagai destinasi.

Kalian dah kenal Sal ke belum? Dah jadi follower Blog Sal? Alang-alang dah berkunjung ke mari, lanjutkan kunjungan kalian dengan singgah ke blog Sal sekali ya. 


33 ulasan:

  1. Sudah kenal dan ikuti blog Sal.
    Tahniah kerana terpilih dan selamat terima hadiah.

    BalasPadam
  2. Tahniah . Best dapat hadiah . Tanda kenang kenangan dari kawan2 blogger kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best! Terujanya lebih sedikit 😊

      Padam
  3. tahniah akak.. seronok bila bukak parcel mcm2 ada. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Nina. Memang seronok dia lain macam sikit hahaha

      Padam
  4. Ahaha. Bagila Bott pinjam dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nggak bisa! Nampak tak penyakit kedekut akak dah sampai hahaha

      Padam
  5. Tahniah! Rezeki tak pernah salah alamat hehe

    BalasPadam
  6. waaahah tahniah kak farah! bestnya dapat hadiah dari kawan blogger hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, dik. Memang best! Senyum lebar sampai telinga 😀

      Padam
  7. Tahniah kak..saya pon dapat..

    tapi jap..
    yang patung Monster inc tu bukan hadiah kan? Kalau hadiah tk bole jdi ni..tu kartun feveret saya! hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. monster inc tu prop je. Hadiah pemenang dapat lebih kurang je semuanya. Haha

      Padam
    2. Hahaha nasib baik tuan yang memberi dah tolong explain. Tu props je Cuya. Saja je dua ketul tu nak enter frame 😂

      Padam
  8. Tahniah! cantik hadiahnya..sesuai dibuat kenangan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Boleh ingat si Sal ni selalu 😊

      Padam
  9. Tahniah , salam kenal Dari saya follower baru #668

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, sophea! Selamat berkenalan! Terima kasih sudi berkunjung dan follow blog ini 😊

      Padam
  10. belum! baik akan terjah sal sambil buat muka comel..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah okey muka comel tu yang mahal tu!

      Padam
  11. alas tetikus kite sama laaa... boleh dipanggil boria ni😆😆😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila nak tempah baju? 🤣🤣🤣

      Padam
    2. nak kaler apa? belang2 itam putih? hahahaah

      Padam
    3. Kasi ada lining gold sikit biar vogue de vass, boleh? 😂

      Padam
  12. tahniah kak :) seronoknyaaaa ^^

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah.. Tahniah kak Farah..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.