Kegirangan ialah Bulan Seribu Rahmat

Sabtu, April 03, 2021

 Assalamu'alaikum w.b.t.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita akan didatangi tetamu yang saban tahun ditunggu, Ramadan.

Kredit 


Memikirkan yang Ramadan bakal menjengah dalam masa terdekat ini buat hati benar-benar rasa teruja. Mudah-mudahan kita semua bakal diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan tetamu istimewa ini, memuliakan kehadirannya sepanjang tempoh sepurnama dia bersama kita.

Tahun ini, sekali lagi kita akan sambut bulan puasa dalam keadaan masih dibayangi wabak. Apapun, mudah-mudahan Covid-19 tidak akan menghindar kita daripada melaksanakan ibadah Ramadan sebaik-baiknya. Walaupun tahun ini, kebanyakan kita tidak dapat rentas negeri ziarah ibu bapa dan keluarga di kampung, meluangkan masa jalani ibadah Ramadan, bersahur, berbuka puasa, bertarawih bersama mereka ... sabar banyak-banyak ya. Insya-Allah, semua itu akan dapat kita kecapi semula bila tiba masanya.

Nama Lain bagi Bulan Ramadan

Sedikit perkongsian mengenai bulan Ramadan. Bulan ini turut dipanggil atau dikenali dengan beberapa nama lain (hal ini disokong dengan nas). Antaranya:
  • Bulan rahmat
  • Bulan keampunan
  • Bulan kesabaran 
  • Bulan pengorbanan
  • Bulan takwa
  • Bulan tarbiah

  • Bulan selamat dari neraka
Pada permulaannya rahmat, pertengahan keampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka.
Riwayat al-Baihaqi

  • Bulan berkat
Sesungguhnya telah berlabuh kepada kamu bulan yang besar, iaitu bulan yang diberkati.
Riwayat al-Baihaqi



Jom! Marilah kita sama-sama siapkan diri kita untuk menyapa Ramadan. Kita rancang baik-baik jadual dan rutin harian kita supaya insya-Allah dapat rebut peluang untuk beribadah.

22 ulasan

  1. Da xlama da nk masuk bln ramadhan 😉

    BalasPadam
  2. Sudah nak ramadhan dah...masa memang berlalu dengan cepatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat cepat. Pejam celik pejam celik, tahu-tahu Ramadan sudah tiba

      Padam
  3. Dah tak lama dahhh. Semoga kita diberi kesempatan untuk berpuasa pada tahun ni :)

    BalasPadam
  4. Menghitung hari . Moga Allah SWT izin. Aamiin.

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Selamat menyambut Ramadan buat Kak Retna dan keluarga juga 😊

      Padam
  6. Ada 8 hari je menunggu ketibaan Ramadhan, semoga semuanya dipermudahkan

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Semoga Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya.

    BalasPadam
  8. Dah boleh plan dri sekarang. Semoga panjang umur dan sempat jumpa Ramadan

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas perkongsian ni kak Farrah. Lagi berapa hari je ramadhan bakal tiba :)

    BalasPadam
  10. kata sherry al haddad - marhaban tiba marhaban tiba hahahaha

    BalasPadam
  11. alhamdulillah masih diberikan peluang bertemu Ramadan..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.