Khamis, April 01, 2021

Terima Kasih Tetamu Hebat Mac 2021

 Assalamualaikum semua. Salam sejahtera.

Selamat melangkah ke bulan April. Bab 4 untuk kisah 2021. Moga yang baik-baik sahaja teruntuk buat kita. Lagi-lagi bulan ini kita akan sambut ketibaan Ramadan. Tak sabar rasanya.

Seperti biasa, ini entri penghargaan kepada teman-teman yang telah sudi berkunjung ke tower saya ini dan rajin meninggalkan komen. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Walaupun ada antara komen-komen kalian yang belum sempat saya balas dek kerana kekangan masa, saya baca satu per satu dan amat hargainya. Komen-komen kalianlah yang selalu buat saya senyum tersengih-sengih seorang diri sambil menatap telefon.

Jom berkenalan dengan 7 Tetamu Hebat saya yang lincah jari-menari menaip komen sepanjang bulan Mac!


Sekali lagi Anies mengungguli tangga carta! Domo arigato, Anies, Cik Nadya, Sal, Sha, Atie, NA dan Najihah. Terima kasih sudi meriahkan suasana tower saya yang tidak semenggah ini. 😁 Pautan blog mereka sudah saya kemas kini di Bloglist Tetamu Hebat bersama dengan blog-blog yang sedia ada. Bagi yang belum berkenalan dengan mereka atau simply hendak datang berkunjung bersilaturahmi, ringan-ringankanlah tangan tekan pautan blog yang berkenaan. 

Tidak lupa buat teman-teman lain yang saban hari sudi berkunjung ke mari, terima kasih banyak-banyak ya. Tanpa kehadiran kalian, tentu sahaja blog saya jadi sunyi sepi.







25 ulasan:

  1. Hehehe kena rajin2 menaip lagi ni 😝

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom, kak! Bukan ni kita kena tambah rajin hahahah

      Padam
  2. Alhamdulillah ada kesempatan untuk komen di sini.

    BalasPadam
  3. Nama saya tiada.. Mungkin bulan ni.. 😅

    BalasPadam
  4. Yeah!! Nama saya ada.. 😍😍
    Tahniah juga pada 6 lagi nama..

    BalasPadam
  5. Belum naik lagi ni 😬 kena lagi rajin menaip nampak nya 😛😛

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa, dah sudi datang jenguk saya di sini pun dah besar ertinya buat saya 😀

      Padam
  6. tahniah mereka yang tersenarai.

    BalasPadam
  7. Eh... Ada. *pura-pura terkejut* hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha don’t worry. Akak bagi support. Eh... Sal ada? 😦 akak pun terkejut sama konon-kononnya.

      Padam
    2. nak pura-pura terkezut jg lah hahahaah

      Padam
    3. Tumpang terkejut boleh tak?? hehehe

      Padam
  8. ehhhhh my name in the list hahaha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.