Sebenarnya, sudah lama saya ingin kongsi mengenai Tidak Ada New York Hari Ini, cuma baru sekarang berkesempatan untuk tulis entri.
Ada siapa-siapa di sini peminat filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) terutama sekali sekuelnya, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2)? Jom layan puisi-puisi yang dideklamasikan oleh Rangga dengan pengalaman yang berbeza - puisi yang dipersembahkan dalam paparan video ilustrasi.
Bagi peminat filem ini, kalian pasti tahu yang Tidak Ada New York Hari Ini ialah kumpulan puisi (karya M. Aan Mansyur) yang ditulis oleh watak Rangga (Nicholas Saputra).
Secara peribadi saya suka tonton setiap episod Tidak Ada New York Hari Ini. Meskipun sudah berkali-kali membaca puisi-puisi tersebut sebelum ini, dengan adanya persembahan ilustrasi sebegini, saya dapat lebih hayati, lebih feel dan relate dengan karya yang dipersembahkan. Bagi saya, percubaan Miles dan Oppo untuk menggabungkan seni animasi, puisi dan muzik (gubahan Anto Hoed) berjaya menghasilkan sesuatu yang dekat dan menyentuh perasaan.
Terdapat empat episod puisi dalam siri ini, diterbitkan oleh Mira Lesmana dan Riri Riza dan disiarkan di saluran Youtube Miles Film:
Episode 1 - Aku Tidak Pernah Betul-betul Pulang
Ilustrasi: Lala Bohang
Episode 2 - Memandang Dunia dari Jendela Kafe
Ilustrasi: Rhesa Aditya
*Episod kegemaran saya 😍
Saya suka analogi rindu dalam puisi ini. Oh, dan perlambangan hidup sebagai kata nama instead of kata kerja!
Episode 3 - Tidak Ada New York Hari Ini
Ilustrasi: Pinot W. Icwandardi
Episode 4 - Pukul 4 Pagi
Ilustrasi: Wulang Sunu
Jika kalian berminat untuk menonton, cari di Youtube ya. Selepas itu, jangan lupa kongsi dengan saya episod mana yang paling kalian suka.
Pstt! Dah Jumaat! Selamat berhujung minggu. Insya-Allah, ada kelapangan nanti saya blogwalking kunjungi kalian ya.
Walaupun saya bukan peminat puisi, tapi Memandang Dunia Dari Jendela Kafe tu tajuknya nampak menarik. nnt saya cari di YT.
BalasPadamCubalah tengok, Mrs. Pip. Mana tahu boleh tarik minat Mrs Pip 😊
PadamOk baru tahu.
BalasPadamAndai NA minat puisi nanti boleh cuba tengok.
Padamngga nonton filem AADC..menarik judulnya..
BalasPadamNgga nonton ya, kak? Jadi, nggak kenal sama Mas Rangga yang ganteng itu? 😊😂
PadamTgk byk kali filem ni tp part puisi tu x perasan hehe.. Nmpk sgt part puisi tu slalu termiss😅
BalasPadamSebab kita dah terlalu fokus dengan tempat-tempat cantik dalam cerita tu... tak pun terpana dengan Rangga oops 🤣
PadamNanti saya tengok demi Mas Rangga yang ganteng. Hehe
BalasPadamBegitu lho! Mas Rangga lagi nungguin nih!
PadamHari ni baru nak tengok. Busy nau. Haha
PadamOkeyyy nanti boleh try tengok di youtube :D
BalasPadamTengoklah, mana tahu kena dengan jiwa 😊
PadamIn shaa Allah nanti saya tengok :D
PadamMenarik judulnya
BalasPadamJudulnya memancing perhatian, kan? 😊
PadamWah,ada masa nty nadyaa tengok yaa 😁
BalasPadam#kak,nak tanya,macammne nak buat top commentor macam akk tuu?
Alamak...
PadamAkak... aisey akak tak ingatlah akak buat macam mana atau guna widget apa... kena fikir balik ni.
sapa yg minat puisi ni mmg betul2 berjiwa seni kan
BalasPadamboleh bookmark ni. sbb sy dah tgk 2x AADK. ;-)
BalasPadamtak tengok lagi AADC2.. nak carilah.. macam emnarik..
BalasPadam